Thursday, March 2, 2017

Makan Ketam at Stadium with Ellis

Assalamualaikum..

Lama betul tak jumpa dengan Ellis. 2 minggu ada kot? Dia tu sekarang asyik bizi je. Nak kata takde Maid, dah ada… Takkan la nak ada 2 Maid macam Linda Jasmin? Che Ta pon takde Maid, kemain dia demand nak sampai 2 Maid. Amboi dia tu. Haritu lama I merajuk dengan dia sebab dia tak join ANNESURAYA punya Makeup Workshop. Kata dia busy nak jadik driver Raif tusyen dengan bola on weekend. Dalam pada busy, petang tu update Instagram tengok pergi celebrate kawan dia punya birthday dekat Greenhouse. Cakap la tak boleh pergi sebab ada plan lain, ni nak tipu kenapa? Apa lagi, zaaaaaaaaaaaap block segala mala whatsApp, IG and FB. HAHAHAHAH. I memang kecik hati sangat. Sebulan ada kot? Sampai akhirnya dia menggunakan Anny sebagai medium untuk memujuk. Anny la jadik orang tengah tukang sampaikan pesan. Kata Anny, ‘Dah la Suraya, sian la Ellis wei’. Eh apa pulak, sapa suruh dia buat aku??? Dia tu Last year masa Transbella punya lauching pon dia tak datang sebab kerja. Naseb la masa Ayang kawen November tu dia datang, kalau tak memang carik pasal. I rasa macam tak dihargai. Gitchew. Untuk semua yang ada kawan berbusiness, please check out this quotes.

“Support your friends. Listen to their ideas. Go to their events. Share their posts. Celebrate in their victories and remind them of their importance after their failures. A little support can go a very long way in someone’s life”

Ini namanya support kawan. Ni nampak kawan banyak update dalam IG pasal business terus unfollow. Semak feed katanya and taknak tau pasal business. Tak interested. Nak tau pasal personal je. Padahal bukan sehari dua punya friendship, makan belas tahun but just because of kawan tu punya IG masukkan business post seminggu sekali dua, dah di unfollownya. Kalau kata unfollow tu bukan kawan rapat takpe, ni close friend kot? I pon menda kecik hati ni kalau kawan-kawan rapat je, yang tak rapat I tak kisah. Kecik hati tu pon sebab sayang…. Bukan sebab benci. Merajuk tu ada la. Tapi InsyaAllah tak lama. Takkan la nak judge value on friendship base on ‘Kau unfollow IG aku, maka terputuslah sudah silaturrahim dan persahabatan kita’. Itu bodoh nama dia. Kalau macam Ajan tu selamba je cakap, ‘Ajan unfollow sebab banyak gambar tak tutup aurat’. Hahaha. Siot Ajan. Yang tu takper. Acceptable. So, berbalik pada cerita Ellis. Sebab dah lama tak jumpa, Ellis cakap ‘Let’s go eat sedap. I wanna eat Ketam!’  Cakap ketam, terus la kitorang pergi ke Stadium Jalan Yap Kwan Seng. Dekat and confirm sedap.


Ni nama dia Kam Heong Crab. RM72.00 untuk sekor. Naseb tak termakan hasutan Ahso tu suruh ambik dua ekor. Kalau tak dengan kulit sekali bawak balik sebab mahal. Hahaha. Sejak bila ketam dekat Stadium mahal macam ni wei?



Garlic Baby Khailan. RM12.00 Small Size


Salted Egg Squid. RM25.00 Small Size


Black pepper beef. RM30.00


Eee apeni meja bersepah. Tak sukaaaaa. Lekas panggil balik Ahso mintak ambik gambar.


Ok, better.
Total Bill RM192.00 sebab peanuts RM3.00 (tak mintak pon dapat so ni kira paksa makan ke apa ni?), Wet Tissue RM1.00 (padahal tak guna pon tissue ni, bak balik singget hahaha), Mango Juice RM9.00 segelas x 2, Nasi putih RM1.50 satu x 2, Hot drinks RM4.00 satu x2. Lepas tu I tengok total bill RM172.50, service charge 5% : RM8.63, GST 6% Rm10.87 so Grand Total is RM192.00. Kemain makan dua orang sampai dekat dua ratus. I rasa kan kalau makan Seafood macam ni lebih berbaloi kalau makan 3 orang sebab 2 orang makan macam ni memang tak habes. Membazir amalan syaitonnnnnnn. I pulak each time datang kedai macam ni masa otw nak order butter crab, chili crab segala but end up akan order Kam heong jugak. Hahahaha. I sukaaaaaaaaaaa sangat dry curry macam Kam Heong ni. Sedap! But one day nak makan ketam yang size 5XL Chili Crab. Sedapnyaaaaa. OMG tingin pulak Chili Crab. Nong and Jimmy punya Chili Crab pon sedap. Macam nak kena pergi segera je ni. Hehe.

Restoran Stadium Negara
Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur
03-21618557


-eNd-

1 comment:

Amanda Suria said...

Terus i yabg terliur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...