Thursday, May 25, 2017

Pasal Shein and Dr Farhan, Autism and Asperger

Assalamualaikum…

Harini I nak cerita pasal Shein.  Rindu pulak dekat dia. Malam tadi time Intan call mengadu masalah bakal-bakal suami dia Shein sebok la ‘Mama Mama Mama’ nak tunjuk dia ikut Atom (Real Steel) training boxing dekat TV. Time orang nak bercakap, time tuuuuuulah dia sebok nak bercakap jugak. Geram! Bila nak tido pulak macam-macam alasan. Kekadang now nak tido pon macam nak bergaduh. Dia tak kasik I bergerak dari sofa. Jangan kata bangun, angkat kepala pon tak boleh nanti dia akan cakap ‘Sit Mama, Sit’. Lepas tu suruh kepala pandang straight TV. Kekadang dia drag makan nasi bukak mulut sikit-sikit sebab nak kasik lambat habes start makan dari pukul 8.00pm – 9.45pm sebab tau pukul 10.00pm kena tido. Macam-macam akal. Paling tidak pon dia ajak kita mandi walaupon tadi dah mandi, taknak tido punya pasal T___T Bulan depan umur Shein 4 tahun 6 bulan la. Tak sangka sekejap je masa berlalu tup-tup Shein dah 4 tahun dah. Korang pon tau kan yang I pernah share cakap Shein ada masalah speech delay… Umur 2 tahun, dia tak repeat lagi apa yang I cakap and masih tak boleh nak bina perkataan. Time tu I dah start jumpa doktor untuk check kalau-kalau Shein ada problem berkenaan development dia seperti Autism etc. Al-hamdullillah lepas buat assessment Shein autism FREE cuma ada speech problem and boleh di rawat.


Dah besar dah Shein



Shein now dah boleh nyanyi lagi Happy Birthday to You full walaupon pejam-pejam nak ingat line. Haha. Lepas tu dah boleh cakap ‘I pick this Mama’, ‘I don’t want’, ‘Don’t do that’. ‘Close your eye, like this’ and many more. Dah boleh la borak dengan dia and ada two way communication. Dulu I pon confuse sebab kekadang bila cakap dengan Shein, dia buat dek je. I wonder dia paham ke tak. Kata Mr David, Shein understand. He just stubborn and lazy. Memula ada rasa doubt tapi bak kata Dr Adrian, ‘Shein ok. He’s is totally ok. Takkan you nak anak you tak ok?’ Yerlaaaaaah kan. Kita ni emak-emak nampak anak lain sikit mula la paranoid. Tapi bagi I, better paranoid dari in-denial. Yang tu lagi teruk. Dah tau anak tak ok, tak boleh masuk sekolah biasa, ada development problem but deny. Nampak dah anak ada sensory problem, tak boleh adapt dengan society tetap jugak kata Ok. Yang tu lagi la payah. Budak-budak by 2 Years old sebenarnya kita dah tau if dia ada masalah development. So by 2 years Old if korang nampak anak korang lain macam better seek for help sebab if ada masalah, time tu boleh la buat early treatment so that bila dia dah besar, dia dah boleh adapt dengan keadaan dia. Kita pon tak selamanya ada untuk jaga anak kita especially yg ada masalah on development kan?

I follow sorang doktor ni dekat FB (Now dia deactivate, maybe stressed la tu or ada apapa buat dia tak happy). Nama dia Doktor Muhammad Farhan. Dulu dia kerja dekat HOSHAS. Lepas tu dia kena buang kerja sebab masalah kemurungan atau Bipolar Type 2. Dia di diagnosis mengidap Bipolar Type 2 ni masa dia jadik Doktor Pelatih dekat sana. Disebabkan dia kurang tidur dalam masa yang lama masa dia houseman, dia kena major depression. Lepas disahkan ada Bipolar Type 2 terus dia punya lesen perubatan kena tarik oleh MMC tapi sekarang dia bangkit balik and bukak business Handphone Accessories dekat Temerloh and Jerantut nama Dr Phone. I suka baca status-status yang dia share dalam FB sebab boleh tambah pengetahuan. Ni dia baru found out yang dia ada masalah Asperger and Autism as well. Sapa kata budak autism tak bijak? Dr Farhan yang ada masalah Asperger and Autism ni membuktikan yang individu dengan symptom tu boleh berjaya dan jadik doktor pon. Hal lesen perubatan kena tarik tu tolak tepi la. Kata Dr Farhan, dia memang ada masalah untuk faham society. Kata dia, if dia berada di tempat yang bising dan sesak, dia boleh dengar semua menda sama kuat. Suara, orang berjalan, honk kereta hatta kertas kena koyak pon semuaaaaa dia akan rasa bingit. Dia tak nampak baby tu sebagai comel tapi nampak macam ayam je. Takde perasaan. Dia tak boleh sesuaikan emosi dia mengikut keadaan. Contoh : Ada sanak saudara dia meninggal, dia tak sedih. Kawan dia accident dia ketawa. Dia rasa susah nak berkawan and tak paham macam mana manusia boleh mingle.

Kekadang ada la emotional status dia up dalam FB tapi I baca and senyum je. Kesian dia. Mana la kita paham apa yang dia rasa. Bila dia share symptom dia ada pulak yang cakap dia ni macam tak boleh move on dengan sakit dia. Sabar ajer la. Dan dan tu jugak nak bagi motivasi, macam tak kena tempat. Unless kita Psychiatrist lain la cerita. Kita semua manusia normal takkan paham apa dia rasa. Kisah Dr Farhan tu korang boleh baca dekat sini.

