Tuesday, April 18, 2017

Happy 8th Year Engagement Anniversary

Assalamualaikum..

4 April 2009 I bertunang dengan Sazli. 2 bulan lepas tu kitorang bernikah. Sekarang dah 2017 maksudnya dah 8 tahun dah I bertunang dengan Sazli. Happy 8th Engagement Anniversary Papa! Rasa macam sekejap je. Pejam celik  pejam celik dah 8 tahun kan? Sazli dari rambut pendek, sekarang dah rockstar. Ramai cakap dia rambut pendek hensem tapi dia deny. Kata dia rambut panjang la hensem. Hahahaha. Haritu I cakap kat dia masa Konsert Wings dekat Istana Budaya, ‘Handsome la Papa M Nasir rambut pendek’. Dia buat bodoh je. Malas nak layan la tu. Tak kisah la rambut panjang ke pendek, janji kemas and hati dia baik. Tu je I punya syarat. Sazli pon dah tau. Nak keluar pergi memana especially dengan I, I mintak dia ikat rambut. If dia dengan kawan-kawan dia, ikut suka dia la kalau taknak ikat rambut sebab I tak nampak. Sazli ni senang je dikenali sebab rambut kenteng dia tu la. Dari Receptionist Gleneagles sampai la kedai alter baju kenal Sazli. ‘Oooo Abang rambut panjang tu eh?’ Biasa orang ingat dia Musician. Drummer ke, Guitarist ke tak pon orang cakap dia artist. Cecece. Padahal Sazli ni Mr Architect. Bijak dia ni. Kalau dia ajar I apapa yang ada pengisian, contoh : Macam mana orang buat tunnel, macam mana kapalterbang bergerak, macam mana orang buat jambatan semua tu I impressed sebab I taktau (and tak sebok nak ambik tau). Tapi kata Sazli, I tak payah pandai sangat pon takpe. ‘Macam ni dah cukup Mama. Kalau pandai nanti you belagak. Sedang pandai sikit-sikit ni pon kemain eksyen’. Hahahahaha. 


Gambar last week masa dekat Kidzania. Sazli tu kalau I pinjam track bottom dia mesti dia cakap nanti seluar dia kembang sebab I punya kaki besar. I tak puas hati giler kot? Tapi bila tengok gambar ni  hurmmmmT___T


Sazli ni ego dia dengan I kurang. Biasa lelaki always nak menang especially yang jenis ego mencanak kan? My Sazli tak. Dia jenis boleh dengar explanation and tak kisah untuk cakap maaf over argument. Dia dah mintak maaf pon yang sorang lagi tu tetap tak puas hati. Hahaha. Tu masalah jugak tu. Lepas tu dia jenis boleh tolerate and understanding. Boleh bagi I space untuk I punya activity but sometimes a bit conservative over certain thing yang I boleh tolerate. Ada menda yang bebudak zaman sekarang buat, dia tak boleh nak accept contoh macam zaman sekolah bercinta dah boleh bawak awek/bf balik rumah. Yang tu dia tak boleh. I rasa I ok kot kalau Shein dah besar umur 18 tahun and nak ada GF but Sazli cannot. Jenis baru sunat GF dah boleh sleepover dekat rumah, yang tu memang dia tak setuju. Dia hormatkan Mak Bapak dia which is I rasa sebagai anak lelaki, itu yang perlu ada sebab kalau tak memang dah kawen je, kena queen control memang tak balik la kot beraya rumah mak bapak. Sazli boleh diharapkan untuk jaga anak. Dia boleh handle Shein from A to Z dari mandikan, hantar sekolah, makan, tidokan, layan main semua dia boleh kekadang dia punya protective melebihkan kita yang emak ni.



8 Years Ago. Compare to sekarang rasanya now takde la debab sangat lagi kitorang. Tunggu lagi 8 tahun kita tengok macam mana.

Sazli is a leader to my family. I respect him (but manja tu biasalah mesti ada dah nama pon suami isteri, manakan ada yang sentiasa tenang and takde argument kan?). Dia dominant and I think itu yang perlu ada dalam satu institusi keluarga. I tak suka and benci Queen Control. Serious. Jenis suami nak berkawan tak bagi, decision bini buat, apapa semua kena ikut cakap bini OMG I rimas ok tengok? Rimas tengok sama, kesian sebab kasik bini lagi banyak dosa pon ada. Dominant takde la bermakna jenis pemerintahan kuku besi. Apa suami decide kena 100% ikut. Jenis cakap, balik raya kampung I dari Raya Pertama hingga Raya Kelima, lepas tu baru balik kampung  you. Tu contoh pemerintahan kuku besi. Jenis fikir dia je ada keluarga. Memang sebagai isteri kena taat and ikut cakap suami TAPI Sazli punya tolerance level very high and dia suka buat sesuatu situasi tu nampak win-win. I happy and You pun happy. Fair macam tu. Kita sama-sama jenis independence and kalau tak iye-iye memang takde simply nak mintak tolong. Contoh : Suami tengah tengok TV, bini mintak keluar nak makan Satay Haji Samuri now. Go and buy now. Kitorang tak practice tu. Itu mengada nama dia, bukan manja. Hahaha. I punya manja lain tapi biasa I tak manja. I tough orangnya. I rasa I tough tapi many people said I manja one. That one I kenot komen. Haha.

I know my husband love me and jenis protective. Dia perhati I dari jauh. Tak kacau apa but cuma memerhati. But once you kacau I, you deal with my Rockstar husband. Gittewwwwwww. Happy 8th Anniversary Papa and Happy Birthday in advance. Thank you selalu put me and Shein as priority. I sangat appreciate, If I can, I will get one Harley for you for your birthday but now I tak berapa nak kaya lagi but still I hope one day I boleh belikan you 1 motor besar. Itu impian I sebab your happiness is one of my priority (tapi sesekali kalau tergelincir I mintak maaf sebab I hanya manusia biasa). Hehe. So birthday nak apa? (Dia cakap taknak apapa, that's the problem)


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...