Monday, March 13, 2017

Weekend with Intan

Assalamualaikum..

Puas hati I minggu ni dapat conquer si Intan dari Sabtu sampai la Ahad. Muahaha. Susah sangat Intan ni nak datang rumah Kaksu lepas dia jadik orang Gombak. Eksyen betul dia. Padahal Gombak tadek lagu pun lagi nak eksyen. Lain la Ampang ada lagu. ‘Nak tackle awek Ampang pakai topi KL lagi senang diorang pandang’. Ada dia nyanyi, ‘Nak tackle awek Gombak, duduk Taman Rowther. Blik ada 6, papa kerja askar’. Ada??? Takde kan? Hahaha. Tapi kata Intan, ‘Kaksu, rumah Intan ada 6 bilik tau? Dekat rooftop siap boleh BBQ’. Okla Intan menang sebab rumah dia ada rooftop boleh lepak karaoke and BBQ. Hahahaha. Sabtu tu dari tengahari I lepak dengan Intan. Dia datang dah 60 kali tetap tanya, ‘Kaksu unit rumah please’. Subhanallah budak ni gerammmm je nak tunjal. Kata exam hebat sangat berkampung dekat Library sampai library tutup. Mandarin dapat A tapi no rumah Kaksu tak jugak dia ingat. Lepas Intan park kereta, kitorang gerak naik satu kereta menuju ke Jalan Ampang. Kitorang makan dekat VS sempena dengan Intan lulus exam. Yang tu dia deal dengan Sazli. I ikut je. Bila masa dia deal entah. Hahaha. Kata Sazli, next if Intan lulus exam makan dekat Hadramawt je. Takyah VS sangat dah. 

Lepas makan, kitorang pergi GE Mall pulak sebab nak carik Shein punya Nerf Gun. Nanti Sabtu/Ahad ni ada perang nerf gun dekat rumah Mr Lee di Bentong. Petang tu sementara nak tunggu 9 Kedondong siap setting meja kitorang lepak makan Laksa and Keropok Lekor dekat Tasik Ampang. Ahad pulak seharian I dengan Intan dari tengahari sampai ke midnite sebab dia join Makeup Workshop ANS Beauty and Kaay Cosmetic tu. Lepas habes kelas terus balik rumah I duduk kat sana saaaaaaaaaaampai la midnite baru dia balik. Bagus la balik. Serabut kepala Intan gaduh dengan Shein atas katil. Dah macam ada anak 2 pulak nak kena jadik referee.


OTW ke VS. Sazli bawak kereta. Dah macam naik Uber sebab semua duduk belakang. Hehe.



Kata Intan, apa yang Kaksu order make it two. So 2 mango juice, 2 Long Fed Sirloin, 1 Escargot and 1 Fish and Chips untuk Sazli. Kata kawan Intan, 'Pis and Chips'. Tetua sebut pish comel sangat tu. Haha.


Shein dah makan dekat rumah so dekat sini dia makan roti pakai menda apa tu nama dia pengepit escargot? Dia imagine menda tu macam excavator. Shein memang suka excavator. Dia sebut 'etator'. Ex ca va tor = Etator! 


Sumpah Pah. Abang tak carik yang lain! The best dekat Victoria Station memang la Sirloin. I dah try yang lain, memang tak boleh lawan Sirloin.


Sazli daging dia kurang. Dari daging, dia prefer pis and cip lagi.


Kata Intan 'Shein Sshein. Besar dah Shein. Dulu masa Intan dukung dia, kecik je dia... Tapi lengoh tangan Intan sebab Shein debab. Masa dia umur 3 bulan yang kita pergi rumah Dyba tu, Shein lompat-lompat kena gigi Intan sampai berdarah. Sampai hati Shein buat akak.' Akak akak. Orang cakap Auntie nak jugak dia Akak. Lantak ko lah Intan. Hahahaha.


Oh, sama tema kaler baju Mama and Shein.


Budak ni bawak masuk Toys R Us memang terus sawan. Pegang sana letak, pegang sini letak. I perasan dia suka 2 menda. Tobot dengan Dinasor. Dinasor tak kisah la jenis apa janji Dinasor.



Finally Shein ambik Dinosaur terbang ni. Amenda nama dia? Pterodactyl kot? Ke bukan? Ni kena tanya Rayyan ni. Semua type dia tau. Kalau I semua Dinosaur je. Hahaha.


Kata Abah, 'Apa Shein ambik ni? Tak mencabar kot? Jom Abah pilihkan. Mama nak belanja kan?' MATILA.

