Monday, June 25, 2018

Resepi Burito's Yang Sedap!

Publish : 4/7/2017
Re-Publish : 25/7/2018

Kot ada sesapa nak buat makan-makan and nak kelainan. Kan?

Assalamualaikum.

Sehari sebelum Raya, Mak Azizah request nak makan Burito's. I pernah buatkan dia sekali dulu. Lepas tu Mak suka... Ni dia mintak buat lagi lepas tu I carik bahan dekat Giant Ampang Point so boleh la buat.. Haritu ada share dalam instagram tapi ada jugak yang cakap tak berapa detail katanya. Nak juga eh mengkome jenis gambar step by step? Naseb la masa Jumaat balik dari Jengka, Sazli mintak repeat buat sebab haritu dia tak puas makan. So boleh la snap gambar step by step. Ni I kasik resepi untuk buat guna seekor ayam ok? Boleh buat lebih kurang dalam 20 wrap macam tu terpulang kepada kegemukan Burito's memasing. Inti dia ni korang boleh letak dalam fridge if tak habes. Nanti bebila lapar, boleh makan. Please ikut sama sebijik sejiban macam I bagi ni InsyaAllah sedap dan lazat. Jangan mengada nak improvise nanti lain rasa marah I pulak.  Boleh la buat makan bebila korang nak. Senang je. Makan Tortilla ni memang kenyang. Jumaat tu, Sazli and Mak memang makan ni je dari siang bawak ke malam. I pon suka sebab simple tapi sedap. Walaupon Ain berbulu je sebab I selalu cakap I masak sedap tapi semua orang kena redha lah ye? Dah memang sedap, nak buat macam mana. Kah kah kah. Kot ada yang nak jamu kekawan makan sempena raya pon boleh. Confirm dorang suka. Caya la cakap I. Alip lam lam ha tulis dekat dada.


Ni batch kedua buat I guna chicken ribs. Korang boleh guna mana-mana bahagian favorite memasing. Takde hal. Suka dada guna dada, suka peha boleh guna peha. Ok? Lepas rebus, boleh siat-siat macam nak buat soto tu.



Bahan-bahan

Seekor ayam – Direbus dengan air. Takyah garam semua. Air kosong je
Minyak untuk menumis agak-agak je banyak mana
Bawang besar kuning – 3 bijik dihiris nipis
Selabu bawang putih – Di hiris nipis
Capsicum merah, kuning, hijau sebiji each – Potong ikut suka
2 bekas cendawan butang fresh – Dihiris
Segenggam gemok daun ketumbar – Dibersihkan dan dipotong setengah inch
Lada hitam – Ditumbuk
Jintan manis, jintan putih, ketumbar sesudu each – Disangai dan ditumbuk
Dua cube ayam
4 sudu sos tiram
Tortilla Wrap jenis Mission (original)
Sos Cili/Hot Sauce


Capsicum ni I layukan sikit. Masukkan minyak dalam dua sudu and lepas tu masak dalam 3 minutes. Angkat.


Minyak balance saute capsicum tadi masukkan cendawan butang. Penting ni eh sebab nak buang air cendawan ni. Kalau tak nanti dia berkuah pulak. Jangan masak lama sangat, cukup sampai dia keluar air je.


Half dari bawang besar kuning tadi kita tumis bersama dengan bawang putih.


Lepas tu masukkan ayam yang disiat tadi. Kalau I, I suka ayam seekor sebab nanti takde la dry sangat ayam tu kalau guna bahagian dada je. Lepas tu masukkan 2 cube ayam dengan 4 sudu sos tiram.


Masak takyah lama sebab ayam tu pon dah masak. Lepas tu masukkan cendawan, capsicum and balance bawang besar tadi pulak. Lepas tu taburkan 3 sudu ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang kita sangai dan tumbuk and sesudu lada hitam.


Tutupkan api and masukkan separuh dari daun ketumbar. Daun ketumbar memang kena banyak, ni la rahsia sedapnya Burito's ni ok?


