Friday, March 3, 2017

#Intancelebration 5.0

Assalamualaikum..

Tahniah @Intanloveu sebab dah pass exam. Ni dah Intan Celebration 5.0 dah. Sedar tak sedar dah lebih 2 tahun Intan further study. Dulu bizi tolong Papa dia meniaga dekat Uptown, lepas tu sekarang bizi dengan exam pulak. 24 jam mengadap buku kalau nak exam. Kata Dyba, ‘Orang lain pon exam jugak takde la macam akak cuti sebulan nak baca buku’. Hahaha. Patut buat compilation dah dia punya #intancelebration ni. I pon dah lupa sebelum ni dekat mana dia punya celebration. Yang I ingat, 1) Intan celebration nanti Intan nak pilih baju apa and warna apa nak pakai eh? 2) Intan nak makan pitzah 3) Intan takde duit tau? Ada RM100.00 je so makan tong-tong. Jangan tempat mahal tapi Intan nak makan sedap 4) Intan nak jadik ketua and pwincess. Memacam syarat! Layaaaaaaaaaaaaaaaaaankan ajer la. Ongtue kalau lulus exam ni dia lain macam sikit. Hahaha. I ingat macam sebelum ni ada makan Pizza Hut dengan Capricciosa Pavilion. Tu pon sebab makan pizza, memang la I ingat. Ishk Intan ni dengan pizza takkan mudah jemu kot? I yang bosan. Kalau dia cakap nak makan pizza serentak cakap taknaaaaaaak!! Hahahaha. Tadi pizza dekat Franco ni ada muak sebab dia guna puff pastry untuk dia punya crust. Muak rasa sebab terlalu rapuh. Sekeping ok la, tapi kalau masuk 2 keping rasa muak. Tapi makan lain semua sedap! Kitorang ambik 2 pasta, 2 pizza, and dessert 3 jenis. Share makan 6 orang cukup. Tak membazir and takde pulak tak cukup. Just nice. Kepada Intan, tenkiu belanja RM100.00 untuk Intan Celebration ni. Next kita nak makan kat mana? Kata Intan nanti lepas Raya baru dia exam. Maksudnya ada masa lagi 3 4 bulan ni. Kena plan dah ni mana nak makan tapi harapnya jangan dah la dapat waiter macam dekat Franco tadi, ketiak dia punya pahit sampai rasa masuk dalam tekak!


Tahniah Intan sebab pass exam. Masa dia exam and nak tunggu result, muka habes crack sebab stressed punya pasal. Dengan mata panda, rambut dawai. Dah tak terurus Intan. Kekadang pergi kerja pakai jubah and tudung yang takyah gosok. Sebijik macam kena tinggal laki. Now dalam recovering process.


Malangnya nasib kitorang harini sebab dekat Franco dapat waiter bau ketiak pahet woooo. Memula kitorang nak duduk level atas. Dari bawah sebelum naik tangga dah bau kepak ayam + bawang. Sekali sampai atas yang dekat pintu kitchen dia tu semua tak boleh tahan serentak turun balik. Pahet dia sampai rasa sampai dalam tekak. Hahahaha. Nak pulak bebudak ni semua memang dah tak boleh blah bau ketiak. Nightmare memasing sebab ada la kes tapi kenot story here lulz. Intan lagi la semalam. Masa OTW nak pergi Futsal, I diam-diam kentut tanya dalam kereta. Pasang aircond, lepas tu masa sampai kat tempat Futsal Intan cakap, ‘Kaksu, Intan bau macam taik la. Kaksu tak bau ke?’ Lepas tu I tak jawab tapi gelak suara tak keluar, air mata je keluar. Hahahahahah. Intan terus tumbuk perut I. Pelik jugak, kentut dah lama tapi nak keluar kereta baru sedar. Hahahaha. Intan patut bangga tau sebab dapat hirup udara yang berkentutkan Siti Nohalija. Hahahhahahah.


  

Ok, jom tengok kitorang makan apa. Yang ni ialah Carbonara. RM28.80. Jangan la ngeri tengok telur mentah tu sebab nanti sebelum makan, kita gaul semua dengan kuah dia yang panas tu, bila makan rasa lemak-lemak. Sedap!


Yang ni korang memang kena cuba if first time makan dekat Franco. Seafood Tomato Cream. RM30.80. 


Seafood pizza ni pulak RM28.90


Topping dia sedap. Cuma crust dia I tak berapa suka. Truffle Mushroom Puff Pizza. RM35.90

Ooooo dia dah cakap nama dia puff pizza.


Izzah la nak makan parfait ni. Lepas makan puas hati. RM15.80 untuk Berries Cheesecake Parfait ni.


Insane. Tu je boleh cakap. Chocolate Soufflé. RM20.80


I punya favorite. France French Toast. RM17.80


Cewah Bang Kasim…. Macam beisteri dua pulak. Tema purple gold. Patut purple tapi kitorang cakap maroon. Baju Siti Nohaliza and Dyba dari MNG and tudung dari anak buah I, @be_anggunscarves. RM25.00 sehelai untuk bawal dull satin macam ni.


Kaklong, Pwincess Intan and Izzah. Izzah, sebab you mengandung, I maafkan lipstick you overshadow lipstick Intan.


Sebelum balik, beratur la ambik gambar depan Franco.


Team I Will Survive minus Sarah. I miss you BB!

Masa dekat sana sebok memasing buat Boomerang. Ada satu video tu, I marah Kaklong pegang tissue lepas tu Intan cakap, ‘Kaklong jangan la pegang tissue. Orang tua la’. Kaklong kata, ‘Memang dah tua pon Intan’. Yerla, Kaklong tu dah bercucu dah pon. Bulan 5 ni masuk 2 orang la cucu dia. Tahun ni dah 50 tahun, dah boleh keluar duit KWSP so kita kena plan la #Kaklong50yearcelebration pulak hehe. Tuwe dah ko Kaklong tapi takpe, tetap menten jelita. Tu kalau kurus lagi sikit tu memang purrrrrrrrrrrrrrfect dah tu. Nanti hujung tahun depan Intan habes belajar, agak-agak time tu I dah ada baby lagi sorang ke belum eh? Ishk saspen pulak. Intan pon agaknya dah kawen ke belum masa tu kan? Kaksu doakan selain dari Intan cemerlang dalam pelajaran, Kaksu doakan jugak Intan dapat jodoh cepat. Korang semua pon kalau sayang Intan kena doakan Intan cepat kawen jugak eh? Aminnnnnn

Franco Avenue K
156 Jalan Ampang
Lot G-11, 50450 Kuala Lumpur
03-21812808

-eNd-

1 comment:

Anna Dayana said...

Tq kak su dyba ezy kak long izzah.. TQ kerana boleh contribute sorang 20rm.. kalau tak.. mmg kena cuci jamban la kat FRANCO tu.. hihihi

I love my friends...
xoxo