Thursday, March 9, 2017

Kisah Baju Raya Anak Cucu Sulatin

Assalamualaikum…

Kawan-kawan sanak saudara sekalian, baju raya dah tempah ke? I dah siap beli kain dah. I tu sebenarnya bukan I tapi Kakyang and Kaklong la. Dorang berkampung dekat Jakel Sabtu lepas dari pagi jejak ke petang. I kan balik kampung? Ingat pukul 3.00pm tu nak la nap sekejap tapi tak boleh. Kang kejap Kakyang call I, kejap Kaklong call I dengan De dengan Mak. Wasap lagi la tanya confirm kaler, suruh bank in duhet la sebab total RM2,700.00 semua sekali kain satu keluarga aku pon tak paham kenapa mahal sangat hahaha. Tapi logic je sebenarnya sebab family Sulatin campur cucu-cicit menantu semua dah berapa orang? Jap nak kira. Ha, nam belas orang semua sekali. Memula konon memasing taknak pakai baju kaler sama sebab biasa dengar dah, ‘Baju raya tema masing-masing eh? Taknak sama. Nanti kang semua sama je sekayu kain’. Kononnnnnn. Sekali bila nak beli tetap la sama. Hahahaha. Usually kalau tak sama pon, kita akan ambik warna yang seakan-akan sama macam last year. Sazli and Shein pulak biasanya warna sama and I lain sikit, contoh macam corak-corak sikit sebab I kan Ketua Pwincess and the only girl between Sazli and Shein, kena la lain. Macam tahun ni, kata De dia nak Emerald Green tema tapi sian kat Eddy dengan Mak nak kena pakai emerald green sebab dorang kulit kaler gold? Hahaha. So tak jadi. Warna tema biasa kita tak decide awal, dah sampai Jakel baru ambik base on availability kain la. Kekadang kain dah berkenan warna and jenis tapi bila ukur tak cukup untuk semua pulak. Tu yang decide warna apa nak pakai dekat Jakel je.


Tengok pinggang ke bawah je. Lace raya tahun ni jenis 3D. Kemain kan? Ni nak raya ke nak kawen? Hahaha.


Tahun ni lelaki punya kain jenis Italian Ajenti. Warna Mint Green manja-manja ayam gittew baru la semua orang boleh pakai dengan gembira walaupon kulit kaler gold. Untuk lelaki bidang 45. Harga semeter RM30.00 and perempuan pulak kita ambik kain jenis Japanese Duchess. Harga semeter RM50.00 bidang 60. Lepas tu lace pulak ambik jenis 3D butterfly (kemain kau) RM100.00 semeter. Lepas tu ada pulak yang nak border lace, organza semua. Ni kalau tak Rozita Che Wan raya nanti aku pon taktau la. Hahahahah. Untuk Mak, kita ambik kain pasang jenis apa tak sure tapi 4 meter bidang 45 harga dia RM220.00. Dia je sorang lain sebab dia ketua. Lagipon dia takde suami, so kena bagi dia rasa special sikit. Kain lelaki and perempuan memang purposely warna tak sama. Kita ambik yang perempuan lebih light sebab sesuai dengan sifat wanita yang penuh kelembutan (tetiba). Tapi I tengok kain, memang cantik la. Jenis heavy so bila pakai dia jatuh terletak je and tak perlu lining. I kalau kain pasang suka beli jenis yang macam Heavy Como Crepe. Ambik yang grade bagus sikit supaya ketiak takde la becak sangat. Raya nanti confirm panas nak becantik-cantik dari pagi jejak ke petang. Dulu masa kecik, kalau raya I perasan I punya badan bau asap. Taktau lah kenapa. Hahaha. 


Siap potong, label and bill asing-asing so that senang nak kira. Lagipon nanti hantar tailor asing-asing. I kalau beli kain, tak sah kalau tak berlebih. Mesti ada lebih. Untuk Sazli and Shein kain ambik 6.5 meter bidang 60.00 kalau ada lebih, I buat tudung bawal. Haha.


Ni la 3D lace corak butterfly. Sapa punya idea la ni. I ambik 2 meter. Takde idea lagi nak buat pesen macam mana.


Gambar ni I tengok dalam Mimy Hamid punya IG. Nampak tak yang sebelah dia tu punya baju guna 3D lace? Nanti maknanya baju raya kita cantik macam ni la eh Kaklong? Ni macam dah nak kawen dah ni. Hahaha. Butang baju melayu aku mana paaaaaah.


Malam tadi terbaca ni dalam wasap. Tak ingat sapa yang bagi. Bongok. Hahaha.

Macam biasa, baju I akan tempah kedai Pakistan dekat rumah I ni je la. Upah RM150.00 je sekali dengan lace. Serik dah nak tempah sampai RM700 sehelai dekat medan mara. I punya baju standard kedai Pakistan je. Hahaha. Untuk baju open house I dah siap beli dah dengan kawan Sharifah. Jenis ala-ala baju kurung kedah tu. Boleh pakai dengan palazzo or jeans. Pakai dengan rantai besar. Dah cantik. Lepas tu nanti nak try tengok dekat Jovian ada ke tak yang cantik dekat-dekat raya nanti. Saja nak cari feel raya. I suka kurung biasa je. Tak suka fancy-fancy tapi tahun ni dengan 3D lace aku pon tak paham kenapa. Ni Kakyang la ni! Hahahaha. Minggu ni dah kena tempah. Biar siap awal jangan tak siap. Shein pon dah banyak baju melayu dia. Baju Pakistan pon ada a few helai. Every Friday dia pergi sekolah pakai baju melayu so takde la membazir tak pakai. Ishk, cakap pasal baju raya macam dah tak sabar pulak nak raya. 3 bulan lagi kan? Lambatnyaaaaaaaaaaaaa….

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...