Monday, May 15, 2017

Weekend at KLCC with Shein and Abah

Assalamualaikum..

Al-hamdulillah Shein sekarang banyak dah dia boleh sebut and dah boleh la borak dengan dia. Shein kan dia ada speech delay tapi now memang lots of improvement. Macam tetiba je dia bercakap non-stop. Walaupon takde la banyak macam budak sebaya dia tapi I sangat la happy sebab ada two way communication. Banyak dah menda dia boleh bercerita and mengadu. Tapi tu la. Kejap kang Mama kejap kang Mama. Latest ni dia belajar dekat sekolah, kalau buat salah kena la denda pukul dekat tapak tangan. So biasa kalau I buat something yang tak berkenan dekat mata dia nanti dia cakap ‘Mama, fingers’. Maksudnya dia mintak tangan I la. Nanti dia tepuk tangan I and I wajib nanges. So dia akan cakap, ‘Go cry now’. Kena la nanges fake. Hahaha. Pemalas masih boleh tahan tapi kalau I pura-pura sakit, dia akan bagi air. ‘Mama gets up, drink water’. Lepas tu kalau I minum nanti dia tunjuk thumbs up cakap ‘Guboy = goodboy’. Hahaha. Semalam masa nak mandi tetiba jalan melekat dekat dinding. Kata dia ‘Mama, crab’. Ooooo jalan macam crab. Hahaha. I nak pesan lagi sekali untuk emak-emak yang nampak ada something wrong with anak-anak nkorang punya development seawal 2 tahun, lekas seek for help. Bawak jumpa Development Disorder Child Specialist (Shein jumpa Dr Feisal dekat Prince Court) and kena dah start buat treatment and jangan hidup in denial forever and kena kuat to face the facts that your child ada masalah. If dapat trace awal, boleh buat treatment awal and kita dapat tolong anak kita untuk hidup normal macam orang lain. Penting sebab nanti if dia nak masuk sekolah, dia kena paham arahan. If dia tak paham arahan, macam mana dia nak belajar sama dengan peer dia kan? Sian dia… 


Ahad lepas, Sazli ajak keluar makan and jalan-jalan dekat KLCC. Takde apa plan pon, saja la kasik Shein happy. I rasa keluar 4 jam pon dah cukup. Makan, jalan sikit beli toys ke, lepas tu pergi park sekejap and balik. Cukup dah bagi Shein and Mama happy. TQ Papa!


Usually nak senang untuk Shein, kitorang akan ambik brunch dulu dekat rumah. Dalam pukul 11.00am makan heavy sikit so nanti lunch boleh ambik lewat. Shein ni kekadang datang hantu tido dia, pukul 3.30pm tido jejak 7.30pm baru bangun. Kalau dah macam tu memang plan semua kelaut sebab lepas bangun tido bukan la boleh terus gerak. Nak bermalas-malas mandi semua dah pukul berapa. So now if nak keluar macam ni, better keluar dalam 2.30pm – 3.00pm macam tu so nanti sampai mall terus makan. Shein pon dah lapar so dia akan concentrate la makan. Siap makan pergi window shopping or beli la apapa macam toys murah-murah reward sebab tak buat hal and nak kasik dia happy. Lepas tu boleh balik dah. 4 jam je cukup. Usually kalau macam tu, Shein pon dalam kereta dah tido dah. Senang kan? Perut dia pon dah kenyang. Nanti pukul 8.30pm boleh la lap badan sikit and kasik dia makan for dinner. I dengan Sazli kalau nak keluar either keluar awal pukul 11.00am terus lunch atau keluar pukul 3.00pm. If tunggu dia nap and baru bangun memang susah la. Sazli pon dah tau if cuti takde apapa, satu hari dalam 4 5 jam dia akan spend untuk I and Shein. Sian anak tu sikit, sian bini la lebih. Hahahahahha. I pon suka la kalau dapat spend time sama-sama dengan Sazli and Shein. Kitorang pon bukan la kaki jalan sangat. Ada masa I pon suka bangun super lewat time cuti tapi kalau dah cuti 2 hari tak buat apapa, memang sedih jugak hati ini. Hahaha. Tapi now memang jarang la ada masa senggang. Ada je activities nak buat over weekend. Macam weekend ni kitorang nak ke Penang pulak. Sazli ada Hard Rock run.


Kata Sazli dah lama tak makan dekat Chili’s. Dia teringin nak makan Molten Chocolate Cake. RM22.95 harga dia. Sedap!


Shein suka la dekat Chili’s ni sebab dia boleh nampak air pancut dekat park tu. So umpan dia. Nak pergi situ, dia kena habeskan makan. Shein makan Salad and Grilled Chicken share dengan Abah. Mendengar la arahan. Kalau korang datang makan Chili’s KLCC bawak bebudak jangan lupa ambik view park ok? Tak boring macam tu. Kata Shein nak ‘shower’. Hahaha. Teringat dulu one time I datang dengan Mak and Sazli. Kitorang dua shopping. Sazli dengan Shein dekat park. Sekali Sazli hantar gambar, Shein dah bersila dalam pool. Dah la debab. Naseb la bawak baju spare. Tapi tu la. Baju je bawak, seluar tak bawak so dari park nak ke car park Shein pakai pampers je lepas tu pakai kasut hahaha. Bebudak ni no matter dah besar 4-5 tahun ke, penting untuk bawak baju and seluar spare sebab we never know what gonna happen. I memang bawak baju, seluar and towel spare dalam bag Shein incase kalau dia terkotorkan baju dia ke so kita ada standby kan?


