Assalamualaikum..
Haritu tengok dalam IG sapa entah yang roti kukus
cicah kaya hijau + susu cair yang popular dekat Boat Noodle tu terus I teringin.
Nak kena makan secepat mungkin ni. Boat Noodle dekat area Ampang ni ada 2. 1
dekat Ampang Point, 1 lagi dekat Avenue K. So tak jadik masalah kalau nak
pergi. Yang masalahnya macam mana nak pergi time lunch sebab Boat Noodle ni
bila yang tak queue panjang? Manjang queue berlapis-lapis ok? Tu pasal la each
time nak makan, terpaksa kensel. Hari Selasa lepas, I ajak Dyba and Kaklong
makan dekat Boat Noodle. Intan ikut sekejap sebab ada date dengan ‘calon bakal suami’ yang di arrange oleh
Mak Pengantin si Anny. Anny dah sampai dekat Boat Noddle awal so dia cop tempat
and makan sesiap. Bila kitorang sampai, kitorang replace la tempat Anny dah
meninggalkan orang tengah beratur panassss je pandang. Hahaha. Sian ok beratur
lama? Kitorang dah siap makan dalam 25 minutes, then only yang beratur tadi
dapat tempat. Tu jer la masalah dengan Boat Noodle ni. I tak berapa berkenan
nak makan kena beratur sebab dulu masa sekolah dah puas beratur time nak makan
dekat kentin siap ada kes I merajuk lagi dengan Makcik kentin lepas tu taknak
makan. Bab beratur, lepas tu merajuk ni a few time jugak la jadik. I kenot.
Memang boleh nanges especially yang potong queue sebab bajet VIP. Menanges
betul.. Bukan menanges main-main. I dengan makanan emosi lain macam yang tu
semua orang pon tau. Intan dah paham sangat dah perangai I ni. Tu kekadang dia
selamba je muka tanya kalau nak makan involve beratur. ‘Kaksu ni dah beratur panjang jangan nak merajuk pulak. Kang penat je
queue Kaksu merajuk. Malu la Intan’. Tengok???? Melawan boleh tahan Intan
ni. Hahahahah. Sapa ingat kisah I dengan Apam Balik angkat tangan! Sapa yang
taktau boleh baca dekat sini.
Cecece
ambik sorang 2 mangkok je konon. Memang jawapan dia tak cukup la. Lepas tu tambah lagi 2 Beef punya. Yang dalam
gambar ni is Chicken Thai Rice Noodle dengan Chicken thai Egg Noodle. Harga
semangkok ayun is RM1.90 je mak enon. Kuah ada dua jenis. Yang kacang warna
keruh tu Kaklong cakap ambik 2 je sebab tak berapa sedap. I rasa sama je semua.
Yang
ni terbaik la. Korang kena cuba. Thai Popoye’s Tempura. Dipping sauce dia tu
sedap! Kata Kaklong ni Kangkong celup tepung. I pon tak sure betul ke tak, yang
I tau memang sejenis tumbuh-tumbuhan.
Kasik
close up skek. Yang ni harga dia RM6.90 sahaja. Good for 3 person.
Ain
tu belagak sungguh asyik cerita Coconut Shake dia buat sedap la. Tak abes-abes
ulang. Menyam (padahal dengki) so dekat Boat Noodle I order Coconut Blend.
RM8.90 harga dia memang S E D A P
Close
up sikit Chicken Thai Egg Noodle
Yang
ni pulak Beef Thai Egg Noodle. Yang ni la kuah keroh tu. Bagi I tak banyak beza
pon. Dedua sedap! JB ada ke Boat Noodle eh?
Chicken
Wings RM4.90 alahai kurussssssssssssssssssssnya. Yang ni kalau nak order ambik
4 5 bekas. Serious. I pon pelik macam mana ayam dia boleh sekurus ni. Kurus
giler ok? Makan semangkok sorang pon tak puas. Sedap rasa dia sebab dia goreng
dengan daun limau purut + serai.
Tak
cukup makan 8 mangkok tadi, kitorang tambah lagi 2 mangkok Beef Spring Noodle.
Rasa sama je Cuma mee dia macam Maggie. Harga RM1.90 semangkok.
Nak
makan roti yang I nak tu dah sold out, so kitorang tukar dengan Ka Num Tuay. 1
set ada 1, harga singget je one set.
Makan
bertiga je dengan Kaklong and Dyba. Si Intan bizi makan dengan emak pengantin
dan bakal calon suami. #PrayForIntan
Ni la roti tu. Sedapnya :(
*photo from Google
Total makan semuaaaaaaaaaaaaaaaaa ni plus mineral
water 1 bottle is RM50.30 sahaja. Bagi I agak murah la and boleh nak makan
lagi. Tapi masalah nak kena beratur tu yang I tak tahan. Nak datang sini sebab nak
makan roti kaya tu je sebenarnya. Sold Out pulak. Eeee Boat Noodle ni pon bunguks.
Dah tau sedap, pergi buat sikit kenapa? Marah I. Naseb I tak nanges dekat sana.
Hahahahah. So mission nak makan roti kukus tu tak kesampaian. Sedih sangat rasa
diri ini. Mee dia bagi I sedap la. Rasa lebih kurang macam Mee Celop. Mee Celop
tau tak? Rasa broth dia tu masam+manis sikit-sikit. Lawan dengan chili flakes,
coriander leaf and fish sauce memang la sedap. Cuma kalau makan hari-hari mau
la darah tinggi sebab masin. Side dish dia pon sedap-sedap. Next time (yang
entahkan bila) I nak try pulak dia punya Songtam tengok sedap ke tak. I ingat
nak tapau la dia punya roti ni. Tengok dah resepi orang buat sendiri dekat
rumah, macam senang je. Nak buat tu yang penyakit M sebab kita ni nak makan
sikit je. Tapi prepare nak beli barang mana boleh sikit-sikit so kena buat
banyak. Dah banyak buat nanti habes ke? Sazli bukan suka sangat makan
manis-manis ni. Aaaahhhhh tapau je la! Okbye.
Boat Noodle
BN Avenue K
L2-17B & SAC-12-1, Second Floor
Avenue K
156 Jalan Ampang, 50450 KL
-eNd-
2 comments:
Hahah kelakar betul la bab beratur dah puas masa zaman sekolah tu. Berair mata gelak. Macam-macam betul. Ada betulnya jugak kan. Hehe. Puas dah dulu beratur. Sabo jelah,
jb ada boat noodle ok..
Post a Comment