Tuesday, March 7, 2017

Salmon Salad by Siti Nohaliza

Assalamualaikum..

Satu masa dahulu, Sazli adalah pencinta Salmon Salad dekat Kuroshio Market Greenhouse. Time tu harga dalam belas-belas je semangkok besar. Each time datang sana, itulah yang Sazli pesan until Greenhouse increase dia punya price sampai dekat 50% on the salad, terus member pissed off and rasa macam kena game sebab kata Chef tu, Salad naik harga so kena la increase price yang sampai almost 50%.  Kot yer pon nak naik sebab salad naik harga takkan la sampai cenggitu? Agak-agak la. So ever since that memang Sazli taknak dah datang Greenhouse kalau tak iye-iye dan terpaksa. Kuroshio Market jer la yang dia pangkah. If Brycg tu ok lagi. Memang banyak pon Kuroshio naikkan harga tapi orang tetap datang jugak. Untunglaaaaaaaaaaaaaa. Gitulah kalau ada demand kan? Naik harga kaw-kaw pon takde hal. Tetap orang naik. Ada la Sazli try a few Salmon Salad dekat Japanese Restaurant lain tapi dia rasa macam tak berapa berkenan. So I pon last 2 week, masa pergi Intermark, try carik bahan dekat Jaya Grocer and dapat lah buat Salad macam yang Sazli suka. Sweet giler I kan? Apa suami suka usaha buatkan. Untung la Sazli dapat I. Kah kah kah. Time tu takde Salmon lagi, last week on Friday baru la dapat buat yang ada Salmon. Kata Sazli rasa sama sebijik macam dekat Green House. Asyik la cakap thank you banyak-banyak kali padahal nak buat bapak la kacang mak enon. Senang je. Tak sampai 5 minutes dah siap. (Nak handbag please Papa).


Salmon Salad by Siti Nohaliza


Korang mana yang suka Japanese Salad boleh la try buat macam I buat ni. Beli bahan ni semua takde la semahal yang Greenhouse punya. Boleh makan banyak-banyak kali siap. Tapi ni nama je salad, actually takde lah healthy mana sebab Sesame Dressing tu boleh tahan tinggi calories dia. But tak la setinggi nasik + lauk. Paham? Nak healthy salad boleh, makan je la daun tu je semata-mata macam kambeng. Hahahaha. Macam I, I suka salad dressing yang super simple. Olive Oil + Balsamic Vinegar. Dah tu je. Memang sukaaaaaaaaaa giler makan. Makan dengan baguette bread yang panas-panas tu, perrrrrghhhh. Si Dyba pon sama hantu baguette bread. Bebila nanti I nak carik la Balsamic Vinegar kot ada jual dekat mana-mana. Lepas tu baguette bread buat sendiri. Hurmmm sedapnyaaaa tapi maybe lagi 10 tahun la kot baru buat sendiri. Hahaha. Anyway nanti kena la study salad dressing apa yang low in calories but tu next time. Now kita nak share macam mana nak buat Salad yang sedap untuk tekak ni ha. Sazli yang diet, aku yang beria study salad dressing. Hahahaha. Macam Sazli, apa I cakap OK dia makan la. Dia ikut je cakap I on diet part. 


Ni la rupa Seafood Salad dekat Kuroshio Market, Greenhouse sebelum disimbah dengan Sesame dressing.
Jom tengok macam mana cara nak buat. Ok? Macam Salad tu 1 plastik RM8.00 boleh buat 2 hidangan. Beli yang tu je senang sebab dalam tu dah ada mix salad leaves. Kalau nak buat untuk jamuan makan, I suggest korang beli la each type of salad leaves so harga dia takde la jadik mahal sangat. I letak peaches sliced sebab I suka buah peach. Tak sure bulan berapa ada musim peach dekat Japan. Time tu korang carik la dekat iSetan, memang sedap and manis. Tak sama macam peach biasa yang bukan musim. Padahal yang nak makan Sazli, tapi kena letak apa yang I suka. Nampak tak game dia dekat situ macam mana.  Salad yang I guna ni keluaran Genting Garden. Senang from the plastic to the bowl sebab dia dah siap cuci 3 kali. Kalau dia tipu memang dia dosa. Alip lam lam ha sapa tipu dia masuk api neraka. Tulis dekat dada. Bahan-bahan ni semua I beli ada dekat Jaya Grocer, ada dekat Cold Storage. Dedua tempat ni confirm ada. Macam dekat Intermark memang ada kedai jual Japanese Dry Foods. Nak try la tengok apa ada kat situ nanti. If I ada dapur yang besar, hari-hari I nak masak and berangan buat Cooking Show sendiri. Dah janji dengan Sazli. Dia kena la layan walaupon menyampah. ‘Haaaaaaaaaaaaai, bertemu kembali dengan Chooyaya. Hari ni I nak masak special. Jangan lupa salin resepi lepas tu cuba dekat rumah, I paksa. Ok?’ HAHAHAHAHA.
Honey Salad jenis Genting Garden ok? Dalam ni semua daun yang tak pahit. Macam I, I suka Urugula more. Pahit-pahit lemak. Makan dengan smoked salmon and capers. Sedap! 


Peaches Sliced. Beli la apapa jenis. Tak kisah.


Caviar. Yang ni I tak letak sebab tak jumpa. If jumpa, korang boleh letak ok? Sedap salmon caviar ni. Dia meletup-letup dalam mulut macam magic pop.

Salmon beli je yang sekelar macam ni. Boleh makan 4 5 kali untuk buat Salad. Harga dalam RM15-25 macam tu jer. 

KEWPIE Roasted Sesame. Ni dia punya main ingredient. Takde ni, memang tak sedap.

Cara nak buat dia senang je. Gaul-gaul semua tumbuh-tumbuhan dalam Salad Bowl. Lepas tu atas dia letak la salmon slice and last sekali curahkan la sesame dressing. Sedaaaaap!! Nak pulak sejuk-sejuk makan. Memang layan. Tak sampai 5 minutes pon dah boleh siap. If rasa nak diet beria, tak boleh la makan Salmon Salad ni dengan Sesame Dressing. Kena tukar dressing lain or tak payah letak dressing at all. Macam I punya diet, I can’t. I still need salt and flavor dalam foods I. Takde la nak extreme sangat. Buat mana yang mampu je. Yang penting jangan stressed and ikut mana yang nkorang rasa boleh ikut. Ok? Jangan push sangat. Janji happy sudah. Tapi janji happy sudah tu jangan la pulak sampai berisi giler. Makan memang happy, tapi try naked dekat dalam fitting room. Tengok apa rasa. Kalau tak down, taktau laaaaaaaa. So, jangan lupa try Salmon Salad I ni ok? Confirm Sedap!

-eNd-

1 comment:

LeYa n Otomen Taro said...

memang pun...bile buat sendiri lagi terasa murah dari makan kat restoran2 mahal tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...