I punya favorite. Triple Play. RM34.95. Sedap!


Sazli suka salad ni. Explosion Salad. RM28.95


Makan share je semua ni 3 beranak. Just nice portion dia and kenyang. Shein now suka makan ayam. Kalau ayam tu 1 dia cakap chiker, kalau banyak chikes. Memandai buat bahasa sendiri eh Shein? Hahaha.


Dia nampak I makan ayam cicah sos sebok nak jugak. Ha ambeeeeek. End up dia taknak pon.


Ok kasik chance la sekeping gambar perasan. Now eyebrow I tak guna pencil dah. I guna brush and eyebrow palette. Nampak lebih natural. I guna brush and eyebrow palette both Bodyshop.

Dah siap makan, Shein seeeeebok nak pergi ‘Shower’ dekat fountain yang dia nampak dari Chilis tadi. Kita cakap ‘Calm down Shein. Be patient’. Sebab dia dok ‘Mama shower now. Nowwwwwwwwwww’. Bila bawak masuk area kids yang tingkat 2 ada Mothercare semua tu, dia nampak Toys R’Us terus cakap ‘No shower Mama. Bye bye shower’. Hahahah. Tau pon! Saja je la bagi Shein pilih apa yang dia nak dekat sebesar-besar Toys R’Us tu. Pegang itu letak, pegang ini letak. Tak keruan dah Shein. Nampak Sharks suka la dia. But end up ambik Ultraman je 2 ekor. Selamat Mama sebab tak sampai RM100.00 hahaha. Lepas tu Sazli beli nerf gun punya peluru. Nerf gun punya peluru ni beli 200 pon InsyaAllah semua setel.


Shein good boy. If dia nak apapa dia tau dia boleh ambik 1 sahaja. Shein pon paham. Unless macam Ultraman tu takper la ambik 2 sebab kalau ada 2 ekor baru boleh lawan-lawan kan? Lagipon murah.


Lepas setel dekat Toys R’Us kitorang pergi ke air pancut. Giler ramai orang dowh! Indonesia ramai, bebudak we-chat ramai. Duduk la berlonggok depan kolam tu ambik gambar lepas tu ada yang jual selfie stick. 


Shein makin lama makin dekat dengan air. Tapi dia jenis mintak izin. Takde la terus terjun. Apapa pon dia buat walaupon dia tau takkan dapat, dia akan mintak izin. If kita kata go, then baru dia go on. Tu pon kekadang mintak 2 kali permission. Contoh : Kalau nak main paip dekat kampung. Dia tau tak boleh, so dia mintak dua kali untuk confirmation. Sebab kekadang I kasik dia main paip dekat kampung.


Shein mata dah kelat dah time ni. Dia start la buat hal. Tu nampak ada rantai tu mana boleh masuk Shein!


Tapi dia cuba jugak.


Last-last dapat masuk badan. Hahaha. Bebudak kecik macam ni la. Mana yang tak boleh itu lah yang dia nak. Padahal seluas-luas taman ni, rumput sejemput yang tak boleh pijak tu jugak yang dia nak masuk.


Gigih Sis ambik gambar dengan anak. Sama dah level gigih macam Bangla-bangla and Indon-Indon. Hahahahah.


Ok dah Shein. Jom la balik. Mata tu macam dah bertongkat dah dia tahan. Now dia kurang dah la cranky kalau mengantuk. Tapi sebelum dia carik pasal baik kita pulang sekarang.


Ok Abah. Let’s go home. Shein pon ada masa kalau dia penat sangat dekat luar dia sendiri akan ajak balik. ‘Mama, go home’.

Kitorang setel semua ni dalam 6.30pm kot? So ada la 4 jam keluar. 4 jam sahaja dah cukup dah untuk makan and activity macam ni. Cukup dah buat Mama and Shein happy. TQ Abah bawak kitorang jalan-jalan macam ni. Dalam kereta, Shein dah setel membuta. Satu hal nak mengangkat dia naik kerumah. Dah la 22kg. Kusssss semangat. Anything yang buat Shein happy, Mama also happy and Abah lebih-lebih lagi happy. Close si Shein dengan Sazli tu sebab Sazli yang lebih banyak handle Shein compare dengan I. Pergi sekolah bersiap semua memang Sazli yang buat. Balik sekolah pon Sazli yang jemput Shein. If I ada hal atau event pon Sazli setel semua siap mandi, kasik makan, tidokan. Takde masalah pon. Alhamdulillah dapat suami yang boleh handle anak macam Sazli ni. Sebab tu if Shein buat perangai, Sazli yang frust lebih. I tak blame dia for that. Cumanya kita ni Ibu. Macam mana pon anak kita nakal, buat perangai dia punya sensitive kalau orang marah anak dia memang lain macam. Hatta suami dia sekalipon. Hahahaha. Nak buat macam mana kan? Dah namanya pon Ibu.  Ibu, Ibuuuuu engkaulah Ratu hatiku **tetiba. Anyway, Happy Mother’s Day untuk semuaaaa pembaca blog Chooyaya Secret Garden. Secret Garden eh? Ni kang ada je memandai tukar Chooyaya Secret Garlic. Hahahaha. Pon boleh.

-eNd-

No comments: