Wednesday, April 12, 2017

Makan Sedap di KyoChon 1991 bersama Mysurimall

Assalamualaikum..

Semalam I jumpa Shanom Yang Cantik dekat KyoChon Pavilion sebab nak ambik barang dekat dia yang I kirim masa dia pergi JPO. Shanom now dia dah jadik PS full time. Nanti I share IG business dia. Ada macam-macam dekat sana. Baju Pre-love Jovian, Owl by ND, DuCk Scarves, Sugarscarf and many more. Ada yang dia tak sempat nak pakai pon dia jual balik tapi harga lebih murah. I agak dah Shanom memang sejenis beli hanya untuk membantu ekonomi negara lepas tu simpan buat khazanah. I saspek dia nak buat muzium pakaian. Soooo kalau korang ada apapa nak beli tapi malas nak pergi mall, malas beratur jenis bontot berat babat segala banyak bekati-kati boleh hubungi PS Shanom untuk dia bantu anda menjana ekonomi negara Malaysia macam dia jugak. Hahaha. Upah membeli dan bersusah payah boleh tanya Shanom sendiri. Tapi I tengok dia ni jenis PS bernafsu nipis. Orang kirim 1 eeeeeh dia pon nak satu. Mana dia punya profit pon aku taktau la. Ni I ada kirim Arzu sehelai, dah dia amek jugak sehelai. Hahahaha. Comel sangat Shanom. BTW tengkiu Shanom sebab introduce Maksu dekat ayam-ayam yang sedap di YyoCHon ni. Sedap gileeeeeeer macam tak boleh nak get over sampai sekarang. Padahal dah berzaman dekat Pavilio takde penah pulak rasa nak try. Semalam try je terus makan 20 ketul share dengan Intan berdua. Habes pulak tu. I memang hebat. Kah kah kah.


Soy Garlic Series. Sedap!



Kalau korang ambik Combo set  ada banyak jenis. Ada yang dapat 20 Mix Wings tak silap. Dia ada banyak ketul. Ada 12, ada 20, ada 80 juta. Lepas tu dapat la sekali air, salad and nasik boleh pilih nak garlic atau kimchii lepas tu nak telur ke taknak. Ikut suka engkau. I dengan Intan ambik yang 12 ketul kot? Lepas tu tambah pulak lagi 8 ketul Honey Wings. Biasalah tamak. Lagipon sedap! I  suka jenis Red Pepper dengan Soy Garlic the most. Honey Series pon sedap sebab krup krap rangup. Yang Red Pepper tu memang layan la makan. Sapa penggemar pedas sure suka. Dia kasik plastic glove untuk makan ayam-ayam ni supaya tangan tak kotor tapi I punya glove bocor sebab tergigit kah kah kah punya semangat makan. Kata Sue kawan Shanom Cantik, ‘Kaksu makan nampak selere je’. Hahah. Memang la I suka sebab rasa dia fresh and sedap laaaaaaa. Takde added MSG tapi sedap. No need any dipping sauce sebab ayam tu memang dah marinate sedap. Tak boleh jadik, memang kena datang balik nih! Imagine makan ayam panas-panas OMG Intaaaaaan esok jom makan ni please!


Red Pepper Series


Honey Series. Yang ni manis tapi manis layan. Ayam madu rangup.


Combo dapat la salad, soup dengan nasik + air


Garlic Rice dia so so je. Tak boleh lawan Brolly punya. Tapi dalam so so tu sadakallah jugak. Hahaha.


Thank you PS Shanom tolong belikan baju Polo Ralph Lauren dekat JPO. Kalau PS Marsha upah singget, PS Shanom kena la up la sebab professional. Hahaha. 


Intan datang ikut I sekali sebab I segan nak jumpa Shanom sebab dia bawak kawan dia. Yang sebelah Intan tu Sue nama dia. Anak 3 ok? Kurus je and muka sebijik Ema Maembong. Depan Sue tu nama Shima aka Chubby.

Level 1, Lot 1.54.00
Pavilion KL
012-6119435

Lepas makan, kitorang pergi DuCK sebab si Shanom nak tengok material Royal DuCK. Sapa yang tak beli lagi boleh la berbuat demikian kerana today is last day. Beli dekat website or boleh mintak PS Shanom orderkan. DuCk ni dah jadik macam investment. Beli RM600.00 yang Royal ni mau jual RM900.00 agaknya. Rish tanya I, I beli ke tak. Jawapan : Rahsia kah kah kah. Lepas tu pergi Arzu, Pandora dan berpisah tanpa mengucapkan selamat tinggal sebab bajet lepas tu jumpa balik tapi tetiba I lupa diri masa beli baju office. Shanom cakap dia dah nak balik lepas tu I jawab, ‘Ok Shanom bye’. Hahahahaha. Masa dekat Mothercare jumpa Blog Reader nama Lily. Lily suruh kirim salam Shein, patut kirim baju sehelai. Hahahahaha. Pumpkin Patch dekat Pavilion ada buat sales up to 70% sebab dorang nak abeskan stock. Lepas ni dah takde dah jenama Pumpkin Patch tau? Bulan ni last dekat Pavilion sebelum dorang bawak stock ke KLCC pulak. Sesapa ada anak kecik boleh la beli sementara ada stock and murah ni. Berbaloi. Ok? Selamat membantu ekonomi negara Malaysia. Hidup BN! **Tetiba

Prelove and Shopping Assistant
010-3609559

-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

aduhaiiii.....sedapnyer..

AinKhaliq said...

Hahaha.. Baca blog maksu rasa nak ajak ajan dinner ayam pulak malam ni.. Thanks maksu support surimall! Hehe