Wednesday, March 1, 2017

Maggie Sup Siti Nohalijah

Assalamualaikum..

I kekadang bila sampai je rumah MIL terus buat perangai lapar. Selalu macam tu. Nanti lepas bagi salam and salam Mak and Bapak, terus menuju ke dapur cari makanan. Now kan poyo taknak makan nasik, so kalau nampak lauk hebat macam mana pon tabah. Kekadang paw Bapak punya buah ke, or kalau ada hari Bapak belikan Shein pisang emas/pisang embun I belasah la pisang atau kalau lapar tahan mengkarung oreng terus la geledah almari Mak carik Maggie. If masak Maggie memang I sorang je makan sebab Sazli tak makan Mee Segera. Dia pening banyak ajinomoto kata dia. Mak and Bapak kalau Maggie I memang tak boleh nak tumpang sebab pedas letak Cabai Melaka.  Maggie pon Mak akan beli memacam jenis, special untuk I. Hahaha. Haritu habes Maggie Kari, I mintak Mak belikan Asam Laksa. Terpengaruh dengan De sebab kata dia, bila dia mabok ni dia lalu makan asam laksa je. Mak offer nak belikan timun sekali. Kata dia baru la rasa Laksa. Ok Mak, Su ON! Mak tanya Cabai Melaka nak berapa lori? Haha. Perli la tu. Dekat rumah Mak ni, memang dorang tak makan Cabai Melaka. Beli memang purposely untuk I. Tu kekadang dah jadik macam lada kering dah kecut mecut habis tak diguna tapi I dah pesan JANGAN buang sebab cabai yang dah kering tu pon masih boleh guna. Contohnya macam kelmarin, I buat Maggie Sup letak dalam IG and FB nampaknya ramai yang meroyan. Hahahahaha.



Maggie Sup Siti Nohalijah. Amacam terliur tak?


Cara Membuatnya

Tumbuk dua ulas bawang putih dengan 4 biji Cabai Melaka. Saja je nak bagi buasir bunga kelopak lapan. Hahahaha. Lepas tu tumis la sampai naik bau and garing sikit bawang putih untuk aroma smoky and poyo, lepas tu masukkan bawang besar yang dihiris ikut suka hati. Tu ari tengok Atita masak nasi goreng letak bawang goreng dadu macam sedap je. tu beria letak bawang banyak, aku kan minah teringin? Lepas tu masukkan 2 sudu sos cili, 1 sudu sos tomato, 1 sudu kicap manis and perencah Maggie sepeket terus. Masukkan air panas 2 cawan kecik sekali gus dengan Maggie and segala sayur macam tomato and sawi. Arwah ayah eja sawi = sayi. Lepas tu fiskit dengan pesbol (Fish cake and Fish ball). Bila Kaklong tanya, ‘Ayah kenapa eja S A Y I?’ Lepas tu Ayah jawab : Yerla, S A sa Y I wi, sawi. HAHAHHAHAHAHA. Ayah up sikit la dari Pak hamid Gurkha, ‘Saya mintak F untuk Maaf!’ Hahaha. Ayah kelakar la. Suka dekat Ayah. Dulu masa kecik, kalau tanya nak kawen dengan sapa, I cakap nak kawen dengan Ayah.

Ok Sambung. Panjang pulak cara membuat padahal Maggie jeeeeee. Dah menggelegak semua baru pecahkan sebijik telur. Telur tu biar goyang-goyang cair kuning dia baru layan. Sebelum makan, cedok sesudu kecik sambal kicap. Kalau malas buat, sekarang banyak jual kicap pedas di pasaran. Apa jenis pon ok. SIAP! Boleh makan. Ain tak puas hati I masak Maggie macam ni. Kata dia Maggie tu kan konsep dia segera and mudah? Masak 2 minit dah siap. Kenapa nak susah-susah tumis semua. Eh biarlaaaaaaaaaaaaaa. Dia tu lagi la teruk. Dengan periuk Noxa kemain carik pasal. Benci sungguh ain dengan periuk Noxa sebab kata dia tak menghormati makanan. Semua nak senang and cepat baik tak payah. Dah pulak. HAHAHAHHAHA.

So kepada sesiapa yang terliur, boleh la buat Maggie Sup macam ni. Jangan samakan I punya Maggie Sup dengan Mamak punya sebab I masak lagi sedap. Okbye!


-eNd-

3 comments:

Juls Julie80 said...

salam sis..

haha..sama la dengan incek hubby..dia x layan kalau kita masak megi campak gitu jer..

dia punye megi kene tumis dgn bawang putih dulu, pastu masuk perencah, pastu masuk daging/ayam/udang, pastu masuk air (tunggu daging empuk), pastu dah mendidih baru campak megi, sayur & last telur. pastu paling last dah dlm mangkuk tu, kene buh cuka/limau nipis sikit & bawang goreng wajibbbb..

aduuduuu..mmg xde dah konsep cepat dimasak, sedap dimakan... hehehehe

Miss Moon said...

harus aku cuba jugak

eh aku pun kalau makan maggi siap tumis bagai. Kadang nak letak isi ayam bagai ...telur kena ada goyang goyang n kena ada sayur

pelengkap dia cili pagi potong ...

pergggggggggggggg

Amanda Suria said...

Perghhhhhhh....ok nanti nak buat cara u la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...