Thursday, June 15, 2017

Buka Puasa Di Kampung - Part I

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat la bukak puasa dengan Mak 3 hari untuk Puasa tahun ni. Sehari masa sambut Ramadhan 2 minggu lepas and lagi 2 hari masa balik last week. Kebetulan cuti Nuzul Quran so dapat la extend duduk Jengka lagi 2 hari. Kitorang balik Jengka Sabtu tu lewat jugak. Sebab memang plan nak sampai Jengka petang, lepas tu boleh singgah beli Air Mangga, Cucur Udang dengan Laksa Ikan Sekor dekat Bazar Ramadhan Bandar Pusat Jengka dekat gerai senior Sekolah Menengah dulu. Dah lama perati dia masukkan dalam FB menyirap je. De pulak cakap Laksa dia sedap sedap sedap sampai tetelan ailio I but akhirnyaaaaaa haritu dapat makan jugak. Norwiyana nama dia. Dulu masa sekolah I ingat dia pendiam, sekarang kemain peramah. Tapi peramah dalam FB la. Hahahaha. Sedap weh Laksa dia. Sedap gileeeeer! Jus Mangga pon sedap. Dapat rasa Mangga chunk ada dalam tu. I rasa sangat puas hati sangat dapat rasa. Masa sampai dekat Bazaar tu, Sazli and Shein tunggu dalam kereta je. I pon tak sanggup nak bawak Shein, kang dia carik pasal kang malas nak berdrama. Lagipon Jengka boleh tahan panas lepas tu lapar lagi kang ada yang dengan I sekali nanges baring atas jalan. Hahaha. Sazli mintak cari Gulai Ayam nak buat cicah dengan Murtabak Frozen kawan Bapak punya tapi boleh eh dari hujung sinun, sampai hujung sini takde? I pulak sebok mengekor Maksu kawan sekolah I nak shopping makanan dengan husband dia. Kebetulan dia sergah I time baru siap beli Air Mangga. I pegang lengan dia tak lepas sebab segan jalan sorang-sorang dengan suar senteng. Hahahaha. Sampai dekat Jengka, just nice je tak lama dah nak berbuka. Jengka ni panas jugak la wei. Tu ingat nanti nak paksa Mak pasang aircond. Kata Sazli probably sebab bumbung rumah Mak. Dia risau la Mak pergi Trawikh takot dehydrate. Mak cakap, masa dua hari lepas laaaaagi panas sampai dia baring dekat simen. Kata dia, kalau time tu I ada dekat rumah mesti jam tu jugak suruh Mak roboh rumah and buat rumah lain. Hahahahaha. Tingat dulu masa I berpantang dekat Jengka, panas dia sampai lap la peluh dekat leher. Menitis-nitis peluh… Tapi I survive.


Beli 2 mangga dapat FREE 1 air lemonade. TQ Wina!



Yang ni pulak Cucur Udang. Ke Pasembor eh? Hahahahahahha.


Yang ni Laksa sekor dari Wina. Puas hati sangat. Bagi tekak I cukup serba serbi. Cukup masam, cukup pedas. Perfect!


Sedapnyaaaaaaaaaaa. Cili Padi atas tu I yang tambah. Perah limau kasturi perrrrghhh!!

Wina ni I tengok dia meniaga macam penat sangat. Renyah tapi dia happy je. Jaga Ayah dia lagi yang kurang sihat. I agak dah paralyzed kot? Last time Ayah dia nak merasa duduk KL so dia angkut la semua barang meniaga dia ke KL dengan ayah dia sekali. Cukup 2 bulan balik semula ke Jengka. Nak bagi Ayah dia merasa hidup dekat KL katanya sebab Ayah dia request. Selalu bersedekah dia ni. Yang jual tu, juallah. Yang sedekahnya lain, yang hantar masjid lain. Tapi tu lah kan, orang rajin bersedekah sentiasa murah rezeki. Dia meniaga kalau bukan bulan puasa, bukak je meja kurang 3 jam dah setel semua lauk/pauk and makanan. Laku sangat-sangat. Haritu dia holiday bawak Ayah dia and satu keluarga naik van ke Langkawi. Naik cable car and angkut ayah dia sekali naik sampai keatas dengan wheelchair. Macam tu sekali dia jaga Ayah dia. Allah hai… Sebak I tengok kebaikan anak-anak pada Mak/Ayah macam ni. Sungguh. I sendiri mampu ke jadik macam tu? Sama macam Bapak. Dia pon every month, 10 days dia balik Kedah and mengasuh Tok Cak. Masak nasik, suapkan makan, mandikan, pakaikan pampers, basuhkan kencing berak, bawak tido, layan borak, tido sama-sama dengan Tok. Bapak buat macam tu dekat Mak dia. Bapak pon dah 65 tahun bukan muda lagi tapi Allah bagi dia chance berbakti pada Mak dia. Kena ingat, Bapak tu lelaki. Susah susah susaaaaaaaaaaah nak cari lelaki macam Bapak. Harap Sazli and Shein ikutlah peribadi Bapak. I tengok Sazli now pon macam tu dengan orang tua dia. Alhamdulillah. Kot nanti bila I dah tua, Shein jaga I macam Bapak jaga Tok Chak, mana tau kan? **Sebak.

Aduh. Tak boleh nak taip. Sebak. To be continued.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...