Sama la macam bebudak Autistic yang kekadang tak suka berkawan, nak main sorang-sorang semua tu jangan la dipaksa. Itu akan buat dia bertambah stressed. Dia tak boleh paham dunia kita, kenapa kita yang Allah bagi sihat ni tak cuba paham dan masuk ke dunia mereka? Sebab tu I cakap, if nampak ada perbezaan pada anak-anak cepat seek for help so that kita sama-sama tak stressed. Ingat tak stressed ke ada anak autistic? Mestilah stressed. Paling stressed dengan society. Sungguh. I pernah tengok depan mata budak autistic tantrum depan mata. Mak dia cool handle tapi orang ramai pandang sinis. Tu kalau hati tak kental, mau down. Bila dah down, maka confirm la stressed kan?

Ok. Cukup bab Dr Farhan. Now nak cakap pasal Shein. Back to his development as a speech delay toddler. Apa yang I buat? Ok. I ikut advice dari Mr David and Ms Shariffah. Mereka berdua sangat sangat sangat mementingkan pemakanan sebab by pemakanan la sebenarnya yang membentuk bebudak ni punya perkembangan otak. No sugar, no fast foods, no MSG, no soy sauce, no snacks and less salt. Eat healthy foods. Discipline kan pemakanan dia. I berani cakap by FOODS la Shein berubah. Bila I dah kurangkan semua makanan yang I sebutkan tadi, I nampak dia punya progress sangat-sangat cepat. Hidup dalam dunia sekarang ni to be frank, sangat-sangat susah untuk I ikut Mr David and Ms Shariffah punya requirement. Nak pulak kami selalu jalan-jalan makan dekat luar. Some restaurant foods dia memang ada MSG, soy sauce semua tapi for Shein, kena jugak la kuat. Jangan ambik mudah. Take care of their foods, InsyaAllah slowly korang akan nampak progress. Buat bubur takde garam dah ok, lepas tu kasik makan Twisties pon tak guna. Snacks ni semua sangat-sangat la tak bagus. I sekarang tengok bebudak makan Coklat, Candies semua naik risau pulak. Tau tak makanan tu semua tak sihat for them?

Kekadang ada masa I pon tewas. Bila balik kampung, Mak belikan jajan bagi pada Shein. Nak cakap apa? Takkan nak halang? Baba and Maktok pon dulu ada jugak standby ice-cream dekat rumah for Shein but now dorang faham and nampak Shein with or without sugar macam mana. Walaupon ada hicks up on Shein’s food intakes here and there tapi I cuba cuba dan cuba untuk elak semua yang tak sihat. Lucky me at Building Blocks International dorang bagi makan healthy foods, drinks lotsa plain woto (water), eats veggies and ulam semua. Dekat sekolah I know Shein makan makanan sihat. Ok. Selain dari foods apa? Gadget. Please give them less gadget. Please please please. Let them explore the world. Turun tanah, pegang tanah, main pasir. Itu lebih baik dari tengok iPad and Handphone. Let them connect with the universe. Try la bawak pergi lari-lari dekat taman dari pergi mall window shopping. iPad tu sesekali Ok la. Contoh macam masa dekat luar dining time. But jangan bagi all the time. Jangan bagi anak kita communicate dengan gadget more dari handphone. Dekat rumah try to communicate dengan mereka. Main puzzle or apapa la untuk build communication.

Percaya la cakap I. Unhealthy foods and gadgets ni la yang bagi bad effect pada anak-anak. So if korang baca entry ni, start slowly bagi healthy foods pada anak-anak ok? Jgn dah bagi jajan-jajan semua ni. Salt, MSG banyak kot dalam tu. Sian dekat budak-budak. Sebab tu la zaman dedulu mana nak ada sangat masalah-masalah yang kita emak-emak face sekarang ni. I pon tengah mencuba. I admit ada masa I tewas sebab malas nak drama especially dekat luar bila Shein ngamuk-ngamuk nak ice-cream. If korang sama macam I, its ok. Ubah slowly ok? Yang penting kita kena tau where to stop. Itu sahaja. Jangan biasakan bagi ice-cream as a reward. Tu kesilapan paling besar. Kita emak-emak biasa memang kekadang tewas di awal cerita tapi biasa Hero dia mesti last akan menang kan? So it’s ok if ada hick up sekali-sekala but yang penting determination untuk berubah. Semangat jangan lentur untuk bagi the best for anak-anak kita. If korang ada apapa nak tanya or share experience, I am more than happy to hear. Email je I. Ok? Nak cerita detail kat sini pon ada yang entry sampai ke lantai. Hahaha.

-eNd-  

3 comments:

Haizan Qaseh said...

kaksu thanks for your advice!!!
sangat inspired tau tak walaupun mat kenteng he is an active boy... tenkiu tenkiu tenkiu

~faRahaNis~ said...

tinkiuu k.su for the explanation yg detail.. sy pun kalau boleh elak kan all the fast food n jajan.. tp slalunya bapak ngan tok nenek ja suka menjamu semua tu.. stressssssssss

Klebang Melaka Homestay said...

TQ KakSu

saya pun tengah cuba all those yang kaksu cakap, tapi susahnya kalau xde sokongan hsuband. Dia selamba je bagi semua kat anak.. Sedih laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...