Monday, March 6, 2017

Sambal Petai

Assalamualaikum..

Semalam memasing merana bila I up gambar Sambal Petai Ikan Bilis Air Mata Berdarah Salju Di Danau Rindu. Haaaa dia punya tajuk, ko ada? Hahaha. I guna lada kecik 100% saja nak kasik thrill. Nampak gambar dah sedap, apatah lagi memakannya hohohoiiiiii. (Tetiba lagu M Daud Kilau). Masa I up gambar dalam FB ada yang wasap tanya, ‘Yer ker you yang masak? Macam tak percaya je?’ Hello, see the leg la ok? I pon boleh la jugak masak walaupon tak handal. I kalau balik Jengka, memang layan pergi Pasar Malam. Beli ulam-ulam and ikan. Kaklong suka kirim Ikan Baung. Ikan Baung ni Ikan Sungai. Sama la macam Ikan Patin. Yang kitorang beli semalam ni jual longgok-longgok je. Ada Ikan Sungai dengan Ikan Paya. Ada sorang Makcik ni kemain jongkit-jongkit bahu cakap geli nak makan Ikan Sungai. Hahahaha. I geram je perati. Tapi yer la kot dia tak suka Ikan Sungai sebab memang ada orang yang tak suka makan Ikan Sungai. Dia tak rasa lagi Ikan Patin Tempoyak yang De I masak dengan Ikan Patin Salai Masak Lemak Kuning yang Kaklong I buat, kalau dia makan sure terus bercinta dengan Ikan Sungai. Dulu I pon seram nak makan Ikan Keli sebab bentuk kepala dia lain macam tapi bila makan Pecel Lele terus suka. Kalau dekat kedai Abang Ribu-ribu yang depan Pernec Hulu Kelang tu pon, Ikan Keli Bakar dia also sedap so I pon ok je makan Ikan Keli but ada reserve dalam 5% maksudnya makan, tapi seram dia ada sikit. Paham?


Sambal Petai Ikan Bilis by Siti Nohaliza



Serious memang sedap Sambal Petai I ni. Ramai orang dah tau macam mana nak buat tapi apa salahnya I share jugak resepi dia sebab maklumlah poyo so kena la bagi chance, ye dak? Memula Ikan Bilis goreng garing. Ketepikan. Lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, cili padi yang ditumbuk. Masukkan gula 8 bijik (hahaha) dengan garam. Lepas tu air asam jawa sikit. Dah tu masukkan petai, ikan bilis goreng awal tadi and bawang besar potong bentuk bulan sabit. Kacau zap zap zap dah siap. Sedap wei sumpah sedap. Makan dengan nasik putih renjis kicap manis perrrrrrgghhhhh cenggini. (Thumbs up dekat tepi kaki belah kanan). 


Sup Ikan Merah ni GF yang masak. Kata Mak, ni sup bodoh. Sup bodoh tu sebab nak buat dia senang. Tumis bawang merah, bawang putih, halia. Lepas tu masukkan ikan merah, air and sup bunjut ikan adabi. Perasakan dengan garam and tabur bawang goreng and daup sup. Siap!


Lawan dengan sambal kicap. Perrrrghhh. Sambal kicap nak sedap guna bawang putih goreng. Tumbuk dengan cili padi and gula. Lepas tu letak kicap manis. Air barang 2 sudu gaul-gaul dalam lesung batu. Petua nak kasik sedap kata Mak. Yer la tu. I guna blender sedap jugak pon.


Ni Bawang Merah Goreng


Ni Bawang Putih goreng. Mak yang buat. Sedap! Dia pandai goreng tak kasik hangit. I kekadang sekali dalam  kali buat, ada la hangit jugak. Hehe.


Garlic Kangkong. Dah pernah ada bagi resepi sebelum ni. Ni Sazli punya sorang je.


Ulam-ulam ni sangat fresh. Sesikat singget je. Ada daun selom, daun pegaga, pucuk ketereh, petai dengan jering. Jering muda ni memang sedap. Krup-krap makan. Tapi mulut akan rasa kuda, toilet akan bau tungkik. Hahahaha.

Dulu masa I kecik, pernah la jual jering. Dalam Darjah 2 kot? 20 bijik 50 sen. Penat panjat kumpul jering semua sekali dah setel menjual dapat sorang RM1.00 je upah. Sebelum balik rumah, singgah kedai Arwah Wak Miron beli eskrem cone singget. Setel duit dalam sekelip mata. Padahal seharian ni setelkan jering. Melelas depan badan sebab menggelungsur turun daripada pokok jering tak kira kena gigit kerengga lagi. Lepas tu bawak la dalam plastic jual dari satu rumah ke satu rumah dengan De, Arwah Nida, Zali dengan Ana. Kitorang bahagi kawasan. Semua ni kawan-kawan dekat area rumah. Kita dulu masa kecik, time cuti sekolah main dari pagi jejak ke petang. Kekadang kena sebat sebab tak pandai nak balik rumah sampai maghrib. Takat kena sebat dengan getah paip kitorang dah kebal. Tengok la mood Mak. Kekadang tak kena sebat. Ikut nasib la. Mak dulu garang. Hahahaha. Tu cakap kat Mak, now jering 7 bijik RM2.00, zaman Not kecik limaposen 20 bijik. Beza sungguh kan?


Budak demam malam ni. Malam kemain mengerang. Siang elok berkuntau dengan Amsyar.


Seronok la Shein balik kampung this time ada Amsyar. Dia memang ingat dekat cousin dia ni. Hari-hari tanya. Kalau jumpa tu, memang main jer la dari pagi jejak ke petang. Takyah makan pon takper. Kalau hari raya kan, time bila Shein cari I? Time tido and time nak susu. Kekadang tido pon taknak dengan I ok? Nak dengan Amsyar. Bila masa bebetul jumpa? Dalam kereta OTW nak balik KL. Hahaha. 


Kejaaaaaaar!!


Beza umur berdua ni 5 month. Sama-sama lahir tahun 2012. Harap berkawan baik kekal la sampai dewasa. InsyaAllah…

Bila dekat kampung memang balas dendam la makan. Enjoy makan nasik. Tu kalau nasik tak lembik la. Mak ni kekadang dah pesan banyak kali jangan masak nasik lembik, dia masak jugak lembik. I suap makan tapi dekat dada seketul sebab sakit hati. Bila tanya, ‘Mak kan dah pesan jangan masak nasik lembik?’ Lepas tu dia jawab, ‘Mak tak suka nasik keras’. Dahhhhh kan anaknya ni balik sekali sekala Maaaaaaaaaaaaaaaak. Lepas tu Mak jawab, ‘Baaaaaaaaaaaaaaaaaaikkkkkkkkkkkkk’. Melawan la tu. Hahahahah. Eh tapi I memang tak suka eh nasik lembik. Pangkah habes. I suka nasik peroi-peroi tu. Keras pon takde la sampai level nasik mentah. Paling suka beras wangi. Tapi beras wangi kalau masak nasik goreng tak best. Nasik lembik pon kalau buat nasik goreng tak best. Kalau nak makan nasik lembik, baik makan bubur je. Habes cerita!! (Tetiba emos)

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...