Assalamualaikum..
Akhirnya Intan, Suraya dan Adibah telah terpengaruh
dengan Rish and MySuriMall untuk beli Arzu. Ketua dia Rish la. Tak habes-habes
dengan ARZU sampai group holiday Perth pon dia share gambar tudung Arzu.
Diaaaaa kata taknak dah beli duCK tapi dengar cerita Royal duCk pre-order grab
dua color. Pui! Actually makan bulan dah kot kitorang kebal dengan godaan Arzu?
Yang Si Rish terpengaruh dengan Syikin. Syikin dengan Arzu dah 3 4 tahun dah.
Dia collect diam-diam je. Macam Syikin tu I agak tudung dia harini pakai,
tunggu 6 bulan lagi baru pakai balik sebab terlalu banyak collection dia. Bila
I cakap terlalu banyak tu tolong imagine kedai tudung ok? Ni cakap masjid ni.
Kedai tudung. Yes! Lepas tu perempuan dia mana tahan kalau obsess sorang-sorang
dengan satu-satu benda tu and dia akan carik geng. Rasanya dari bulan September
last year kot dok borak-borak bincang pasal Arzu berkongsi gambar semua
akhirnya bulan April ni ha baru la beli. Dekat setengah tahun jugak la. Ni pon
I beli sebab rasa macam dah lama tak beli tudung. Ada satu masa beli beli beli
lepas tu fikir, masa bila nak habeskan pakai semua yang ada ni. Bebudak ni
tudung memasing macam nak buat Gallery lepas tu kalau plain dull satin
@be_anggun tu ada yang order sampai 40 helai seorang (nama terpaksa dirahsiakan
sebab suami memasing pon baca blog ni) aku taktau la apa nak jadik. Hahaha.
Dulu gila dengan tudung jenama X but now dah slow sikit. Slow sikit ke stop
terus entah. Tunggu sampai dorang keluar yang lagi cantik baru la order balik.
Lagipon material dia yang baru ni jenis degil. Menguap pon alignment lari. Yang
memula keluar dulu Ok.
Mintak maaf gambar agak vain. Yang
ni masa share dalam WAGS, Rish pon dah gelabah ingatkan dia terlepas design ni
padahal dah beli. Selalu la buat hilang ingatan. Naseb MysuriMall jenis cekap.
Dia ingat semua collection customer dia. Haha. Ok, for eyebrow tu I guna
Bodyshop punya Brow and Liner Kit Code 02. I suka warna dia sebab lebih
natural. Kata Mak I, kening original I macam Hj Helmi. Pelakun dulu-dulu tu.
Taktau la ada lagi ke tak. Straight je macam Sinchan. Hahaha. Takper la. Comel
apa kening straight? Tau tak sekarang trend kening straight macam pelakon
Korea?
Ada yang mintak apa yang I pakai for makeup but tu
nanti la eh I share sebab I kan busy
menyelamatkan dunia? Make up pon pandai and berilmu sikit semenjak ANS buat
Basic Makeup Workshop. Semenjak tu baru la tau kena pakai Primer to hold mekap
lebih lama and to protect muka dari habuk. Korang beli la Primer kalau jenis
mekap hari-hari ok? I pakai jenis Body Shop je. Tak ingat harga berapa. Rasanya
below RM150.00 mcam tu. Eyebrow pon baru je belajar guna brush. Sebelum ni I
guna pencil punya. Actually kalau pandai blend ok je result dia. Masa memula
pakai primer and DD Cushion beria aku bangun pukul 5.30am sebab takot lama nak
bersiap but lama-lama dah pro sekejap je dah siap. Anyway, untuk muka kan korang
try pakai any BB or DD cushion ok? Dap dap dah cantik. As for now I pakai dua jenis. ELMA and KAAY. Dedua pon best!
Memang lepas pakai BB or DD Cushion muka nampak kemas (if korang jenis mekap
la). Dulu I jenis skeptical sikit. Apa orang syor taknak pakai. Degil. Tapi
sebenarnya memang DD/BB Cushion ni really helps untuk nampak muka senonoh
sikit. Tak perlu pro untuk apply foun-die-syen or buat contouring bagai. Cukup
dengan BB or DD Cushion ok? Untuk I, memang I nampak beza dia sangat sangat
sangat.
Yang
ni Khamis lepas rasanya. Kitorang beli Arzu dekat Pavilion. Buy 2 FREE 1. Dekat
KLCC pon ada jugak. Tapi dia tak offer la Buy 2 FREE 1 ni. Harga dia rahsia.
Yang tu kena check out sendiri dekat Arzu ok? Haha. Saja nak kasik element
surprise. Dyba pakai tu is dull satin square by be_anggunscarves. RM25.00 sehelai.
Kemain
sorang satu paper bag. Seronok sangat tu nampaknya.
Masa dekat Arzu kitorang beli la magnet brooch tu
sebab taknak rosakkan tudung. Dalam satu set tu ada 6 pasang and warna beza-beza.
Kalau warna beza ni memang problem especially Intan sebab dia perangai kekadang
melebihkan Shein so biar dia buat rules lah. Dia cakap kita tak boleh pilih but
buat undi. Balut magnet brooch tu lepas tu ambik sorang dua. Adil. Tapi Intan
memang bermasalah. Walaupon rules dia yang buat TETAP DIA YANG TAKKAN PUAS
HATI. Hahahaha. Tu la, beria sangat kan? Sudahnya dedua dia dapat color dull
lepas tu sebok la ajak tukar. I sebagai kakak mengalah la tukar 1 brooch. Tapi
tetap tak puas hati jugak tu. Perangai sebijik macam Sudin dalam Nujum Pak Belalang
time dia bahagi-bahagi gold coin tu. Ingat tak? ‘Satu untuk aku, satu untuk engkau, dua untuk aku dua untuk engkau.’
Bila si Ajis susun, coin dia pendek-pendek dia cakap Ajis tipu sekali bila dia
punya turn bahagi, coin dia pon pendek-pendek lepas tu dia cakap, ‘tak aci, aku tipu!’ HAAAAAAA lebih
kurang sama la dengan perangai Intan. Hahahaha.
Cantik
kan Intan? Ni pon masa dah balik dia ajak tukar sebab dia cakap dia punya tak
lawa. Padahal lawa je. Sebab malas nak dengar Intan bising merengek yang macam
nak tumbuk je tu, I almost setuju untuk exchange.
Seeeeekaaaaaali
rupanya I pon ada sama macam Intan! Hahaha I pon hilang ingatan I ada design
ni.
BTW korang, dah alang-alang tu jangan lupa check
out Instagram @mawar.reka ok? Ni salah satu project under Zenia Beauty x Mawar
Rashid. Baju raya you alls. InsyaAllah by malam ni akan di update dalam
Instagram and akan bukak untuk pre-order. Semua pon cantk-cantik and harga
mampu milik. Nanti I akan share kemudian design each one and akan open for
order as well. Ok? Yang I bagi ni is teaser je. I punya pon tak dapat jugak lagi. Nanti la tunggu dapat I
akan share dengan nkorang jugak. Ok? Meanwhile jangan lupa follow and jadik
diantara yang pertama memiliki koleksi dari Mawar Rasyid. Okbye!
Blooming Raya 2017 by Mawareka
Blooming Raya 2017 by Mawareka
-eNd-
No comments:
Post a Comment