Assalamualaikum
Biasa balik kerja, selang sehari I akan datang la
rumah Bapak. If Bapak around, dia akan ambik Shein dekat school around 4.00pm
and nanti balik kerja, Sazli ambik Shein dekat rumah Bapak. Dulu masa Shein
takde sampai la Shein dah lahir and sebelum dia masuk BBI, Sazli akan pergi
umah Bapak before and after dia pergi kerja. So, memang hari-hari Sazli akan
jumpa Mak and Bapak termasuklah Sabtu/Ahad kalau kitorang ada dekat KL. Sazli
and Bapak memang close. Dorang borak macam kawan. I hope one day Shein and
Sazli pon boleh jadi macam tu. Lepak breakfast sama-sama. Kekadang Sazli keluar
teman Bapak setel hal kereta ke, rumah
ke…(vice-versa) and really a good friend la dua orang tu. I jarang la nampak
situasi macam ni di sekeliling I. Hardly to find anak lelaki and father jadik
best buddy like Bapak and Sazli. I am touched and honored to be a part of them J I pulak akan datang
selang sehari so takdelah dorang rasa sunyi sangat kan? Hari-hari still dapat
jumpa walaupon tak duduk sama. Ada hari yang I tak datang rumah Bapak tu
kekadang I ada meeting dengan Anny, or balik lambat sikit beli barang Shein ke,
groceries ke… Mana sempat la either dekat KLCC, Ampang point, GE Mall (Semua
area Ampang je sebab Ampang best hoyeaaaaah).
My Man
Jumaat pulak
hari untuk memanjakan diri buat manicure/pedicure also wash and blow rambut.
Saja I buat routine macam tu so every Friday looking forward la nak memanjakan
diri. My favorite Salon is Lavinas (Betul-betul bertentangan dengan exit Ampang
Point) and my favorite Shampoo girl is Moon. Dia garuk kepala best giler and
dia blow rambut pon tahan lama kapok-kepok Mak Datin. Hahaha. Selasa and Khamis
pulak hari Sazli jogging lepas Maghrib dalam 3km. Once a week or every
alternate week, on Friday night I keluar dengan Girlfriends for makan-makan.
Every two weeks pulak kiter akan balik Jengka jumpa GF I pulak. Spend quality
time together dengan Mak pulak. Pergi Pasar Malam carik ulam or teman Mak buat
marketing barang dapur dekat U-Mart. Sazli pulak Maghrib and Isyak memang akan
berjemaah dekat surau belakang rumah I. Dia ada ramai geng Pakcik-pakcik dekat
sana. Lepas makan, minum teh baru la dia balik rumah. Kata Mak, kalau Arwah
Ayah ada mesti Sazli pon kawan baik dengan Arwah Ayah sebab Sazli ni jenis
semua pon dia ok. Tua muda semua dia kawan, takde hal. I rasa best sebab
everyday ada thing yang I looking forward to do. Dah ada routine. Kekadang ada
la off here and there tapi tak lari jauh. Kalau boleh, biar semua orang happy.
Macam bulan puasa pon best jugak. Balik kerja, I
balik rumah dulu kemas-kemas mana yang patut and later pergi rumah Bapak.
Memang kitorang akan bukak puasa sama-sama everyday. Lepas berbuka, kitorang
balik rumah and Sazli continue Solat Trawikh dekat surau apartment bawah ni.
Lepas Trawikh baru dia balik rumah. Kalau bulan tak puasa dia pergi Jemaah Maghrib
and Isyak if tak pergi jogging. Puasa ialah bulan favorite Sazli. Dia enjoy
buat routine Trawikh every night and tak pernah tinggal. If tak dapat buat Jemaah,
dia akan buat dekat rumah lah. Nanti Syawal, I tengok Sazli akan boring sikit
sebab dia cakap dia suka Ramadhan. But lama-lama dia akan ok.
I suka support apa dia suka. Army pants, Harley electric
scooter, football, jogging and run activities and diet dia. Dia suka makan
salad, so I carik la Salad and salad sauce yang macam dia suka makan. Dia suka
makan sayur ala-ala Chinese, I cook for him. Apa yang dia suka, usually I akan
sokong. Except for dia nak nampak macho taknak shave biar muka ganas yang tu je
I tak boleh nak tolerate. Bab rambut panjang gua dah immune. Ni I nampak dia
suka pulak easy rider macam Harley Davidson tu. That one 50-50 sebab I risau on
dia punya safety. Tapi syok jugak ride naik motor besar pergi Hatyai. I nak
beli leather jacket and bandana, pakai leather skinny jeans dengan boot
perrrrghhhh style tuuuuuu. Eh, tadi cakap tak sokong. Hahaha. Tapi I memang
mudah terpengaruh dengan Sazli pon. Hahaha. I am happy to see him happy. Dah
banyak dia sacrifice for our small family. Siapkan Shein pergi sekolah dengan
nak handle Shein punya moody pepagi lagi, kawan dengan Shein bila I busy dengan
event. Semua dia cuba to make thing smooth for everyone. I belajar dari Sazli
banyak. Dia put parent’s dia as priority ikut sama macam Bapak and Tok Chak
jugak. I nampak hidup dia smooth. Ada apa masalah cepat selesai. Maybe sebab
dia berbuat baik pada Mak Bapak dia. If Shein buat yang sama untuk I and Sazli
bila kami dah tua nanti, I lah Ibu paling bahagia dalam dunia. Nanti bila Shein
dah besar sikit I nak bagitau dia macam mana Abah banyak sacrifice jaga Shein
masa dia kecik dulu. If he hurts Sazli, I dulu yang akan lempang dia. Hehe.
