Wednesday, June 14, 2017

Ozeki With Ellis

Assalamualaikum…

Asalnya plan nak bukak puasa dengan Anny and Ellis. Tetiba last minute Si Anny tak boleh nak join sebab car seat Ayden ada dalam kereta Alan. Dah tu takkan Ayden nak dibiarkan bermaharajalela dalam kereta? Mau kang nanti dia pulak tetiba nak drive and Anny duduk tepi jadik penumpang. Alan punya flight pulak delay, 6.30pm baru touch down Subang so Good-bye, kitorang je lah makan sedap dulu eh? Masa Si Anny cancel hati ini dah berbunga riang sebab tekak I dah lama tingin nak makan steak dekat VS tapi Si Anny bukan makan steak, Ellis pon kurang. Tetiba Ellis cakap dia tingin nak makan dekat Ozeki, terus I setuju. Hahaha. Padahal tadi beria nak makan steak, cepat betul hati berubah. Macam haritu suka dekat Zul Ariffin, ni tetiba suka dekat Fattah Amin pulak lepas tengok Cinderella tu. Memula biasa je lepas tu De la influence cakap romentik la apa la dah aku pon suka. Sekelip mata hatiku berubah. Hahahaha. I dah lama giler tak makan dekat Ozeki sampai dah tak teringat lansung. Bila Ellis cakap Ozeki punyalah I happy… Macam mana la boleh lupa. I cakap pada Ellis, I nak makan banyak and nak order menda lain pulak. Tapi sudahnya tetap order yang sama tapi ada la sejenis menu baru kitorang order. Pooooon sedap weh! Sedap giler! Kena masuk dalam list wajib order. Taip ni pon telan ailio.


Inilah dia Eringi Gyoza Hasami Age – RM19.00 harga beliau. S E D A P.



Kasik gambar lagi satu la. This one is deep fried king mushroom and chicken meat with wasabi cocktail dipping sauce. Sedapnya lahai.


Kasik close up skek. Dapat la makan seorang dua. Patut 4 ni I sorang punya takyah share. Baru puas.


Yang ni memang WAJIB ORDER. Ozeki New Style Sashimi – RM78.00. Konsep dia is Japan meet Italy. Tempat lain memang takdak. I cakap I taknak share tapi Ellis buat-buat pekak.


Subhanallah sedapnya


Ellis cakap taknak makan Bento so dia order Gyudon – RM32.00


Yang ni memang favorite I. Memula tak boleh nak decide nak ayam ke seafood tapi that day ayam menang. Teipan Chicken Teishoku – RM35.00. . I mintak extra kuah. Tengok la tu punya sedap.


Order time lapar memang rasa tak cukup la. So order pulak Salmon Avocado Temari Sushi – RM28.00. Round sushi with premium salmon, avocado and blueberry


Close up sikit. Harap jangan ada yang menanges.


For Dessert I order Green Tea Ice Cream RM8 + red bean RM5.00. Cakap kat waiter nak semua datang sekaligus. Punya tamak aku pon taktau la. 

Tersampai awal dekat Ozeki. Lepas order aku pandang kau, kau pandang aku. Sudahnya kitorang berjalan kaki dari Ozeki ke KLCC and pergi Kens sebab nak beli serum best yang Anny suggest. Nama serum tu ialah Dr Sebagh. Memang best giler. Harga sapa nak tau kena la google sendiri. Sebab tak sampai hati nak taip dekat sini. I wonder, ada tak locam serum yang sehebat Dr Sebagh ni. Korang kalau nak cari serum, cari yang dalam dia ada hyaluronic acid. Yang tu memang bagus. Tapi harga dia pon usually memang sangat bagus jugak. Hahahahahaha.


 Dari aku pandang kau, kau pandang aku. Moh la kita pergi KLCC.


Baik ambik gambar sebelum makanan lain sampai and penuh satu meja.

Now dah rasa macam tingin lagi pulak nak makan kt Ozeki. Nak ajak la Sazli. Dia tak pernah makan dekat sini. Sian dia. Mesti Sazli suka ni. Especially New Style Sashimi tu. Nak pergi bukak puasa susah sikit sebab nanti Sazli rushing nak pergi Trawikh + Shein pon kalau sekolah, bulan puasa entah kenapa dia pulak lelebih ngantuk. Nanti tido, dia yang pesan. ‘Close your eyes Mama. Like this’. Hahaha. Bagi henpon suruh tengok Youtube pon dia pulang balik cakap ‘Am doneeeeeee. Daaaaaaaah’. Dengan I sekali dia ambik henpon suruh letak tepi. Guboy Shein! Bagus jugak tido awal, esok pagi boleh la sebok-sebok bangun sahur T____T Hahahaha. InsyaAllah one day, Mama bawak Shein and Abah makan dekat sini ok? Mama belanja. Kita order New Style Sashimi sorang satu sebab confirm akan berebut nanti kbye.

Ozeki Tokyo Cuisine
Menara TA One, Ground Floor
22, Jalan P Ramlee
50250 Kuala Lumpur
03-21664263
Business Hour :
Lunch 12.00 – 2.30pm
Dinner : 6.30pm – 11.00p,

-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Dyba Dbuh said...

bwk dyba sekali eh kaksu..xpenah jugak makan sini ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...