Thursday, March 9, 2017

Shellout Jawa Style

Hi Assalamualaikum..
.
Dari semalam siti nohaliza pesan suruh update blog sebab today dia busy sikit. dia punya pesan merangkap tak bagi keluar malam and suruh tidur awal sebab takut penat, nanti hari ni masuk office lambat and tak boleh update entry pukul 11am. melampau. now pon dah 10.35am. tapi since dia jenis tak suka push/follow up kita boleh la amek kesempatan sikit. hahaha. lagipon dia beriya suruh update pasal shellout. orang yang makan dia yang bersungguh, lepastu komplen sebab tu ain debab. asyik makan sedap. padahal dia jeles sebab dia kan jenis bercinta dengan makanan. nak pulak shellout ada ketam. dia makan sedap hari-hari post sampai semua orang telan ailio takpe pulak. so kita cerita jela as siti nohaliza suruh. malas nak lawan, nanti dia bebel. tengok siti nurhaliza yang real tu pandai menyanyi je, yang ni pakej pulak pandai membebel sekali. kah kah kah.


up la gambar dulu. ni nama dia shellout orang jawa. sebab orang jawa dulu-dulu kalau kenduri makan nasik ambang dalam dulang bulat ni. tapi letak la kertas makan coklat ni bagi senonoh sikit. syok makan macam ni. meriah. Saja guna dulang sebab kalau lambak terus atas meja nanti semak tengok minyak meleleh-leleh.

untuk shellout ni ain buat kat rumah makcik ain. rumah makcik ni dah consider macam rumah kedua ain sebab selalu lepak sana. ni buat rabu lepas. petang tu balik kerja ain pergi sana and borak punya borak saja nak buat shellout. unplanned pon. pernah buat jugak few time sebelum ni. ada sekali tu buat and bila whatsapp gambar kat kaksu dia kata gambar google. bersungguh pulak tu kata google. eee bengang je. dia taktau ke bukan semua orang dalam dunia suka amek gambar makanan dgn diri sendiri? hahahaha. ok berbalik pasal shellout ni, modal tak sampai RM100 pun untuk 6-7 orang makan. kali ni kitaorang cuma beli ketam, udang, kerang, sotong, and brokoli. dah nama pun unplanned so tak banyak la dapat carik. masa pergi kedai beli bahan basah ni semua tanya kat abang kedai tu kupang/lala ada tak? dia kata takde, pastu suruh beli siput sedut. beriya suruh beli siput sedut. geram nak tunjal. dah orang taknak takyah la paksa. lagipon belum pernah lagi nampak orang buat shellout letak siput sedut. takdelah pelik pon sebab makanan laut jugak, cuma leceh nak prepare. jagung pun tak letak sebab before this letak tak dimakan sangat. membazir je. maybe sebab resipi asal orang buat shellout ni letak jagung, so orang ikut lah. tapi untuk ain consider optional je. 
.
ain cuma tolong siang and basuh je. masak semua makcik yang masak. semua 4 jenis haiwan ni masak lain-lain flavor. ketam masak sambal + sos manis-manis sikit. udang masak tumis kering kari pedas. kerang masak black pepper and before angkat masuk brokoli yang dah celur sekejap. sotong masak tumis kering jugak, ada rasa black pepper jugak. macam masak sambal jugak tapi lite-lite la, rasanya makcik ain main campak-campak je kot? tapi yang penting sedap lah. udang tu nak buat garlic butter tapi sebab ada yang request ala-ala masak kam heong so jadikla rupa tu. kalau tak sama macam kam heong pon takpe sebab still sedap. hahaha. ain kalau dah namanya udang masak apa pon tetap sedap. memang bercinta sikit dengan udang. masak kat rumah macam ni makan lagi sedap and jimat. kalau makan kat luar portion macam ni mau 4 set kot? kat area rumah ain ada jugak orang buat delivery shellout. satu bekas RM10. tapi boleh kira la kerang dia bagi 5, kupang 2, ketam kecik half, udang seekor, brokoli seketul. haha sedih gila. tu sorang makan boleh laaaa. 


ni close up sikit. ketam memang paling win and licin dulu.


ain punya kertas. lawak pulak cakap kertas. biasa macam ni orang letak caption 'my plate'. kitaorang tak suka guna plastik sebab pakai kertas coklat yang orang guna bungkus makanan ni lagi senonoh sikit rasanya. masa makan shellout kat langkawi dengan kaksu pon kedai tu serve pakai kertas coklat ni jugak. hish lapar pulak tengok gambar makanan sendiri!

.
oklah, dah tak tau nak tulis apa. lagipon tetiba lapar pulak ni hah. ni kaksu punya pasal la ni. suruh update pasal makan daaaaaaaaahh berjangkit lapar. untuk sesiapa yang tengah on diet boleh je makan shellout ni, bukan selalu. sekali sekala apa salahnya. lagipon nak kurus senang je. beli #houseofcorsetbychooyaya. feedback banyak yang power. ada yang pakai 24 jam tak tanggal kecuali time cuci .ni cakap mesjid sebab customer whatsapp kaksu. ada update kat IG @_houseofcorset. tak caya pergi tengok. sesambil je iklan. hahaha. jangan lupa pergi beli corset siti nohaliza ok? lepastu boleh la makan shellout tanpa rasa bersalah. jangan pulak bantai makan hari-hari, kang gemok satu hal, kolestrol mencanak naik ada pulak yang jalan cepat kang. jalan cepat paham tak? maksudnya mati cepat. hahaha kbye!
.



2 comments:

MaQnie Rokani said...

Nampak sedap sangat tu ..😍

Chooyaya! said...

MaQnie Rokani : sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...