(^_^)
I nak pesan pada semua yang baca entry ni, if
korang dapat jumpa Mak Bapak korang hari-hari kena bersyukur. OK? Macam I
jarang dapat jumpa. Tu yang bila Mak dekat KL, mana dia nak pergi apa dia nak
makan, apa dia teringin beli kami adik beradik usaha buat untuk dia. Call Mak
memang routine everyday cakap dari keluar parking rumah sampai la dekat office.
So takes about 30 minutes every day. Kekadang petang pon I call lagi. Never
failed. Cakap menda yang sama je. Makan apa, buat apa and layan la apapa dia
nak bercerita but elak cakap bab politik sebab memang boleh gaduh hahahaha.
Biasa gaduh pon pasal Najib je. Bodoh betul. Hahahaha. Eh tapi ni kisah betul
eh, I memang kalau tak kawan Mak usually pasal Najib je. Takde sebab lain. Eeee
geram je! Padahal orang tu takde apapa blakang I pulak yang tak kawan dengan
Mak. Tapi tak lama la. Dengan orang tua ni, ego tak perlu ada. Tak perlu kaji siapa betul siapa salah. Mintak
maaf je pada mereka. Ibu kan? Apa yang buat kita hebat kalau nak buktikan kita
betul? Bukan dapat apa. Nak banding apa yang Mak Bapak dah buat and sayang kita
masa kita kecik, apa lah sangat. If mereka ada buat something yang kita tak
setuju, forgive and forget. Jangan dikaji. Mereka pon manusia biasa ada buat
salah. Kan? Ni dengan kengkawan bukan main jaga hati, bagi bunga masa birthday,
belanja makan. Nak keluar sikit untuk Mak pon berkira dan teragak-ragak mana
lah rezeki susah nak masuk?
Happy dia dapat pergi Langkawi
Kekadang orang tua ni dorang pon taknak duit kita.
Duit dorang pon ada 30 juta dalam bank. Setakat RM seratus dua hulur masa raya
apa lah sangat? Tapi dah namanya Ibu/Bapa kan? Yg sikit kita bagi tu la dia
dakap, peluk cium. Bangga anak bagi duit. Ni padahal duit bawah tikar berkepok.
It’s not berapa jumlah duit yang kita bagi but the value of money. Tak kisah la
kaya mana pon Mak Bapak kita, hulurlah duit belanja… InsyaAllah the more you
give, the more Allah bagi balik rezeki. Mudah sangat rezeki tu nak dapat.
Kekadang entah dari mana pon tapi hidup tu smooth je… InsyaAllah. Makes them
happy selagi ada hayat mereka. Ketepikanlah sikit amount untuk Mak Bapak mulai
dari bulan ni ok? Cuba jugak walaupon rasa susah. Ada sikit, bagi sikit, takpe.
InsyaAllah nanti gaji lebih berkat and hidup tak susah. If susah pon, senang
dapat bantuan dari orang lain. Cuba ok? If tak boleh pon I paksa jugak korang
buat.
Thank you Abang Long dulu selalu bawak Arwah Ayah and Mak jalan-jalan KL.
Kaklong.
Ni padahal tadi nak share resepi Maggie, lepas tu
jadik entry ni. Punya jauh kona. Hahahahhahahaha. Ok la, nak layan Marsha
sekejap. Kita tak baca WhatsApp dia, dia pesan dekat Dyba suruh kita check
WhatsApp. Dia la ni dah racun I dengan duCks Scarves. Bahaya la group WhatsApp ‘Gila Tudung Bawal’ kitorang ni. Ellis
baru masuk semalam dah sama naik dah nampaknya dia. Huda pon baru masuk
semalam. Ni Ellis nak pergi Landan on April, so semua orang kena kumpul duit
beli handbag raya and BARANG MAKE UP HUDA BEAUTY. SIMPAN DUIT NOWWWWWWWWWWWW. Nanti
Ellis buat PS, sapa nak kirim boleh la eh? Later I update detail dalam blog. Ni
Marsha suruh tulis, ‘Maksu boleh up
dekat blog ni. Title bengang tak dapat duCks walaupon tak battle and taktau
product’. HAHAHAHAHHAHA. Malam tadi la start ramai la tunggu untuk
World Map duCks sekali pagi ni cakap ada leaking pulak. Tak jual dah sold out.
Ah lantaklah. I ada PS I sendiri. Upah singget je. Marsha nama dia. Kami dalam
group ni semua bekerjasama baik. Memang betul nak membantu ekonomi negara
Malaysia. Jenis offer tolong bayarkan dulu siap T___T Hahahaha. Marsha, Maksu
lantik Marsha jadik Menteri Wanita dan
Pengshoppingan effective immediately. I hope you happy now. Jangan
ganggu I lagi. Kbye.
-eNd-
No comments:
Post a Comment