Assalamualaikum..
Korang tau tak kalau dekat FB tu kan, dia ada satu
application nama ‘On this Day’. Dekat
situ dia recap balik masa tahun sebelum-sebelum tu, apa yang kita update dalam
FB. Pukul 12.00am nanti dia akan keluar la. I sukaaaaaaaaaa tengok. Tetiap hari
check hehe. Best jugak reminiscing back old memories dari tak kawen, sampai la
dah ada anak ni. Kekadang ada la yang menyentuh jiwa macam posting-posting dari
friend list masa buat some activities dedulu. Sebab ada yang satu masa dulu
rapat, now dah tak rapat. Tak rapat tu pon ada banyak sebab. Sebab memasing dah
sebok dengan life memasing, sebab dah tukar tempar kerja, sebab dah rasa macam
friendship tu tak menarik so malas dah nak beria, sebab ada pihak ketiga yang
kacau, sebab dah passed away…. and macam-macam sebab lain. Biasalah kan, dalam
dunia ni friends come and go. Yang tu kena accept. Ada kawan yang jenis effort
takde, kita carik dia, dia ada la. Kita senyap dia seribu kali senyap sudahnya
renggang. Ada yang jumpa setahun sekali, tapi bila berjumpa tu rasa seronok
sangat. Macam-macam menda nak share and takde simpan rasa kecik hati sebab
payah nak jumpa. Still care, perati dari jauh tapi cuma tak dapat nak jumpa
selalu. Ada kawan yang nampak macam rapat tapi sebenarnya Bugs but play innocent... Haaaa,.
As time goes by dan faktor usia, I rasa kekadang
macam malas dah nak layan ‘bugs’ yang always buat kacau dalam friendship. Jumpa
jugak a few. Dapat tumpaskan a few and yang ada sampai sekarang pon aaaaada
haha. Dah elok seronok-seronok, lepas tu ada je timbul issue-issue bodoh lepas
tu daaaangggg naik la status tak puas hati dekat FB and dari one group semua
happy lepas tu dah berpecah-belah. Come on. Dah tuwe kot? Bukan zaman sekolah
lagi yang nak drama-drama ni. Jenis PM tepi sebab taknak side lagi satu tau Si
A and Si B rupanya close. Kang kasik dalam group kang Si C tau pulak. Nak kena
jaga hati. Kawan pon nak sorok-sorok. Korang kena tau eh, menda-menda bugs yang
suka buat hal ni, bukan takat bebudak sekolah, yang tuwe ada cucu pon adaaaaa
jugak lagi jenis perli-perli dalam group whatsapp, ‘ko jangan kawan tu’, PM tepi segala. Adaaaaa. Seronok tu dapat buli
memana particular person yang dia rasa tak puas hati. Lagi ramai tak suka,
laaaagi bagus. Kuat sikit dia punya empayar. Cumanya nasihat I satu. Kalau the
other party value the friendship yang dah lama terjalin, InsyaAllah Bugs yang
baru kenal sekejap tu walau sekuat H1N1 pon dia takkan goyah, takkan mudah termakan.
Sebab dia tau, kat mana tempat kawan lama tu ada dalam hati dia.
Biasanya Bugs ni dia akan start jadik Tukang
Penyampai Cerita. Tukang Penyampai Cerita ni lah yang kita kena hati-hati.
Orang macam ni sebenarnya dia pon sakit hati dekat kita tapi tak berani nak
tunjuk. Jadi bila ada orang lain yang berani tunjuk sakit hati dekat kita, dia
jadik seronok – Pinjam ayat Diana Ishak. Yang ni I paaaaaaaaaaaaaaling setuju. Ada baiknya,
cara melayan Si Penyampai Cerita ni is kita ketawa je. Jangan tunjukkan any
response, jangan komen lepas tu bawak keluar cerita lain. Bila dia nak try
lagi, pangkah. Biar sampai dia sendiri fade up. Jangan tunjukkan kita terusik
dengan apa yang dia sampaikan. I bet, itu lagi menyiksakan jiwa dia.
Usually Bugs ni sejenis ‘Self Centered’. Dia nak
perhatian kalau boleh pada dia je. Kalau boleh semua orang baik dengan dia sorang. Dia
jadik tamak. Semua orang dia nak baik/close. Cara baik takpe, tapi jenis hasut.
To be frank, Bugs like this seronok dia tak lama. Sebab at the end of the day,
InsyaAllah dia akan dapat bahagian dia. Nak tak puas hati dekat orang setakat
mana? Nak membesarkan empayar takat mana? Yang sapa jadik mangsa tu I nasihat,
just ignore je orang macam ni. Tak payah fikir sebab tak worth it. Dia happy la
sekarang but happy tu takkan kekal lama. Yes, dia akan buat banyak menda yang
sakitkan hati kita purposely. Takpe. Ignore. Tinggalkan je bugs ni dengan
semuaaaa dia punya circle of friend yang probably dalam tu ada 2 3 yang korang rasa
sayang nak tinggal. Its ok. Sedih tu sekejap je sebab kena back to jodoh.
InsyaAllah, kalau ada jodoh mana-mana yang pernah termakan tu akan datang
balik. Cepat atau lambat je. So don’t worry. Bahagia tu Allah akan bagi dalam
banyak cara. Kebahagian kita bukan bergantung pada this bugs. Dia nak kacau, biar. If rasa that bugs tu kacau a little bit a part of your
happiness takpe. Its ok. Kita carik bahagia kita sendiri, and move on. Jangan
dendam… If that bugs try to berbaik pon takpe. Kawan je. Tapi you have to know
where’s the limit sebab seriously bugs will always be a bugs. 10 tahun dulu dia
buat hal, lepas tu dia diam. Tak bermakna dia takkan buat come back. Kena
sekali cukup, for the next time jangan kasik chance. Ok?
Salam Sayang,
Siti Nohaliza
-eNd-
3 comments:
Nnt kite bg spray umtuk bugsssss kak sue tau tau tau... hari2 kite nunggu post baru kt blog sbb kte xde ig bagai.. kalau bukak je xde post baru.. frust dia mcm pegi mcd nk order ayam tp aym habis hehehh k bai.. lebiu
skrg ade bugs tgh berdrama kat opis..cam yg sis ckp tu la... usually dia jd talam 2 muka..
maie maizah : hahahahahha buat lah IG nowwwwwwwwwwwwwwwww
Post a Comment