Assalamualaikum..
Happy Birthday to my Rock star husband, Mr Sazli!
Last week on Thursday 25th April 2017 genap umur dia 35 tahun.
Semoga Allah panjangkan umur Papa, murahkan rezeki, sihat tubuh badan, diberi
kebahagiaan dunia dan akhirat and dalam lindungan Allah selalu. I hope you suka
dengan 3 acara berbeza untuk birthday you this year. Start dengan acara date
kita masa Khamis, ke surprise dinner dekat Bake O’Cake on Friday night and
surprise dekat Changing Room dekat padang bola Setia Alam dengan bantuan
bebudak Wakdan especially Ahmad Zack and Galak. Nak harap Apai memang tak guna
la. Orang tanya nak bagi apa, dia suruh beli scooter dia je sebab dia nak jual.
Hek ko. Haha. Apis, Eddy dengan Gafor membantu jugak sikit-sikit berkenaan Boot
bola yang I nak belikan Sazli tu. Gofur tu almost la kantoi. Orang tanya dia
Sazli pakai boot size apa, dia pergi call Saz tanya T____T Anyway thank you
korang. Kalau korang tak tolong maka tak berjaya la surprise tersebut. Sazli
memang tak suka surprise sebab tu I macam serba salah sangat nak buat
surprise-surprise ni. Kang buat dia tak suka, lepas tu buat muka daaaaah I
pulak kecik hati tapi nampaknya semua dia suka. Al-hamdulillah…. I pulak jenis
geli vontot kalau nak buat surprise tapi kali ni semua berjalan lancar.
Ternyata seiring dengan usia yang bertambah, maka keimanan dan kesabaran I pon bertambah jugak. Aminnnn.
Tua takper yang penting jiwa kena muda. Jiwa muda tu maksud dia kena jalan
Pavilion dengan KLCC sekali sekala jangan becinta dengan Ampang Point je eh
you? Hahahaha. I love you Papa! Nak Uweeeeeet!
Birthday
Boy nak makan Sushi Zanmai je. Dia cakap tingin Sushi. Tapi I agak sebab dekat
sini tak mahal sangat. Sazli dia jenis bukan kaki pau. Beza dengan isteri dia.
Hahahaha. Suami Isteri kena la beza character yer dak? Itu yang buat marriage
colorful. Dah kalau semua sama nanti boring pulak.
Khamis tu kitorang sama-sama ambik cuti. Memang
plan nak tengok wayang sama-sama lepas tu makan and window shopping. Kitorang
tengok Fast and Furious 8 dekat TGV KLCC. Ambik show 11.30am. Orang tak ramai
la sebab cuti kan, so cinema agak kosong. Punya sejuk dalam cinema tapi bagus
jugak sebab tetiba rasa macam zaman becinta beromentik-romentik. Sazli asyik
tanya ‘Tahan tak sejuk Mama?’ lepas
tu tetiba rasa malu. Hahahaha poyo. Now semenjak ada Shein memang jaaaarang
sangat tengok movie berdua. Rasanya tak sampai 5 kali kot? Ada a few time
tengok movie dengan Shein sekali. Best la wei Fast and Furious ni. Sapa yang
tak tengok lagi WAJIB tengok ok? Tapi kata Sazli dia penat sebab pack with
action. Movie ni campur iklan ada la dekat 2 jam setengah kot? Siap tengok
movie, kitorang window shopping and lepas tu makan dekat Sushi Zanmai Avenue K.
Time keluar dari KLCC parking kena RM30.00 ok? Bapak mahal! Tapi enjoy sangat
sesekali keluar sama macam ni. Kata Sazli, we should do this often tapi tetap ingat
dekat Ayang-ayang dekat rumah. Ni kalau dia ada sure penat melayan kepala dia
je. Takpe eh Shein, kasik Mama and Abah chance sesekali keluar berdua dating
macam ni.
I
memang dah plan, apa pon yang Sazli tengok and nampak berminat, I nak belikan
dia. Sazli ada minat satu perfume cK ni, amena entah nama dia. Kebetulan ada
promotion so I pon belikan. Sazli ingat, ini je hadiah untuk dia. Padahal ada
yang lain jugak. OMG baiknya I (pon boleh puji diri sendiri hahahahah)
Masuk
Levis pulak lepas movie tapi takde size. Sabtu tu pergi Pavilion ada size and
warna yang dia nak. I pon dapat sehelai. TQ Papa!
Next
kitorang makan dekat Sakae Sushi pulak. I macam tingin nak makan Dimsum tapi
kata Sazli dia nak Sushi. Ok sayang Papa. Sushi pon ok J
Sazli
punya favorite. Sashimi Salad with Sashimi Dressing. RM19.80
Summer
Roll RM19.80
I
tingin Sashimi so order Amagi set ni. RM49.80
Makan
ni tingat dekat Fiezul. Dia kata ni Ayam masak Toyu (Orang Kedah cakap kicap tu
toyu) Hahaha. Karaage Don RM11.80
Favorite
Sazli. Soft Shell Crab Roll. RM7.80
Siap makan, kitorang tapau Triple Decker Deck dekat
O’Brien. Kata Sazli ‘hadiah’ untuk Mak dia. Mak sure suka makan sandwich ni. O’Brien
is one of Mak punya favorite. Kata Sazli, untuk birthday ni kita kena
appreciate and ucap terima kasih pada Mak kita sebab Mak kita yang bergadai
nyawa lahirkan kita. Kena raikan Mak lebih dari raikan diri sendiri. Itu yang
kita-kita semua selalu lupa. Kita rasa birthday is our day but behind that
sebenarnya kita kena baaaaaaaaaaaanyak ucap terima kasih pada Ibu kita. Bagusnya
Sazli ni. Apa pon dia takkan pernah lupa Mak dia termasuklah birthday dia.
Belikan one slice cake untuk Mak jugak. I hope nanti bila Shein besar, Shein
ikutlah perangai Abah dia. If Shein sayang and ingat I sama macam Sazli treat
Mak dia, I lah Ibu yang paling bahagia sekali dalam dunia. InsyaAllah….
Balik dari KLCC terus kami ke rumah Bapak. Masa
kitorang nyanyi Happy Birthday Song untuk Sazli, Si Sheindong pulak yang beria
malu-malu nak ambik gambar semua macamkan dia punya birthday. Hahahahah. Ngek
la Shein! Anyway once again, Happy Birthday To You Papa. You deserve to be
happy sebab you banyak bagi orang happy and you menyenangkan hati ramai orang
sekeliling you. I love you Papa. Nak uweeeeeeett!
-eNd-
No comments:
Post a Comment