Assalamualaikum..
Sebelum habes minggu ni, kita tutup entry dalam
blog tentang makanan la eh? Hehe. I sakit tekak la. Dari semalam dah rasa
perit. Nak kata ada menjerit ke apa takde pulak. Maybe panas dalam badan la
kot? Ni Ahad nak kena bagi welcome speech masa MAKEUP WORKSHOP. Tadi bagitau
Anny, ‘Anny, suara aku macam takde ni.
Cane?’ Pastu Anny dah gelabah. Hahahah. Takot la tu nak kena bercakap depan
orang. Anny kalau letak 10 mic pun, suara dia bukan dengar pon. Time bila suara
dia kuat? Haaaa yang tu I je tau bila. Hahahahaha. Dulu masa sekolah I paling takot takde suara
time nak menyanyi. Darjah 6 I jadik ketua Boria dengan Dikir Barat masa
Perkemahan Badan beruniform. Masuk sekolah menengah pulak duet dengan Ayip lagu
Aku Cinta Aku Rindu time Perkhemahan Pengakap. Duluuuu I langsung takde masalah
anxiety ok? Sebab masa sekolah rendah I masuk pertandingan bercerita sampai
peringkat Negeri. So nak cakap depan orang takde masalah. Seiring dengan
berlalunya waktu, I punya anxiety makin teruk sampai menyanyi karaoke among friend
pon pegang mic boleh ketar kah kah kah. Now semenjak ada ANNESURAYA memang
takde option dah. Nak tak nak kena langgar je rasa gugup untuk bercakap depan
orang ramai sebab nak harap Si Anny, dia dah sama lebih kurang P Ramlee time
baca text. Si Ramlee baca tak bunyi apapa. Hahahaha. So, sesapa yang join,
jumpa la Ahad nanti eh? Tema baju : Dalam kesuraman sebab black and grey. Kata
Anny, kenapa tema suram je Suraya. Eh bukan suram, ni namanya memberi effect
kurus. I happy la untuk activity Ahad ni, sebab dekat Ampang je. Hahahahha.
Suka aku. Ooooo baru I ingat kenapa I sakit tekak. I saspek sebab Blueberry
Pavlova yang I makan dekat Le Petite Dotty’s la. Probably too sweet sampai
tekak I sakit. Eh, tapi ada ke orang makan manis boleh sakit tekak? Memandai
jer.
Nampak
macam burger kan? Jangan tertipu. Ni sebenarnya Pavlova. I am a big fan of Pavlova
satu ketika dulu masa tengah trending. Tapi I prefer yang bentuk biasa je. Tak
suka yang kapit-kapit macam ni. Tapi
Pavlova yang ni sedap jugak. Rasa crunchy lebih and chewy sikit. Bila makan
habes gigi and bibir pon tukar kaler biru. Seram. Where to get? Le Petite Dotty’s.
Hari
Selasa terliur tengok Dyba makan Yee Mee. Time tu I order Kway Teow. Khamis tu
masa pergi Pavilion I pon order Tiger Prawn Yee Mee ni. Up sikit dari Dyba. Nak
udang gemok je sebab sakit hati Ain 2 malam berturut-turut makan Shell Out.
Melampau. Yang ni harga dia RM14.00 kalau tak silap. Food Court Pavilion.
Sedap!
Salad
ilham dari blog reader Mazlina chombi Penang. Baby spinach + pine nuts + honey
mustard + French dressing. Untuk Sazli. Patut letak cheese tapi I tak cukup
tangan nak pegang. Kelam kabut time beli dekat Cold Storage KLCC tu. I nak
balik awal sebab Sazli nak jogging. I ingat cukup la tangan nak pegang semua so
tak ambik bakul. Sudahnya stack semua barang dekat badan sandal dengan dagu
jer. Kah kah kah.
Nasik
lemak ni I order dari tauke Soho Sandwich. Dah kalau pandai masak tu, masak apa
pon sedap.
Esok, #Intancelebration continue dengan
Sazli, I and Shein pulak. Kata dia, nak makan dekat Victoria Station. ‘Abang Saz yang belanja Kaksu’. Ewaaaaah
dediam je dia deal dengan laki kita. Hahahaha. Takper, bagi chance. Intan pon
dulu selalu jadik bibik Shein. Now dia dah ada anak buah nama Kayla so takder
la sebok sangat dah dekat Shein. Lagipon rumah Intan dah jauh dengan Ampang.
Dulu duduk dekat Wangsa Maju, now duduk dekat Gombak sana tu. Kata Intan, dia
kalau keluar rumah memang tak balik-balik dah. Patut, dah balik tak
keluar-keluar dah. Ni terbalik pulak. Hahahahha. Bongok la Intan. I tanya
Intan, rumah dia Uber boleh masuk ke? Kata Intan tak try lagi. Rumah dia jalan
macam sempit sikit, taktau la ada GPS ke tak. Tapi I suka la Uber. Bagus and convenience
sangat. Semalam Anny dekat Penang pon I boleh tolong arrangekan uber untuk dia.
Anyway, untuk semua diucapkan selamat berhujung minggu. Jangan lupa minum air
kosong banyak-banyak ok? Cuaca tak berapa ok sangat ni. I pon ada rasa macam
nak demam. Tapi kain semua dah basuh, dah lipat. Lega sikit rasa kepala. Woo
hoooooo!! Bila la masalah kain ni akan berakhir. Hahahahah.
-eNd-
2 comments:
untung jadi student..ada je celebration :(
cc Intan dayana
dyba dbuh : nanti tahun depan dah habes la study dia. tp kalau lepas tu dia ambik master, ambik phd maksudnya berzaman lagi la kita #intancelebration
Post a Comment