Friday, June 16, 2017

IFTAR at Dewan Perdana With Family

Assalamualaikum..

Dah lamanya tak bukak puasa dekat Dewan Perdana Felda. Kalau tak dulu tetiap tahun pergi. I paling suka Apam Balik Nipis dengan Laksa Penang kalau makan dekat sana out of sekampung makanan yang dorang offer. Memacam ada weh. Serious banyaaaaaaaaaaaaaaak giler makanan, mak bapak je takde. Dulu ada Sushi, now macam dah takde pulak. Sapa ingat tragedy I dengan Apam Balik angkat tangan! Hahahaha. Setiap kali tengok Apam Balik Nipis sure I tergelak sorang-sorang memikirkan perangai merajuk yang boleh tahan mengundang and Intan yang dah pandai melawan tu. Boleh baca dekat sini. Alhamdulillah tahun ni merasa jugak sebab Abang Long and Kaklong invite. Kite kan memang anak beranak semua kerja Felda? Kah kah kah. So cukup lah 10 seat. Auliyya duduk baby chair and Aiydeen duduk dalam stroller membuta. Mak dengan De takde dekat KL, kalau tak complete dah family kitorang. TQ Abang Long and Kaklong for inviting. Puas Si Sazli dapat makan kambeng. Kambeng golek sini memang one of dia punya favorite. No 1 is Menate la. Sanggup tu dia beratur 2 3 kali sebab nak puas makan. Orang dah bersandar, dia comel je beratur lagi dekat kambing. Abang Long dari dah nak gerak balik cakap takpe la tunggu Sali. Dorang panggil Sazli tu Sali sebab dulu Amsyar tak pandai sebut Sazli. Maka among family I lekatlah nama ‘Sali’. Hahaha. Sali la, assemoga la, baaaaa (bye) la, memacam hal. Yang Sheindong tu pon asalnya Kakyang dia la bagi nama. Lekat la sampai sekarang dalam Sosial Media. Kitorang sampai Dewan Perdana time tu dah berbuka. Si Shein la buat perangai taknak mandi. Geraaaaaaam je. Padahal Bapak beliau, kambeng dah kat tekak. Nasib kambeng ada banyak lagi Shein. Kalau tak Abah kau hijau la jawabnya.


Kambing Golek pujaan hati Sazli. Tapi tahun ni I tengok dia punya queue takde la teruk sangat macam dulu.



Ni baru first time I rasa. Seafood Goreng. OMG SEDAP GILER. Dia ala-ala tempura pon ada. Makan dengan Sos CIli Thai. Udang, Sotong celup tepung dengan crabstick and segala jenis ball + sayur-sayur sekali. Memang S E D A P. I suka dia punya batter. Cukup pedas, cukup masin semua. Nora kasik 5 bintang!


Sedapnyaaaaaa!!


Ko dah kenapa kaler Bakso jadik hijau? Hahaha. Lighthing ni. Pon sedap Bakso ni. Letak sambal kicap biar banyak-banyak senang dapat sekuntum buasir bunga. Hahahaha.


Laksa tahun ni tak berapa kaw la. Kata Abang Long sebab tukar ikan. No wonder la rasa lain.


Ni je gambar bukti ada Along and Atinten sekeluarga. Dorang gerak awal sebab Aiydeen dah cranky. 


Family Photo. Shein masa ni dah bau Udang bak kata Shanom.


Makanan lain banyak sebenarnya. Tapi I ambik yang I makan jer la. Bayangkan sebesar-besar Dewan Perdana tu memang PENUHHHHHHHHHHHHHH dengan makanan. Kuih raya apa semua ada. Eh memang banyak giler la. I wonder, habes ke semua makanan ni hari-hari. Dengan ABC, Makanan Goreng, Lauk Pauk sepanjang jalan, Segala jenis Mee, Laksa, Eskrem, Kambeng Lembu eh semuaaaaaaaaa ada la. I memang tak pandai makan banyak-banyak macam ni. Rasa nak sewel. Sebelum kena sawan tarik dekat tetengah dewan tu baik I focus makan apa yang I nak jer. Hahahahha.


Tengok la besar mana Dewan Perdana ni. Ni sikit je nampak. Serious sebesar padang bola weh. Sebesar padang bola tu, keliling semua makanan. Sapa yang nak, boleh la datang. No telefon, harga semua pergi check sendiri okbye

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...