Lepas letak balik Pterodactyl, Shein ambik Tobot yang RM200++ tu siap jalan hantar dekat kaunter. Mama pon redha lantas berlinangan air mata sebab rasa amendaaaaaaaaaaaa la Tobot sampai dekat RM300 ni Shein? Padahal Tobot melambak dah dekat rumah tu. Sazli pusing-pusing jumpa Truck yang dalam dia boleh letak Hotwheels banyak-banyak tu. Shein nampak je terus cakap, 'Babai Tobot'. Ambik Truck tadi lepas tu letak dekat counter. Naseb baik, sebab yang tu baru RM160 kot? Tak ingat tapi total dengan pelampung, Nerf Gun dengan Goggles baru RM260.00 SELAMAAAAAT takyah ambik Tobot. Hahahaha. Shein ni bagus dia if dia nak apapa dia cukup 1 sahaja. Boleh tolerate cakapm 'Shein, you can take 1 only'. So dia akan ambik 1 je. Takde la baring-baring nak 2 toys ke apa. Yang buat banyak jadik 2 3 tu bukan sebab Shein. Biasanya sebab Abah and Mama la. Hehe.


Truck ni Shein memang aim dah lama dekat rumah Kak Fieza, Si Mohiz punya. Haritu ada la pinjam. Lepas tu bila Shein tido, kami pulang balik pada Kak Fieza.


Now dia dah ada yang dia punya sendiri. His favorite is Owange Cor! (Orange Car). Siap bawak mandi lagi. Nak mandikan Shein, owange cor also kena mandi.


Hi Intan.... Suka eh dia dapat pau Abang Saz? Hehe.


Ni la Ferrari Orange Intan. Tengok tu, banyak lampu kan? Tu Papa Intan la letak. Askar memang suka letak lampu-lampu macam ni dekat kereta. Siap ada lambang apa tu dekat depan? Hahahaha.

Masa nak parking kereta I, Sazli patah balik tengok kereta Intan. Kata Sazli, 'Fuiyoooooo Intaaaaaan, kereta Intan tu siap ada pangkat Dato' tu'. Intan dah ketar-ketar suara cakap, 'Janganlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Abang Sazzzzz'. Hahaha, Intan ni memang redha je dia bila Papa dia letak apapa dekat kereta. Dulu siap ada tombol apa entah. Papa dia memang suka la accessories and Intan pulak jenis tak melawan. Redha je. Dulu Intan nyaris accident sebab tak biasa guna tombol tu. Now dah takde. Taktau la macam mana dia tanggalkan menda tu. Kata Intan kereta lama lagi la memacam Papa dia letak. Set Karaoke ada, siap boleh bercakap lagi. Ada speaker. Kereta tu boleh bercakap. Hahahahah. Dulu masa dekat Balai Felda kitorang naik kereta selang-selang. Harini kereta Intan, esok kereta I. Kalau turn kereta Intan nanti dia pesan. 'Jangan sentuh apapa dalam kereta Intan. Jangan alih apapa, jangan sentuh tingkap semua tak boleh sentuh'. Kalau ada cop dekat cermin dia nanti Intan kena marah dengan Papa dia. Hahahahah. 

Comel je Intan ni. Tapi dia bagus. Kena pau dengan adik dia, kena buli dengan Papa dia, dia diam je. Tak melawan. Tapi kalau dengan I, sampai ketar-ketar suara dia kalau nak marah tu. Hahahahahha.

-eNd-

3 comments:

Anna Dayana said...

kak suuuuuuu..

hahahaha.. intan ketawa sampai nak pecah perut intan ni.. taktahan pasal kereta ferari intan tu.. mati la intan..org cari keta intan(da tau no.plat kereta) mau dia langgor je..nak pulak yg langgor tu lelaki single kaya bawa BMW ...hahahaha mmg drama la lps tu..

TQ kak su dan Abg Saz for the lunch treat..nyaris2 abg saz nak bawa makan kat restoran Arab!!! padahal depan2 je VS dgn Arab.. Fuhhh

Sekali sekala berweekend dengan kak su adalah perkara yang sangat boleh release tension tau.. dapat share masalah dan tukar2 pendapat tatkala hujan lebat sedang membasahi bumi..

TQ sekali lagi pada kak su n family, intan doakan kak su pjg umur dan murah rezeki dan berbahagia bersama keluarga kak su hingga je Jannah..

dyba said...

murah rejeki intan...
next i xjoin intancelebration dah..asyik celebration diaaaa je...hahaha..

Chooyaya! said...

Anna Dayana : Tak habes2 drama, hahahah. takper la intan berangan tak salah. semoga ada orang bawak BMW langgar Intan lepas tu ajak berkenalan la. Aminnnnn. jangan bmw 4652 dah. hahahaha.

dyba : alala sian dia... nanti mggu depan jumaat kita celebration dyba pulak eh?