Wednesday, March 22, 2017

From Jengka With Love

Assalamualaikum...

Harini I bersiaran dari Jengka. I sampai sini pagi tadi. 2 hari je balik, esok dah balik KL semula. Berjaya drive alone tapi habes semua orang I call buat teman supaya tak ngantuk. Haha. GF I tak sihat... Dari Isnin lagi dia cakap tak larat. Kan I memang call dia every day, every morning? Cakap je hello terus nanges, dah kenapaaaaaa? Rupanya demam. I pulak kalau mendengar luahan perasaan keluh kesah Mak Esah jangan nak nanges. I kenot. Nanti I rasa geram. Nak cakap, kena bagitau elok-elok. 'Kandaaaaa, dinda tak sihat....' Gittew baru anjer-anjer. Ni tadi tengok dia macam dah ok sikit. Masa Isnin tu call pon gigil-gigil bercakap. Iyan iyer. Ni dia cakap nak makan sup sayur letak fishball. Boooooleh! Jap lagi Abang masakkan. Hehe. Ikut Mak, dia tak bagi I balik. Biasalah orang tua, memang taknak susahkan anak-anak. Masa I cakap nak balik dia cakap tak payah, lepas tu I kata, 'Cuba cakap terima kasih.... Patut suka anak balik.' Lepas tu Mak cakap 'Baaaaaaaaik'. Malas nak gaduh lettew. Fikir balik, bestnya kalau I dapat duduk dekat-dekat dengan Mak. At least sakit pening dia, I boleh la tengok-tengokkan. Ni jauh... Tapi naseb la Jengka 2 jam lebih je. Kalau jauh macam Kelantan, lagilah susah. Kan? Macam Dyba kalau balik kampung kena naik kapalterbang. Tu pon naseb baik kampung dia dalam sejam je dari airport kalau tak jenuh jugak. Sesapa yang duduk dengan Mak Ayah dekat tu, korang memang beruntung :)


Anyway, tadi sampai je kampung terus zaaaaaap masak Sambal Air Mata sebab tingin nak makan dengan nasik and telur mata. Dah pesan pada Mak, jangan masak nasik lembik. I turn off. Memang boleh buat nanges kalau makan nasik lembik. Sebal je dada sebab tak puas hati. Hahah. Perangai sangat!


Oklah, tak boleh borak lama. I nak masakkan Mak Sup Sayur ni. Kot la dia selera nak makan tu. Tadi ada nampak dia makan sikit sambal I tu tapi maybe tak banyak sebab Mak ada gastric. I ni tekak tingin nak makan cendawan tahun yang tumbuh dekat dalam ladang kelapa sawit tu. Ni kalau dapat, masak sup letak lada hitam tumbuk perrrrrrgghhhhh. Cenggini! I ni kalau duduk kampung, diet memang terbatal. Apa je hulur, zaaaaaappopp I ambik. Kang esok pagi ke nak buat Sambal Ketuk, Si Anny kata itu je boleh mengembirakan dia. Mintak, tapi dia cakap 'Kalau tak menyusahkan laaaaaa'. Ceh, ni lagi sorang. Dah nak tu, cakap je la nak. Ni ada pulak 'kalau'. Pang nak?

-eNd-

2 comments:

ReeneeRaaid said...

makan simple pon sedaap

Nur Aishah said...

haaa yg tu nakkk (pang!). hahahha.
Alhamdulillah, dapat balik jenguk GF.selain dari gf dpt jmpe anak..su sndiri dapat pahala tgk wajah ibu bapa.ameen