Thursday, July 6, 2017

Happy Birthday Kak Kiah!

Assalamualaikum…

HAPPY BIRTHDAY for Kak Kiah korang ni. Yang keberapa tu rahsiaaaaaaaaaaaaa. Age doesn’t matter, yang penting macam mana nak menten kurus dan cantik. Kena pandai jaga penampilan dan kena pandai jaga badan. Nak kulit cantik dari dalam makan lah Transbella. Nak kulit wajah flawless pakailah ANNESURAYA SKINCARE. Now ada promo, beli 1 set dapat FREE Bar cleanser eh? RM90.00 je FREE  POSTAGE.Transbella pulak RM70 sahaja sebotol. Taknak ker cantik macam Kak Kiah korang ni? Air kosong jangan lupa minum. Ambik at least 8 gelas sehari. Kasik kulit keep lembap and sebenarnya minum air kosong ni bagus untuk kesihatan badan. Cuba tanya orang yang menten cantik apa rahsia dia, senang je. Air kosong lepas tu jangan gemok. InsyaAllah nampak la always jelita macam Kak Kiah. Kekadang kita ni nak menten badan, kena ada orang yang encourage. Kena ada orang selalu azan dekat telinga supaya consistent. Macam I, Kak Kiah la selalu memetir. Haritu masuk cuti beraya dia dah tanya ‘Ko makan banyak eh Suraya? Ko berat berapa?’ Naseb masa timbang menten je berat. Kalau naik, takot jugak nak menjawab dengan Guru Besar nkorang ni tapi sebenarnya betul. Badan kena jaga. Suami tu kekadang dia cakap je dia terima kita seadanya. Debab ke apa ke takpe, tapi bila tengok pempuan ramai anak, dah berusia tapi still pasang badan, dorang sure rasa kagum. Cuma maybe tak sebut sebab nak jaga hati and takot bini terasa. Kan? I pon kalau boleh nak kurus 53-55kg tapi rasa macam tak mampu dah. Boleh je, tapi agak seksa la sebab musim raya ni makannya sedap-sedap. Dah tu acane? Takkan nak tengok je? Tapi naseb baik la ada HOC so takde la dapat makan banyak sangat. Korang mana yang takot over makan time Open House, pakai HOC ok? Now harga RM130 je sehelai. WhatsApp I dekat 012-9184042 untuk order. Semua size, semua kaler available. Gitu intro birthday Kak Kiah tapi dia sesambil promote business. Hahahaha.


Happy Birthday Madu dan Racun hidupku. Hahahaha. Allah temukan kita ada sebab. Friendship yang ada ups and down, business dan jugak alarm clock yang menjaga berat badan Siti Nohaliza. Kah kah kah.


I dengan Anny bukan takde gaduh. Ada. Selisih pendapat, tak puas hati, merajuk semua ada. Tapi senang setel sebab kitorang ni sama-sama jenis suka cepat setel. Marah, gaduh semua lepas tu 2 3 hari ‘Hi, buat apa?’ Tanya macam takde apapapa. Hahahaha. Memang macam tu. Kalau suami isteri ni talak lebih 3 dah ni. Dah kena guna Cina Buta dah tapi Alhamdulillah lepas tu ok. Forgive and forget. Nak gaduh, dendam tahap mana? Esok lusa mati jugak. Jangan bawak dendam sampai mati. Tak baik macam tu. Tu la selalu I cakap dengan Anny macam mana nak forgive and forget, macam mana nak move on, macam mana nak self-respect dan jugak macam mana nak handle Ego. Macam mana nak buang rasa benci, macam mana nak bersihkan hati. Penat la kekadang nak handle issue yang tak abes-abes. Macam Si Anny ni pon kalau dia tak puas hati dia blasts out je semua. Takde dah dia simpan. Sebab tu ada je yang berpatah arang dengan dia sumpah kiamat pon takkan tegur dah tapi Anny ni nanti mula la nak kawan balik sebab takot la dia bila baca dalam buku-buku pasal putuskan silaturrahim. I encourage dia untuk mintak maaf and buang ego. Dia ikut… Makan jugak nasihat tapi nanti kalau ada yang ignore mula la dia tak puas hati. Tapi takper la, you’ve done your part. At least akhirat nanti kalau Allah tanya, dia tau apa nak jawab. Solat, jangan lupa mintak Allah show jalan yang lurus. Tanya lah Dia, Dia ada semua jawapan. Mintak sungguh-sungguh, Dia dengar.

