Tuesday, June 13, 2017

Kisah Shein dan Nasi Goreng

Assalamualaikum..

Weekend bebaru kitorang balik Jengka 3 hari. Best la dapat bukak puasa dengan Mak 2 hari. Lagi best time sahur dapat la sehari tu tinggal bangun, cuci muka terus bersila makan. Heavennyaaaaaaa. Biasa I yang bangun kejut Sazli 3 kali. 3 kali ok baru bangun? Geram je. Kata Sazli dekat Mak, ‘Takper Mak. Masa Su kejut kali pertama tu takyah bangun sebab lepas tu dia mesti datang balik hahahahha’. Eeeee jahatnya. Kekadang I cakap ‘U, dah pukul 5 suku ni. Bangunlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’. Kekadang saja je buat gempak. Padahal tak 5 suku pon lagi. Kena cakap macam tu, kalau tak punya liat nak bangun. Kekadang geram jugak. I nanti sehari nak buat macam ni. Kejut sekali tak bangun, kejut dua kali tak bangun, kejut 3 kali tak bangun I lantakkan ajer. Biar dia tak sahur. P A D A N  M U K E. Dulu I ingat masa kekecik, I punya perangai macam Sazli la. Kejut sekali mana maunya I bangun. Padahal yang tukang kejut tu boleh tahan dia goyang sampai terkejut roh I masuk dalam badan. Goyang tak ingat punya sampai bergegar satu badan. Pundek betul. Sampai hati ko De kejut aku macam tu. I takde pon rasa nak kejut Sazli ganas-ganas. Penuh kelembutan je. Tapi masuk kali ketiga tak bangun-bangun jugak memang high pitch naik. Sazli ni kalau Bapak kejut, sekali je bangun. Takot lettew. Dengan I dia tak heran. Siap dia lepas ni memang I lantakkan ajer biar dia lapar. Hahahahah. Tapi sian jugak. Takot nanti dia bukak puasa lepak pulak. Sazli jenis bulan puasa memang bizi. Isyak and Trawikh sebolehnya dia buat dekat surau. Sebab tu dia kurang kalau ajak bukak puasa dekat luar. Kata dia sayang dengan nikmat bulan Ramadhan. Love you. **tetiba


Ni budak tak puasa ni, sebab dia tak puasa kena la masak sendiri. Hahaha.


I ada video Shein masak nasi goreng ni. Nanti I compile and masukkan dalam IG. Kata Mak, ‘Pecah la lesung batu atok tu Shein’. Memang pon. Shein kalau tumbuk bapak la kuat. Dah la main tumbuk je semua. Habes nasik dengan kacang panjang pon dia nak tumbuk masuk dalam lesung batu. Haritu beria cerita dekat Abah dia, ‘Abah come come. Shein ni!’ Sambil tunjuk tangan sebelah genggam macam penumbuk and tumbuk dekat tangan sebelah lagi. Nak cerita dia masaaaaaak. Hahahahaha. I kasik je Shein buat apapa sekarang ni. Ikut Sazli semua tak boleh. Masak tak boleh, main bunga api tak boleh. Dia risau. I pon takde la main bagi je and of coz la I pantau and duduk dekat and pastikan Shein selamat. I suka kalau Shein try semua menda. Esok lusa rumah dah siap, I nak bake cake dengan Shein pulak. Biar dia buat yang macam mana dia suka. Kita nak main deco-deco cupcake. Mesti Shein suka. Nanti kalau dia dah pandai sikit lagi, dia je la jadik cameraman I berangan dekat dapur. Memang I dah pasang impian nanti rumah nak ada island and berangan buat cooking show. Lantak la. Sazli kena la tunaikan impian I kalau dia sayang. Hihihi.


Ko ni Shein, rambut dah macam apa je. Dah ler bau udang. Nama nak Shein je.


Terhasillah ‘Nasi Goreng Shein’. Yang hijau-hijau tu kacang panjang. I sebolehnya nak Shein ambik green dalam setiap meal dia. Dekat sekolah boleh makan big chunk, dekat rumah dia taknak. So I potong la kecik-kecik bagi Shein nak makan. Asalkan ada green. Resepi senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk. Pecahkan telur lepas tu masukkan nasik. Baru la masukkan garam and last sekali sayur. Nampak bodoh tapi awas ye? Sedap nak mampos.


Ni Nasi Goreng Air Mata I masak masa sahur Sabtu tu. Sama je macam Nasi Goreng Shein tapi tambak 20 tangkai cili padi biar cirit birit sebab pedas, Hahaha. Cuma ikan bilis I goreng asing and letak hujung sudu serbuk kunyit. Makan dengan telur goyang. Peeeerrrrrrghhhhh cenggini!

Merana perut I siang tu sakit sebab makan pedas time sahur. Serik dah I. I ni nasik goreng memang suka. Asalkan nasiknya jangan lembik and jangan pakai cili boh. Dulu masa kecik, mak buat perencah guna lada kering tumbuk lepas tu letak belacan sikit omagad sedapnyaaaaa. Tingin nak buat tapi nak menumbuk cili kering tu M A L A S. Tengok la nanti petang kalau rajin I nak buat perencah siap-siap nanti esok pagi tinggal tumis je. Sazli tu suka la kalau I buat nasi goreng. Sian dia minggu lepas banyak makan lauk I beli je. Nak makan sambal hari-hari Sazli ok, yang tak ok Siti Nohaliza korang ni. I kekadang minum milo and pisang je for sahur. Malas dah nak makan nasik. Malas nak ngunyah pagi-pagi. Tekak nak makan nasi goreng, tapi takde perasaan nak masak pagi-pagi. Lagipon bulan puasa I penat la. Serious. Kekadang pukul 9.30pm dah gol. I dulu sampai Hongkong dari Shein. Shein pulak yang pok-pok I tidokan. Hahahahaha. Dia boleh la. Time bulan puasa ni berapa hari masuk sekolah pukul 10.00am. Sama naik dengan Sazli bangun lewat. Bila Miss Ainur tanya kenapa lambat Abah Shein jawab ‘Malam tadi Shein kiamulai’. HAHAHAHAHHAHA.


-eNd-

1 comment:

Amanda Suria said...

Terus rasa teringin makan nasi goreng..nak buat la sahur kang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...