Assalamualaikum..
Dah lama tak makan dekat Makcik Sombong Telekom tu.
Bila dapat makan perrrrghhhhh hilang rasa rindu. Yang bestnya makan Rojak Ayam
Makcik Sombong ni dia punya kenyang sampai la esoknya. Usually memang macam tu.
I akan ambik Ayam, Paru, Tempe and tumbuh-tumbuhan taugeh dan timun. This time
pergi Kak Intan takde. Ada Bibik pembantu dia tu je. I masa nak order ada la
rasa saspen sebab Bibik tu biasa muka memang nak ketat je. Tadi tengok dia
handle sorang ok je, terkawal. Boleh la borak. Tapi masa memula tanya mana Kak
Intan, dia tak jawab. I tak puas hati, I tanya lagi sekali. Time tu redha je
kalau kena jeling ke tapi kali ni dia jawab. Ha ha ha! Kata Bibik, Kak Intan
pergi Umrah, Jumaat ni baru balik Malaysia. Kepada Bibik, diucapkan tahniah
sebab berjaya handle kedai seorang. Bibik pon bagus. Kita mintak tempe and paru
naaaaaaaaaaaah selonggok dia kasik sambai kembong la polistrin. Tempe dia bagi
3 keping sekali engkau. Timun segenggam. Memang kenyang lebih la I, Intan and
Dyba. Hahahaha. Murah pulak tu. Rojak ayam I tu ada ayam, paru, tempe and sayur
+ kuah bakso daging ball ada 4 ketul semua sekali RM8.00 je. Sudahnya Bakso tak
habes pon sebab banyak sangat. Sama rasa sedap macam yang Kak Intan buat cuma
masa mintak letak cili sambal tu tak berani nak mintak banyak takot kena
telangkop bekas sambal sebab Bibik ni dia muka memang nak ketat je. Taktaulah
kenapa. Hahahaha. Tapi I ok je sebab I rasa dia comel. Biasa pakai kodok-kodok
je dengan kasut pua chu kang. Harini I nampak dia pakai bawal elok sikit, baju
pon blouse and tak pakai kasut pua chu kang. Gaya Tauke tu ada dah Bibik. Nora
kasik 4 bintangggggggggggg.
Ko tengok Bibik tapau Rojak Ayam. Sekali hidang, nah kau sedulang!
Once a week biasa I lepak dengan Anny and team ANS
Beauty dekat Le Petite Dotty’s ni. Senang sebab sebelah dengan office I je. Now
dorang memang banyak menu baru. Ada spaghetti semua. Dia punya Seafood Olio not
bad. Harga dalam RM35.00 macam tu and dia punya dessert and pastries pon
banyak. Dulu I suka la Salted Egg Doughnut tapi lama-lama makan macam pening
sebab too sweet pulak. Anny suka makan. Wajib each time datang sini dia ambik.
I suka dia punya Salted Egg Croissant tapi now dah takde. I nampak ada Pavlova
kapit tu and today I try dia punya Rainbow Cake.
Sedap sangat Rainbow Cake ni. Soft and fluffy. Sikit tak muak. I kurang suka Rainbow Cake and RV yang heavy and mampat bantat. This one is toooooo good! Tengok pon dah tau sedap. Cream Cheese Frosting. RM14.00 one slice. I makan dengan Intan. Lepas makan dessert jangan lupa flush out dengan 2 liter air kalau taknak gemok.
Masa dekat sana jumpa dengan kawan Anny nama Irda. Dia kerja Petronas. Irda ni blog readers. Kata dia starstruck masa nampak I. Anny dah mata ke atas tangan kebahu. Hahahaha.
Untuk Irda, tenkiu sebab sudi baca blog Siti
Nohaliza and keep on menyokong I eh? Esok Irda nak ke Makkah untuk umrah. I
doakan semoga Irda memperoleh umrah yang mabrur, selamat pergi dan selamat
kembali. Berapa jam naik kapalterbang? 10 jam ada? Matilaaaaaaaaaaa naik
kapalterbang lama-lama. I just can’t. Rasanya ni kali kedua kot jumpa Irda. Nanti
next time kita lepak coffee-coffee ok? Kata Irda, kenapa I dah jarang dah
cerita bab makan? Eh yer ker? Mana adaaaaaaaaaaaa jarang? Rasanya hari-hari ada
je kot cerita makan? Ni betul ke baca hari-hari ni? Alip lam lam ha tulis dekat
dada sapa tipu dia dosa (^_^)
-eNd-
2 comments:
OMG Siti Nurhaliza buat entry gamba i!!! Tq Su! Nanti amik autograph ek? -Irda-
Psl kurang entry foods tu ade skit auta la hehe
Irda : belanja makan laaaaaaaaaaaaaaaaaa
Post a Comment