Thursday, July 6, 2017

Shein, Altaav, Phuket

Assalamualaikum..

Hi kawan-kawan semua. hujung bulan ni InsyaAllah Shein and Altaav akan pergi holiday ke Phuket bersama family masing-masing for 5D4N (Baik pergi Jepun kalau lama macam ni). So sesiapa yang pernah pergi Phuket and ada tempat nak suggest makan dekat mana (makan paling penting ok), nak buat activity apa, nak sewa kereta and Harley Davidson (hahaha) dekat mana boleh suggest pada Shein and Altaav ok? Flight ticket dah book and hotel pon dah ada. So hotel takyah suggest la. Takot ada yang lagi best nanti jiwa kacau pulak. Hahaha. Tapi menurut Travel Agent kitorang yang garang tu, hotel yang nak stay nanti yang paling best. Dia kata laaaaaaaaaa. Harap dia tak tipu kite la. Kata Intan, jangan lupa tengok Show Maknyah. Ni bukan sembarangan show sebab stage dia ala-ala dekat Istana Budaya. Kira professional show la.  Mama Shein nampaknya looking forward yang tu. Sebenarnya takde idea lagi nak buat apa. Travel Agent punya wife tugas dia sediakan itinerary, tengok experience dia pergi Europe 2 tahun sekali, InsyaAllah boleh percaya tu. Hehe. Naseb baik flight 1 jam 10 minutes je. Kalau lagi lama, MATI LAAAAAAAA. Hahaha. Pakkal la 1,000KM KL-Phuket. Kalau tak, memang aku ajak naik kereta jer. Takot la nak naik Kapalterbang. 


Both Minion Fans. TQ Uncle Khatiq belikan Shein binocular menan ni.





Shein, macam mana engkau teropong tu?


Haaaa baru betul.

Perbincangan awal pon dah keras-keras dah perut. Atiq, Aliah, Sazli semua kongang la. Si Saz cakap, ‘Nanti kita pergi Phuket tu musim apa?’ HAHAHAHA. Apa dia dia ingat Phuket tu negara 4 musim ke? Yang si Khatiq suggest sewa Innova. I cakap I taknak sebab Innova tu jenama Teh. Khatiq tak percaya. Dia suruh I kasik bukti. Bila I tunjuk gambar Teh Innova baru dia tau. ‘Adoi, ada pulak teh jenama Innova’. HAHAHAHA. Si Sazli pulak cakap, ‘Wei, sewa MPV la. Aliah tu drama Queen. 4 malam, 4 handbag nanti mana nak buat kereta!’. Tu sorang lagi lampi. Kata Khatiq, ‘Innova tu MPV la bongok!’. Si Khatiq tulis ‘Aku ada cadangan’. Tak siap tulis lagi Sazli dah reply ‘Tak Setuju!’ Bongoklaaaaaaaaa memasing Ya Allah. Taktau la nanti macam mana trip kitorang ni. Baru discuss dah memacam hal. Harap ok la semua. Dramatic sikit-sikit ok la sebab semua terpulang pada level kerjasama Altaav dengan Shein jugak nanti. Haritu masa makan sama, nak balik dah drama. Si Altaav nak salam, Shein taknak. Daaaaah berkejar sorang lari, sorang nanges dekat MyTown tu. Naseb last-last ok Shein nak salam. Dia punya babai kemain. Shein memula panggil Altaav = Atan. Sesedap Mommy Daddy dia kasik Altaav sesuka Shein panggil Atan. Tapi ni dah ok dah dia sebut Altaav.

Korang boleh leave comment dekat entry ni or email I dekat surayasulatin@gmail.com untuk any suggestion dekat Phuket nanti. Phuket jeeeeeee pon. Bukan London pon. Eh biarlaaaaaaaaaaaaaa. Janji holiday. Haha.

-eNd-

2 comments:

Illy Ariffin said...

have fun kak su!! illy gi hujung bulan 8 kalau tak bole dating kat sana haha <3

Nur Aishah said...

su..nak suggest byk2 pun, aritu masa p phuket....aci redah je..tadek travel agent2 bagai(#tddmka).HAHA. tapi shud p makan kat SANSABAI halal rest k..dkt2 HRC sana..pstu jgn lupa oda isi ketam dia masak dry curry.. sodap omangaiiii... pastu nak rent kete sewa kena tggal pespot..tu rasa debor2 sikit. kalau u ols ok tggl pespot..then ok.. try cr yg xyah tggl pespot.. tapi depo mahal nak meninggal! bkn apa,buatnya di dajalnya letak pespot kita atas mayat kene semelih..huarrghh.. dah jadi OKT(org kena tuduh). snorkeling kat belah2 sana pun... agak2 mencabar sbb laut dia bkn mcm laut msia..laut china selatan, selat melaka... dia dh kena2 launtan andaman.. masa kami pegi, siap dolphin kejar boat! jgn ajet dolphin yg comel mcm citer freewilly tu ye ..ni dolphin kacukan mawas! haa besauuu!.serammm!! baca yassin 15 ayat petama sebagai pelindung. hehehe. su lagi satu.(eh mcm byk kali LAGI SATU?).. kalau nak beli tiset souvenir kain quality2.. su try tnya agent su tu bawa p town phuket. bkn area patong beach. Tp mmg tak igt nama kedai. kedai dia mmg produce HRC pnya tiset! kalau agent biasa lah kot. sbb ramai agent bawa tourist soping sana! HRC pnya tiset quality sana, torbaekk..sehelai dlm BAHT250 jek! have fun su!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...