Tuesday, May 16, 2017

Amverton Cove : Rooms and Splash Pool

 Assalamualaikum

Haritu ada yang mintak I share gambar bilik dengan pool dekat Amverton Cove. So harini I share la eh? Bak duit sebab korang memacam request. Korang ni kekadang manjaaaaaaaaaa. Semua info nak share depan mata. Padahal boleh Google jer. Grrrrrr. Manja kan? Naseb baik la I jenis kalau masuk hotel beria ambik gambar bilik siap jamban semua. Hahaha. Pempuan memang gelabah macam ni. Ke I sorang je sebenarnya? Ah lantak la. Tak yah jawab. Hahaha.  Masa yang I pergi tu kitorang ambik bilik jenis Deluxe Family Room. Dalam dia ada 1 Queen size bed + 2 single bed. Memang besar la. Queen size bed tu serious 4 orang boleh tido. Single size tu pon boleh 4 orang so kalau satu family Mak Bapak lepas tu anak jenis lahir setiap tahun ada 6 orang, boleh je ambik bilik ni. Muat. Serious memang luaaaaaaaaaaaaaaaaaas. Tapi kalau Deluxe Family Fun Package 2 Days 1 Night yang harga RM488.00 nett (surcharge RM100nett per room per night for weekends stay on Friday, Saturday and Eves of Public Holidays) tu dia punya package 2 Adults + 2 children je la. So yang lain kena la bayar asing untuk join activity dekat sana. Facilities macam splash pool, gymnasium, table tennis, kids’ games room, kids’ fun zone tu semua free. Boleh guna sampai lebam. Bilik I ni best wooooo sebab bukak je sliding door, terus boleh terjun masuk kolam. 5 6 langkah je dah sampai. Pool dia besar, ada slides for kids and for adult boleh swimming.


Ni bilik I. Dari dalam boleh nampak kolam. Nak pergi  breakfast pon dekat dekat Rabbit Room. Tu yang nampak macam khemah putih tu.



Tak cukup mandi pool, shein belasah pulak berendam dalam bath tub. Memang macam tu la dia. Shower dia pon best macam hujan. Bagi I, I suka bilik ni. Memang sesuai dengan harga yang dikenakan. Selain dari bilik jenis Deluxe Family Room, dorang ada jugak bilik jenis Deluxe, Premier Suite, Courtyard Villa, Superior Lakefront Chalet, Amverton Villa and Amverton Grand Villa. Yang tu korang boleh tengok dekat sini. I masa pergi Spa, nampak la semua Villa-Villa tu tapi tak teringat nak ambik gambar sekitar Amverton ni. Yang penting, dekat sini memang bersih dan terpelihara. InsyaAllah korang akan suka. Lagipon tak jauh dari KL kan? Sekejap dah sampai. Mana tau ada orang KL tetiba nak menghirup udara segar, boleh la datang sini. Kaaaata la ada pengantin yang limited time tak cukup masa nak pergi honeymoon, korang datang la sini. Villa-Villa tu I suka la sebab cantik! Dah jom tengok gambar bilik I.


Dalam dia ada 1 Queen size bed + 2 single bed. Luas! Bantal empuk. Kalau baring memang fikir nak tido je la. Pakkal la banyak activities. 


Ada kettle, mineral water and boleh buat hot drinks. 


Bathroom dia jenis separate bath tub dengan shower room.


Bathtub tepi katil je. Angkat tirai tu, boleh la buat tiger show. Hahahaha.


Toilet Bowl. Buat sesapa yang tak kenal. Hahahaha.


Tu apa tu? Meja study ke? Yang study Shein je. Sliding door besar terus mengadap ke pool. Sebelah sana tu hijau je nampak padang golf. Bangun pagi rasa fresh je sebab semua hijau lepas tu bunyi water splash dari pool.


Flat screen TV.


Ada pokok kelapa, tempat nak berjemur, slide, water splash memang best la. Yang ni area kolam bebudak. Air dia cetek je.


Yang ni area adult punya pool. Luas! Sebelah dengan Rabbit Rooms tempat untuk breakfast and dinner.


Sebelah Pool ni is Padang Golf so memang best la sebab saujana hijau mata memandang gitchew.


Suka la Si Shein ada pool macam ni. Berendam 8 jam pon takpe sampai kecut kote. Hahaha.


I suka la water splash tu. Tunggu je penuh baldi dia lepas tu nanti air dia tumpah.


Bilik-bilik lain. Ada 2 tingkat. I suka la tingkat bawah sebab easy access to pool.


Ni bebudak ni naik buggy dari Golf Club ke bilik. Mengada memasing malas nak jalan.

Nanti I share gambar Hummingbird Entertainment Lounge (Karaoke, Pool, Snooker & Foosball Tables) pulak eh? 2 malam kitorang belasah karaoke. I suka dekat situ sebab sound system dia best. Bilik pon luas. Boleh la buat party. Hahahaha. Kids games rooms pon best ala-ala kids gym yang ada dekat KL tapi nampak macam lebih fun je. Shein suka sangat main dekat situ. Duduk berejam pon ok. Kata la Suami/Bapa suka main golf, boleh main golf jugak dekat sini sebab dorang ada offer 18-holes Golf Course. Makan ala carte pon sedap dekat Golfer Terrace tu and Spa pon ada. I dah try spa tu jugak. Semua menda aku nak try, gelabah giler. Nanti I share dalam next entry ok? Ini pon dah panjang berjela. Untuk yang nak Honeymoon ada some Villa offer private pool tau? Pool dia pon luas. Nanti kalau ada landed house, I harap Sazli boleh bagi I satu pool jugak. Heeeeee. For more info korang klik dekat sini.

Amvertone Cove Golf & Island Resort
PT673, Jalan Pulau Carey
Mukim Jugra
42960 Pulau Carey
Selangor Darul Ehsan
03-3123 3888


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...