Anny is not a perfect person. Tapi I terima dia seadanya. Kekadang dia ni malu tak kena tempat, level confident ke lantai, cakap pon suara slow macam dia paling buruk dalam dunia (according to her la). Tapi kalau ada setan rasuk, joget tengah KLCC pon boleh, tarik rambut orang pon boleh hahahha. Kang kalau dia jerit, mau pecah speaker phone. She is like that. Anny baik, she is a good friend indeed. So mana yang dia silap bab lain, kita tampung la dengan friendship yang dia dah offer. InsyaAllah semua ok. Manusia mana yang tak buat silap? Siapa yang sempurna kan? Kita bukan Nabi takde buat silap. Yang penting balik pada hati. Satu silap orang, jangan kita lupa 1,000 lagi kebaikan yang dia pernah buat. Hidup tak lama sahabat…. Buang lah dendam, leraikan sengketa… Maaf dan memaafi InsyaAllah hati kita lebih tenang, senyum lebih sempurna. Gitu ucapan birthday aku sikit lagi nak lawan Ostajah Nobayah.



Kekadang kau annoying bila tak abes-abes kutuk aku main futsal macam kuda kepang. Takde chance je Anny. Ada chance ko tau la aku level mana. Chewah!


Pening kepala fikir nak bawak Kak Kiah ko makan kat mana. Dia ni Steak tak gemar, Japanese and Korean kureng, so bawak la dia makan tempat ada pizza. Roti-roti dia suka. So I decide bawak Anny ke Troika Sky Dining. Makan dekat Strato Italian Restaurant. Sini ada 4 restaurant. Strato, Claret, Cantaloupe and Fuego. Fuego bukak time malam je. View malam lagi cantik.


Ni sebelum makanan sampai, kita akan dapat. Roti dengan Olive Oil.


For Starter I pilih Prawn Octopus ni. RM35.00 harga dia. Memang sedap!


Yang ni pulak Garganelli. Kalau dalam menu dia tulis Orecchiette, Vongole, Smoked Duck Bacon, Red Chilli, Parsley, Roasted Bread Crumb. Terbeliat lidah nak menyebut.


Kasik lagi satu gambar sebab beliau sedap. Harga RM50.00. I mintak ni sebab nak pasta yang creamy. I imagine Olio kalau Italian Restaurant macam ni kot dia bedal letak Chili Flakes dengan Olive Oil je, aje mampos nak telan.


Pizza dia sedap weh! S E D A P. Yang ni Pizza Seafood. Harga RM45.00 sahaja.


Kak Kiah kau ni manjang la bizi. Dia ok je apa I order. Kata Anny, ‘Suraya habeskan pasta ni. Seketul tu harga dia RM2.50, aku dah kira dah’. Hahahaha.


Naseb baik la tak beria order Antipasti bebanyak. Ikut I, Soup pon I nak order. Kalau tak nak sumbat ikut mana? Sebab tu if nak makan, kena beringat and order jangan ikut nafsu. Nanti membazir. (Caption takde kena mengena dengan gambar)


Strato ni terletak di Level 24 so nampak la view macam ni. Ni siang. Kalau malam makan dekat Fuego lagi la cantik.


Cantik kan? Sini memang exclusive sikit. Tak silap I, bebudak tak boleh makan dekat sini. No sandal, no shorts pants. Kalau nak makan sini, better call dulu for reservation ok?


Strato ni agak seram la nak panjat sebab tangga dia pusing-pusing macam ni lepas tu goyang-goyang. Fuh! Naseb tak terpelecok. Kalau jatuh, jangan lupa buat-buat pengsan ok?


Taktau nak belikan apa untuk Anny. Gamble je pergi KLCC dengan Intan. Lepas tu I belikan Anny Swarovski bangle. Tu pon gaduh-gaduh dengan Intan. Dia tak abes-abes suruh ambik cincin rose gold. Taknak laaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Orang nak gelang! Hahahah. Anny suka! Kata dia, dia memang dah lama aim… ‘Suraya, nanti aku belikan kau satu ok? Pakai sama-sama’.

Seronok dapat makan spend time sama-sama macam ni. Anny tanya I, ‘Suraya, kau happy tak?’ Eh, kita buat untuk birthday dia, dia tanya kita happy ke tak. Hahahahaha. Happy Birthday Anny Sahabatku. Sorry nothing fancy macam kau buat untuk aku last year masa birthday aku tapi ko kena happy and terima seadanya. Ok? Hahahaha. Cantik dia semalam pakai baju merelip. Macam Zizie Ezzette dah gayanya. Lagi 10 tahun confirm kau Datin Anny dah.  Aku pulak Puan Sri. HAHAHAHAHHAHAHA. Taknak kalah. Sorry sebab aku kekadang annoying, moody, cepat naik hantu dan kau terpaksa sabar lebih, sama macam aku sabar time ko kena rasuk dengan Nyiang Rapik. Ok? Kita sahabat sampai ke liang lahad. Bunyik agak seram tapi itu la hakikatnya. Aku doakan semoga semua impian ko akan jadik kenyataan dan Allah permudahkan urusan ko dunia dan akhirat. Ok? Semua orang cakap amin sekarang supaya cukup 40 orang nanti doa tu malaikat angkat kelangit. Thank you for everything Anny. Love U!

-eNd-

No comments: