Thursday, March 16, 2017

Fish and chips paling sedap di The Magnificent

Assalamualaikum..

Last night I dinner dengan Syahira Zakaria and Ellis dekat The Magnificent Fish and Chips Bar, Changkat Bukit Bintang. Sebenarnya soalan 'Nak makan apa, dekat mana' ni memangggg berhantu wei. Susah nak jawab. You will end up stressed lepas cadangan demi cadangan kena tolak macamkan dekat KL ni dah habes tempat makan. I almost sipi-sipi lagi nak cakap, 'Ozeki jer la' tapi hatiku kental Zack. Tetap jugak I berkeras cakap pada Sya and Ellis yang I nak makan dekat tempat yang I TAK PERNAH makan pleaseeeeee. Asyik-asyik tempat yang sama, disini sudah bosan lagipon nanti takde la dapat bagi info mana nak makan dekat readers. I tau ramai readers menjadikan blog ni sebagai rujukan mana nak makan. Hahahaha. Untuk malam ni I tak kisah la dekat mana-mana tapi I don't want rice nor Thai Foods (Sebab Ellis suggest Rama V. Tempat lelama je dia suggest. Ongtue macam tu ler). I nak restaurant yang ada good ambiance and I nak tengok orang. So, Ellis pon suggest kita pergi ke The Magnificent Fish and Chips. Sini dia punya Barramundi Fish 10 bintang beb wa cakap lu. Seriously sedap giler. Portion besar, ikan dia juicy and tender Nora kasik 5 bintang! If korang nak datang sini makesure avoid Friday and Saturday night sebab Changkat ni kalau datang time tu memang la sesak. Nak parking mau sejam. Lepas tu cuaca kena la cantik sebab dia bukan dalam mall so kalau hujan susah la sikit renyah nak payung bagai macam pwincess. Bila makan dekat sini rasa macam omago (Shein sebut Oh My God macam tu) dah tuweeeee nya. Ada la 6 tahun kot tak jejak kaki dekat area Changkat ni. 


Ni la Barramundi Fish. RM44.00 je. Makan dengan chips gemok. Photo taken from here



Ni gambar yang kitorang ambik. Lack of lighting and pakai henpon je so hampeh la result dia. Hahahaha. Kitorang order 3 dish je sorang satu. Nak tambah appetizer tapi waiter cakap 'Portion besar tau?' So tak jadik la. I tengok meja sebelah punya calamari rings macam menyirap je.


Yang ni I makan. Lamb Shank. RM48.00 jer harga dia. 
Photo taken from here


Yang ni gambar by yours truly. Hahaha. Sedey sangat ni. Sedap saaaaangat Lamb Shank ni sebab daging dia super lembut! I makan habes licin.


Ellis makan Grilled Salmon. RM48.00 jugak. PON SEDAP!


Sya, Ellis and Siti Nohaliza.


Ni la rupa THE MAGNIFICENT fish & chips bar.

Boleh duduk dalam sejuk sikit ada aircond or kalau nak lepak-lepak tengok perangai orang, boleh duduk dekat luar. Mana yang bercinta tu sesuai la datang sini. Lepas makan boleh la jalan sikit ke depan ada banyak restaurant offer Live Band. Tak sesuai untuk family yang ada anak-anak kecik sebab sini memang tempat anak muda remaja lepak-lepak sapkok macam tu la. Mat Salih and foreigner pon ramai lepak dekat sini and selain dari restaurant ni ada baaaaaanyak lagi restaurant lain dari Thailand ke Western semua ada. Mak Bapak je takde hahaha. Price range makanan dalam RM40-RM100 satu dish. If nak makan dekat sini set-set yang muda remaja macam I ni ok la. Kah kah kah. Tapi kalau siang ok la kot nak bawak family? Takde la havoc sangat macam malam sebab bingit la, music kuat. Cakap pon dah kena jerit-jerit sampai sakit tekak. Sekali sekala nak lain feel boleh lepak dekat sini. Foods? Memang puas hati. I memang ada rasa nak makan lagi la dia punya Barramundi. Sedap!

THE MAGNIFICENT fish & chips bar
28 Changkat Bukit Bintang
50200 Kuala Lumpur
03-21427021

-eNd-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...