Tuesday, June 20, 2017

Scalp Treatment for Mama and Hair Cutting for Shein

Assalamualaikum..

Hari Sabtu minggu lepas, lepas Shein bangun tido, siap poo-poo semua lepas tu kita shower dengan shark and Ultraman, gaduh semua sampai Abah dia nak tido pon tak senang, lepas tu kita dua dating pergi buat hair treatment dekat Lavina’s. Baru ada time nak buat scalp treatment. Kata Ain, kepala I ada ‘kerak’. Biadap betul hahaha. Dulu masa dekat Langkawi I paksa dia carik uban. Lepas tu dia busuk hati ambik gambar ‘kerak’ I last-last henpon dia kena format ke apa entah. Hilang semua gambar. Padan muka. Hahahahaha. Ni lepas buat scalp treatment rasa la kulit kepala fresh and tak gatal dah. Korang yang mana ada masalah kelemumur and pakai memacam shampoo tak jalan, buat la scalp treatment. Usually yang kelemumur ni sebab kulit kepala berminyak. Jenis tak cuci sehari pon dah merenyam macam ada kutu’s. Lepas tu garu sampai berdarah. Kan? Ke aku sorang je buat perangai garu kepala sampai pedih? Haha. Untuk yang ada masalah kulit kepala berminyak/kelemumur/kerak whatever you call, kena cecepat buat treatment ok? Sebab nanti rambut akan mula gugur and menipis. Macam dekat Lavina’s ni treatment dia less than RM150.00 sangat la murah. Lepas treatment ni I tengok macam mana. If dah ok, I nak buat la every alternate month. Lepas buat scalp treatment rasa lega M E N Y E S A L tak buat dari dulu. Kalau tak kekadang gatal dia subhanallah. Korang nanti carik la mana-mana salon yang ada offer scalp treatment. Dulu Groupon selalu offer discount dekat salon. Now pepandai la korang cari sendiri.


Dah alang-alang tu kata Sazli potong la rambut Shein sekali. Potong depan rata macam ala-ala Kpop lepas tu belakang kenteng macam Awie. So konsep rambut Shein ni Malaysia vs Korea la. Acewah.



Bawak Shein pergi salon ni boleh tahan mengundang. Duduk mana diam. Pusing kerusi la, panjat I la. Duduk tak diam. Dah la pagi tu buat janji memandai.’Mama, Shower, cikes, water aikrim’. Maksud dia, lepas mandi dia nak ayam and air milo la. Water aikrim tu is Milo ice. Cikes tu dia nak ayam goreng McD. I memang plan nak bawak Shein sebab kasik la Sazli rehat. Sian dia straight Monday – Friday siapkan Shein pergi sekolah, mandikan semua and jemput so weekend bila Shein dengan Mama, Mama handle Shein 100% la. Tapi kata Sazli dia suka je handle Shein (time tak buat perangai sahaja) Sebab Shein ni kekadang dah dalam toilet siap bukak baju pon kekadang boleh keluar balik toilet carik pasal taknak mandi. menyirap menyoren je. So siap berperang semua, kitorang terus la beli Mc Donald and Milo Ice. Tak bagus pon sebenarnya tapi once a month I kasik jugak. Sian pulak dia asyik mintak je. Sampai dekat salon, dia makan tak berenti sampai Si Moon cakap ‘Sudah la Shein makan’. Hahahahaha. 


Ni Si Monica suruh Shein pejam mata. Dia pejam sebelah je sebab sebelah lagi tengok Youtube. Hahaha. 


I cakap, ‘Shein, focus Shein. Focus’. Lepas tu dia balas balik. ‘Focus Mama, Ok?’ Ngek.


Untuk Scalp Treatment, memula kulit kepala akan disapu dengan krim khas lepas tu urut-urut kasik krim tu absorb, balut kepala dengan wrapping plastic and lepas tu panaskan guna machine ni. Ni stim ke eh? I pon tak sure. Tapi rasa panas la kepala. Shein pon time ni la nak duduk atas riba.

Masalah utama kalau bawak Shein pergi potong rambut selain dari Barber Ampang Jaya is dorang cakap ‘Ala, sayangnya nak potong rambut. Takyah la potong’. Maka itulah yang terjadik pada Shein pada hari tersebut. Kata Monica, dia sayang nak potong. I pon cakap Ok je la. Takde masalah. Nanti petang kita pergi our Barber untuk potong sikit dekat belakang. Shein ni kalau dia buat bun memang hensem kot? Tapi rambut dia, dia tak kasik ikat. Kekadang dah berpeluh pon taknak ikat. Dah macam apa je nampak. Kan ke comel buat bun? Baru la styloooooo. Monica potong depan je. Nampak macam senang nak potong depan tu kan? Tapi susah eh… Susah nak dapat kemas straight tu. Macam Shein, bahagian tepi kena nampak telinga. Belakang tu pakkal la Baba dia bising tak bagi biar panjang. Ikut Abah dia, memang dah sama naik kot rambut panjang dengan Abah dia.



Back to our Barber untuk potong tepi telinga and potong sikit dekat belakang. The END.

-eNd-

No comments: