Tuesday, April 11, 2017

Soalan Paling Susah. Nak Makan Apa and Nak Makan Dekat Mana?

Assalamualaikum..

Lama-lama dah taktau dah nak makan apa. Korang kalau ada nak suggest makanan sedap dekat KLCC or Pavilion kasik tau la eh? Dah taktau nak makan apa. Betul la orang cakap soalan paling susah dalam dunia ialah Nak Makan Apa and Nak Makan Dekat Mana. Huwaaaaa stressed! Kat KLCC tu if Food Court pon balik-balik makan yang sama je. Sama jugak la dengan Pavilion. Padahal melambak kot makanan lain. Hahaha. Kekadang kitorang naik je kereta. Lepas tu decide makan later. I cakap kat bebudak ni, sampai tingkat 3 kena decide. Menjerit-jerit dah Intan. Pastu mana dan je la pergi. Kalau dekat Intermark tu best jugak sebab tak jauh dari office and parking pon senang taaaaapi pon sama masalah dia, ‘Nak Makan Apa???’ Hahahaha. Sudahnya Khamis lepas sebab taktau dah nak makan apa tetiba makan dekat Secret Recipe. Ok laaaaa sekali sekala. Kata Mimi Hamid, SR ni bawah office dia je. Dia pon dah bosan. I wonder, if bawah office I ni ada kedai makan sedap 1 bangunan 20 tingkat semua restaurant pon I sure kitorang will end up akan bermasalah nak makan apa, dekat mana jugak. Kan? Kecuali kalau makan semua menda takkan gemok and duit dalam bank takkan surut. Yang tu lain cerita. If macam tu I akan makan different meal, different restaurant every day. Now I tingin nak makan New Style Sashimi dekat Ozeki dengan Godiva punya Ice Cream. Sedapnyaaaaaaa!! Godiva taknak dah ke buat beli 1 percuma 1 or 50% off? Sekarang ni 1 cone tu RM20++ kot? Kentut dia la mahal sangat kenapa? Tapi mahal pon puas hati sebab sedap. Haritu beli green tea cone ice cream dekat Cold Storage harap je lawa tapi pahet tak sedap. Pui! Tipah tertipu. Dah jom check out makan sekali sekala dekat Secret Recipe yang boleh tahan ni. Tunggu tahun depan pulak masuk  SR.


I order Thai Seafood Spaghetti. RM22.50

Ada rasa pedas-pedas manis tomato. Not bad. Tapi too oily. Lepas makan becinta la batuk. I batuk dah seminggu over tak ok ok ni. Malam tak makan ubat batuk, jawabnya pukul 4.00am pon tak tido.



Kaklong punya Curry Seafood Laksa. RM24.50. Curry Seafood Laksa kalau nak puas hati memang Secret Recipe la. Udang gemok, cukup rasa semua. Memang puas hati. I kalau tingin nak makan Laksa memang sini la tempatnya.


Ni Dyba punya, Ipoh Hor Fun. RM16.50 harga beliau.


Ice Apple Tea RM16.00 tapi Kaksu rasa kita kena tipu la. Dia cakap beli satu percuma satu. Patut RM8.00 la kan? Ni kenapa RM16.00? Ni nama dia bukan beli satu percuma satu. Ni beli normal price je sebenarnya. Sampai hati tipu kita. Hahaha.


Si Dyba Khamis baru kerja. Isnin Selasa MC. Rabu pulak cuti setelkan hutang PTPTN. Hebat Dyba. Dah takde hutang PTPTN. 


Si Intan cakap dia dah kenyang makan nasik lemak Aizat belanja. Kata dia taknak makan dah tapi I tengok Kek tu dia yang banyak bedal. Kenyang konon? Hahahaha.


Satu masa dulu I sukaaaaaaaaaa giler Chocolate Cheese ni. Sanggup tu memalam buta dari Setiawangsa pergi Ampang untuk carik Chocolate Cheese. Malangnya dah habes. If dekat SR selain dari Chocolate Indulgence, I suka Chocolate Cheese ni la.

Yang ni Intan nak. Apa menda entah nama dia.

I tanya Kaklong, mana sedap Kek I ke Kek Intan? Dua kali dia jawab Kek Intan. Bila kena sepak kaki dengan Intan baru jawab, ‘Ehhhh mestilah Kek Kochip lagi sedap’. HAHAHAHAHHA nampak benar nak ambik hati je. Padahal dua kali tanya tu dah 2 pitch dah tone suara I naik. Korang kalau dekat Secret Recipe suka kek apa? Kasik tau la. Bosan dah dengan Chocolate Indulgence. Dulu harga SR cake murah je now I tengok makin lama makin mahal. One whole cake tu dekat RM80.00 ada kot? Dulu baru RM60 over tak silap I. Now semua dah jadik mahal kan? I wonder nanti zaman Shein kawen mau stendet hantaran RM30-RM40k agaknya. Semalam Shein tido berpelukan dengan I sampai pukul 3.30am I terjaga dia tido atas lengan I. Patut la I lengoh tangan sampai mimpi-mimpi mandi guna gayung sampai sakit tangan. Dah la tido menyempit dengan orang. Now sebelum tido rajin la borak. Time tu segala flower, elephant, Mama, Abah, Spider semua keluar. Ada yang tak paham ada yang paham. Lambat respon kena la penampar kedepek dekat muka. I cerita dengan Dyba yang Shein ni kekadang garang. Kata Dyba Sophie pon sama garang. Hahahahah. Dyba cakap dia pon ada kena marah dengan Sophie. ‘Kalau Sophie cakap sorry, Mama kena la cakap Its Ok’ sambil jeling Sophie cakap macam tu dekat Dyba. Macam tu pon boleh eh Sophie? Hahahaha.

-eNd-

2 comments:

linalucx said...

Kak Su,

SR dkt Sri Hartamas Shopping Centre xsedap..masin giler
kek dia dry.. :)
huntung la opis area sana.saya dh pindah keje dkt area
hartamas.
tekak kg, hari2 ada masalah nak makan. :(

aku nama nora said...

white chocolate macadamia sue...sedap sgt!