Thursday, March 23, 2017

Friendship Dan Sedekah.

Assalamualaikum..

Since today Siti Nohaliza still kat kampung, harini kita sembang-sembang kosong jela eh. Anyway harap GF lekas sembuh and sihat je selalu. Sebab GF kan kuat, naik Sky Bridge pon rileks takde gayat, tak macam anak dia yang sorang tu, naik flight takut, nak lalu kat Sky Bridge pon tak berani, harap pung pang pung pang je athlete (carik pasal). Tapi takpela, kira dia hebat jugak sebab drive balik Jengka alone semalam (counter balik). Hehe. Anyway siapa orang Johor or duduk Johor macam ain diucapkan selamat bercuti sempena birthday Sultan harini. semoga hari cuti korang terisi la dengan benda berfaedah, or at least dapat la rehat more. Ingat hari cuti ni nak bangun lambat sikit berilek-rilek, tapi pepagi daaaaah kena kacau dengan orang kat Jengka tu haa. tak kasik can langsung. Kepada orang dinegeri-negeri lain, diucapkan selamat bekerja la eh, nak pulak lepas lunch time ni semua mata kuyu je macam garfield sebab mengantuk. Kah kah kah.

 Incase ada yang rindu. 



Harini kita cakap pasal frienship. Dalam hidup ni semua orang berkawan. tak kira la sikit ke ramai ke, tipulah kalau kita takde kawan langsung. Alang monyet dalam hutan pon berkawan inikan pulak manusia. Ye dak? Tapi nak carik kawan yang ikhlas and ada time kita susah belum tentu semua. Kawan time happy melambak. Yang baik time nak pinjam duit, time nak mintak tolong memang ada. Yang bertahun takde borak tetiba text tanya khabar tu kena jaga-jaga, sebab biasanya ada udang disebalik mee. Hahaha. Yang tak pernah bertegur and atas tiket kenal pon boleh tetiba bertegur sapa. Kadang pelik jugak manusia zaman sekarang eh? brutal je pinjam duit walaupon tak kenal/rapat mana. Kang tak dibagi daaaaah kata kita kedeks. Perangai dah pinjam lepastu hilang ingatan lagi lah melambak. Balik yang meminjam ni pulak segan silu nak tanya. Eh tadi nak citer pasal apa tetiba masuk bab pinjam duit ni? Hahahaha. So kepada semua orang yang meminjam tu (ingatan untuk diri sendiri jugak), bawak-bawak la pulang duit orang. Kalau harini kita susah, akan datang tak mustahil ada orang lain pulak memerlukan. Tak semua rezeki kita tu kita punya. Ada bahagian orang lain jugak. Paham? Lagipon tak semestinya orang yang tak nampak susah tu tak perlu duit, masuk toilet awam pon dah 50sen. Kalau jenis semua yang pinjam tak bayar, level Dato Vida or Alif Syukri pon boleh lingkup. Haha.
.
Satu lagi perangai dalam berkawan ni yang jenis tak jujur and talam banyak muka. Depan baik tapi kat belakang dialah jadik presiden persatuan dengki-mendengki. Hasut sana sini cakap buruk pasal orang, tapi bila kat depan dialah paling support and acah-acah caring. Spesis ni memang ada. Tapi orang-orang macam ni kita takyah layan balas ikut perangai dia. Jangan downgrade diri kita sama level macam dia. Jadik je sarcasm sikit so lama-lama dia yang panas bontot. Sebab dalam dunia ni jenis yang suka bila tengok orang jatuh ramai je. Yang bertepuk tangan atas kesedihan orang lain memang ada. Sesama kawan pon ada dengki iri hati. Tapi untuk orang-orang macam ni, jangan lupa kuasa Allah tu besar, silap gaya, macam mana kita layan/buat orang, boleh jadik macam tu jugaklah orang lain buat kita.  
.
Ok habis bab friendship.
.

:)

Anyway thank you sebab kaksu cakap ada jugak readers yang bagitau dah derma untuk adik Syahid. Boleh baca kat sini kisah adik ni. Hopefully apapa yang dipanjangkan tu ada manfaat and lagi ramai orang derma, lagi banyak dapat disalurkan pada adik tu. Sama jugak mana-mana yang perlukan bantuan. Now kat FB/IG banyak kita boleh nampak orang share/repost pasal benda macam ni. The power of sedekah ni besar, kadang berapa je kita bagi tapi in return Allah balas more. Kadang Allah balas in different way. Now nak derma pon senang sebab semua orang guna internet banking, nak transfer anytime. Berapa ringgit pon takpe sebab ikhlas kita Allah yang ukur. Sebaik-baik sedekah/doa ni yang senyap dan diam. Ok?



Oklah, Kepada Siti Nohaliza, semoga selamat sampai drive balik KL kejap lagi. Drive safe. Kepada semua readers, dia kirim salam sayang dengan ucapan dah beli #houseofcorsetbychooyaya ke belum??? kalau belum pergi check IG @_housofcorset ok? Hahahaha sesambil. Sekian sahaja entry rojak daripada ain. Nak sambung tido. Korang yang tengah kerja tu tabah lah eh. Hehe.  
Bye.
Ain :)

No comments: