Assalamualaikum..
Bahagia sangat bila dekat area office ada makanan
yang sedap-sedap. Nak pulak bila sekarang ni kemain bercinta-cintun dengan
Affogato so senang lah. Jalan kaki tak sempat basah ketiak dah dapat minum. Hehe.
Dulu take away Affogato dia letak dalam bekas Taufofa ko aperhal? Naseb sekarang
dah upgrade dah. I pon taktau macam mana dorang boleh terfikir nak pack
Affogato I dalam bekas Taufofa. Masa cashier hulur, I macam errrrr macam ni ke
nak pegang? Hahaha. Dengan sudu nak kacau apa semua takde. Gitu punya packaging
sumpah tak carry nama Le Petit Dotty’s ok? OMG. Intan pon suka la kalau I ajak
teman sebab dia dapat upah. Kekadang dia mintak Green Tea Latte, kekadang dia
mintak Salted Caramel Latte. Mana yang dia nak la. Kekadang dia cakap nak cake
slice tapi I tengok harga RM14.00 – RM16.00 memasing so I balas dengan jelingan
sahaja dan Intan jua redha. Hahahaha. Kalau ajak Dyba teman beli coffee takyah
pon upah pun sebab kata Dyba dia baik. Tu Dyba cakap pada Intan, ‘Akak ni mue kan?’ Mue tau tak apa
dia? Tu Ongjohor punya bahasa tu. Mua ni macam melampau-lampau manja. Si Intan
tu memang. Eskrem orang, eskrem la dia. Pisang orang, pisang la dia. Yogurt
orang, yogurt la dia. Upah kena kasik satu je. Tu pon ada hati masa dekat
cashier News.com dia pegang 2 item as upah. I cakap ‘One only Intan’. Dia menjawab eh? Kata dia, ‘Kaksu ingat Intan Shein?’ HAHAHAHA. I memang kental. Upah 1 je
bagi kalau dekat Intan ni. Kalau dilayan makin mengada. Geram je.
Gembira
la Siti Nohaliza dapat Affogato walaupon tudung ada gelembong macam tu.
Stressed. Grilled Chicken Sandwich tu hiasan je. Tu Kaklong punya.
Intan
dengan Green Tea Latte. Intan suka Latte I perasan. Selalu jugak dia order
Latte.
Yang
ni Tuna Sandwich. Memang sedap. Korang kena try.
Cantiknya
Green Tea Latte ni. Punya cantik macam ni, jadi sayang nak minum.
Penah
makan Cronut? Ni la rupa dia. Semalam tengok dalam IG ctdk tengok ada Salted
Egg Cronut. Cronut is kacukan Croissant + Doughnut. Duluuuu I suka la Salted
Egg Series dekat sini ni until one time I rasa too sweet lepas tu I stop makan.
Sesekali bila teringin ada la makan sikit Anny punya sebab dia memang wajib
makan Salted Egg Doughnut setiap kali datang Dotty’s ni.
Rainbow
Cake RM14.00 harga dia. Bagi I, Huda punya lagi sedap sebab cream cheese
frosting dia macam terlebih masam.
Yang
ni all-time favorite. Patut Affogato dekat sini makan dengan doughnut, I mintak
tukar dengan eskrem. Yang Doughnut Affogato tu I tak pernah lagi try macam
mana. Nanti kena la cuba. Harga RM14.00 (lagi mahal dari Affogato dekat Dome)
Untuk
tatapan peminat Kaklong semua, terimalah……
Percubaan
ambik gambar flatlay yang tak berapa berjaya.
Grilled
Chicken Sandwich ni pon sedap jugak. RM24.00 harga. Nak tambah Salad and chips
kena add lagi RM2.00 *rolling eyes. Naseb baik kau seorang yang sedap.
Affogato
bungkus. No more bekas Taufufa. Hahaha.
Kalau makan meal + air dekat sini lebih kurang
dalam RM40++ jugak la. Nak mintak air suam dah tak boleh. Yerla kekadang dah
minum air manis, makan dessert manis so kena la bilas dengan air suam.
Malangnya air suam takde di serve disini. Air mineral I tak sure. If ada air
mineral (walaupon sesetengah café charge RM3.50 sebotol) I rasa ianya lebih
berbaloi dari kena minum Still or Sparkling Water yang dalam botol besar tu
sebab yang tu lagilah maaaaaaaaaaaaaaaaahal. Nanti esok lusa kalau I ada café sendiri,
I akan sediakan air kosong dalam botol letak atas meja. Duluuuu BLVD ada je house
water. Now dah takde. Madam Kwan pon dulu ada, now dah takde. Banyak la café and
restaurant dah tak kasik air kosong free. Maybe tak dapat untung lebih kot
sebab kalau letak house water nanti orang tak order air sedap. Entah. Mana-mana
yang still provide air kosong free, I doakan korang murah rezeki. InsyaAllah…
(Tetiba penutup nak sedih cerita pasal air suam haha)
Le Petite Dotty’s
No. 3, Ground Floor Menara TH
Platinum Park, Persiaran KLCC
50450 Kuala Lumpur
03-21811023
-eNd-
3 comments:
sedapnyer...
salted egg dia, walawehhh
comel betul kak sue ni....tetibe kalong pun terlibat..hahahahahah....u made my day...tq kak sue!!!
Post a Comment