Monday, May 15, 2017

Brownies Haizan Yang Sedap

Assalamualaikum..

Tak boleh la nak move on dengan Hershey’s Brownies Si Haizan ni. Teringat-ringat pulak sampai pagi ni. Sazli pon semalam cakap, ‘Rugi pulak tak makan banyak-banyak Brownies semalam dekat rumah Miera. Ni dah teringat’. HAHAHAHA. Tu laaaaa masa Sabtu tak nak makan banyak-banyak. Ahad dah tes tes tes ailio sebab teringat. I pon sebenarnya teringat jugak tapi buat-buat kental je sekental hati Anny main futsal seminggu dua kali hahahahah. Brownies Si Haizan buat I suka sebab rasa pure chocolate and tak manis level potong kaki. Tak semua eh orang boleh buat brownies yang luar rangup, dalam kenyal-kenyal lembut moist tapi manis just nice? Kebanyakkan yang I makan untuk tekak I too sweet. I tak boleh. Tapi Kaklong I ok. Manis macam mana pon dia ok. I kenot sebab semenjak kawen dengan Sazli, dia memang jenis kurang manis so I pon terikut which is bagus la kan? Ada jugak brownies yang I makan tak sedap langsung. Indah kabar dari rupa. Dalam penuh la nuts tapi rasa dia sedih. Mahal pulak tu. Yang tu I beli and tak promote pon sebab I kalau bab makan, nak bagi review macam sedap tapi sebenarnyanya tak sedap rasa tak sampai hati.  Macam Haizan punya Brownies ni duluuuuuuuuuu takde la sesedap ni. Sekarang ewah dia? Kemain lain bermaharajalela kesedapan beliau. Untuk Sabtu haritu, I mintak dengan Haizan I taknak nuts. Dia pon tau I tak suka brownies ada kacang-kacang ni. Tak sukaaaa. So dia letak cranberries and raisin. Sedaaaaaap! Ha kalau macam ni I suka.


Nampak pon dah tau sedap. Yang ni Ukuran 9 inch. I mintak potong bite size. RM50.00 untuk size ni. Atas dia memang rangup, dalam dia kenyal-kenyal. Rasa tak manis. Chocolate topping pon sedap. Eh semua la sedap!


Haizan guna Hershey’s Baking Bar Semi Sweet. Patut la sedap!



Ni la Haizan. Saaaayang dia! Suka je melayan I. Hahaha. Haizan punya kulit cantik kan? Dia pakai Anne Suraya Skincare jugak. Thank you Haizan.

Haizan duduk dekat Shah Alam. Kerja dekat TM. So sesapa yang duduk area Shah Alam and kerja dekat TM Bangsar or area berdekatan boleh la order Brownies dari Haizan atau kalau sapa yang nak delivery pon boleh tapi kena la bincang dengan Haizan eh? Korang boleh Call/WhatsApp terus dia dekat 019-3920057. Kalau whatsApp lambat reply atau bluetick tapi dia tak reply, jangan kecik hati sebab anak dia Si Kenteng suka hijack handphone dia. Call je terus. Ok? I jamin yang brownies ni memang S E D A P. Guna premium quality ingredient tapi harga dia tak mahal. Susah dah nak jumpa cake RM50.00 sekarang ni. Mana-mana semua pon mahal. If korang pergi pot luck dekat mana-mana or ada reunion ke or saja datang visit kekawan masa cuti, bawah la Brownies Haizan ni sebagai buah tangan. Semua orang confirm happy to eat. Sama la macam I. Hehe. Adoi… dah tingin pulak ni nak brownies. Acane ni?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...