Assalamualaikum…
Haritu I teringin nak makan Spaghetti Olio yang
buat sendiri. Ni semua Nigella punya pasal. Dia tu kalau masak nampak sedap je.
Sakit mata I tengok dia potong cili tak sama besar. Main potong je. Dah la buat
kerja comot lepas tu kalau makan macam Yati. Sumbat-sumbat dalam mulut sampai
penuh, tapi mekap dia lawaaaaaa. Cuma dia debab sikit la. Sapa suruh makan
sumbat-sumbat lagi? Hahaha. I tingin nak
makan Olio tu kalau boleh nak yang ada udang, sotong and kepah namun apakan
daya, dekat rumah takde semua haiwan tersebut so I buat la dengan bahan apa
yang ada je. Masa first suap, OMG apesal yang sedap sangat ni? Tak sangka first
time buat terus sedap. Pantas I kasik tau Ain yang I masak sedap. Kata Ain, ‘Kenapa Kaksu tiap kali masak akan cakap
sedap? Boleh eh puji diri sendiri punya masakan?’ Jawapan : Eh
biarlaaaaaaaaaaaaaaaah nak puji diri sendiri pun. Sapa lagi nak puji kalau
bukan diri sendiri? Hahahaha. Kalau Shein tu semua nyum nyum jawapan dia. Sedap
ke, tak ke semua ‘hurmmmmmmmmmmmmm nyum
nyum Mama’. Tipu je tau? Sama la dengan Sazli. Semalam I send gambar OOTD
dekat dia. Tanya, ‘Cantik tak Papa?’
Gambar belum delivered dia dah jawab ‘Cantik!’
Whyyyyy semua nak tipu? Hahahahaha. Tapi best jugak sebab semua lelaki
disekeliling I (Bapak, Sazli and Shein) jenis appreciate I. Masak lah apa
sahaja = sedap. Sazli tu I buat cili padi hiris + kicap manis + bawang punnnn
dia cakap ‘Mama, sedapnya.. Mama lain-kali
buat macam ni la. Ni pon dah sedap. Macam mana ni nak buat?’ T____T
Gitulah. Hahaha.
Spaghetti
Olio yang nampak hina tapi InsyaAllah sedap kbye hashtag chooyayamasak.
Bahan-bahan
- Spaghetti (masak ikut packet) tapi masa ni I guna Angel Hair
- Bawang putih - 5 ulas hiris nipis
- Cili Padi - 5 bijik diketuk (ikut tahap kepedasan nak macam mana)
- Bawang Besar Kuning – potong ikut suka engkau
- Tomato Cherry – Belah dua
- Cube Ayam – ¾ cube
- Olive Oil – 2 sudu
- Butter – 2 sudu
Cara
Membuatnya
- Memula panaskan butter and olive oil together forever
- Tumiskan bawang putih tadi tu sampai la garing so nanti dia rasa la sedap smokey-smokey. Kalau hangit nanti dia rasa pahit. Paham?
- Lepastu masukkan tomato cherry, bawang besar and cili padi ketuk
- Masukkan cube ayam ¾ cube untuk satu hidangan. Kalau 1 cube nanti masin sangat
- Last sekali masukkan spaghetti. Dah siap!
Ain macam biasa la dengki. Dia cakap sedap tu sebab
I letak cube ayam. Cuba tak letak, mesti tak sedap. Hahaha. I pon rasa sebab tu
jugak la kot? Tapi ni kalau ada seafood’s lagi la sedap. Sayur lain korang
boleh letak spinach or boleh letak cendawan tiram. Kalau nak letak sawi pon
boleh, takde sapa marah. Just be creative ok? I suka Spaghetti Aglio Olio yang
letak isi ikan and ada kuah sikit-sikit. Syarat dia bawang putih kena goreng
garing, baru sedap! Masak Olio ni ada banyak cara tapi dah masak cara ni sedap,
memang I stick pada resepi ni je la. Haritu masa weekend, pepagi I dah masak.
Biasalah nak poyo dekat suami. Haritu first time masak, dia takde pergi jogging.
Kata Sazli, ‘Mama lain kali buat lagi’.
Maknanya apa? Kah kah kah. Malas nak jawab. Kang korang berbulu. Ok tu je la
entry untuk harini. Sorry I biziiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Jumpa esok. Kbye
-eNd-
2 comments:
sennag je nk masak aglio olio ni eh..nk try la nnti hehe
dyba : kena rebus dulu tau spaghetti dia :p
Post a Comment