Sejukkan. Kalau tak sejukkan nanti melecur la tangan kau nak wrap tortilla panas-panas. Hahaha.


Guna Mission Wraps orginal je. Takyah guna yang garlic, chives or jenis-jenis lain sebab nanti dia terkoyak masa gulong. Not nice. Sebungkus ni ada 8 helai wraps.


Ambik roti tortilla tu and letak dalam 3 sudu inti burito's. Nak gemok boleh letak lebih, takde hal. Lepas tu letak la daun ketumbar lagi atas dia. Gulong macam gulong popiah tu tapi takyah katup hujung dia. I guna telur untuk gam tortilla ni. Kalau tak letak telur pon molek je dia tak terbukak tapi kena handle with care time goreng.

Panaskan kuali leper and letak dalam 4 sudu minyak. Kena letak minyak untuk kasik garing. Jangan poyo walaupon guna non stick pan konon takyah minyak nanti tak sedap. If guna butter, I rasa macam over power pulak rasa dia. Cukup gunakan minyak sahaja. Lepas tu masukkan burito's tadi. Alih dua kali je. Tak yah alih banyak-banyak kali supaya dia tak soggy serap minyak and wrap ni tak terbukak. I suka garing-garing. Dah garing, boleh hidangkan. OMG rindu pulak nak makan. Sedapnyaaaaaaaaaaaaa!!!


Siap! I suka letak sos macam ni and letak tabasco/hot sauce jugak. Sedap! Kalau Mak, dia tak suka letak apapa sos. Terpulang pada korang.


Keratan rentas bahagian dalam.

Jom tengok cara buat #buritos my style menggunakan resepi BIL chef 👨🏻‍🍳 @rahimjusoh63. . Memula ayam direbus (bahagian dada) dan disiat-siat macam nak buat soto tu. . Panaskan minyak, tumis bawang besar and bawang putih. Masukkan sos tiram, cuba ayam, gula sikit dan lada hitam kemudian masukkan ayam yang disiat tadi. Lepas tu masukkan capsicum 3 warna, cendawan butang (yang di sauté terlebih dahulu untuk buang air) and more bawang besar. Masak sampai layu. . Then masukkan ketumbar, jintan manis and jintan putih yg disangai and ditumbuk.  Last sekali masukkan daun ketumbar yang sangat banyak. Sejukkan inti sebelum wrap guna roti tortilla. I guna yang jenis super soft original, this one dia tak mudah koyak. . Panaskan dalam dua sudu minyak and masukkan wrap tadi. Ada yang suka deep-fried pon boleh tapi I tak suka. Konon healthy version la. Kikiki. . Sedap makan begitu sahaja atau dengan sos and tabasco sos. Sedap gilers chu'olls! Tak caya kena cuba kbye nak makan lagi 8. . #chooyayamasak #homemadecooking #cookwithlove #resepichooyaya #cilantro #sedap #snack #snacking #resepimudah #resepisihat #malaysia
A post shared by suraya sulatin (@surayasulatin) on


I bet kalau korang cuba sekali, lepas tu mesti nak lagi dan lagi dan lagi. Sebab memang sedap. Resepi ni I dapat dari Abang Long I. Dia improvise kasik rasa Malaysia sikit. I agak kalau letak cili padi lagi power kot? If nak letak cheese dalam dia pon boleh jugak. Lagi sedap! If tak letak pon sedap jugak. Hadoi. Aku taip, aku tela ailio. Kos nak buat 20 wraps ni lebih kurang dalam RM70.00 cenggitu la. If beli ayam and bahan-bahan basah lain dekat Chow Kit maybe akan jadik lebih murah. Preparation sekejap je. Tak sampai pon sejam. So kepada semua diucapkan selamat mencuba! Memana yang duduk area Ampang kalau try resepi ni hulur la barang seketul dia dekat I eh? Kbye.

-eNd-

6 comments:

- dieyana - said...

mak aiii..sedapnye... nanti nk try...

Nur Aishah said...

amboiii jejes2 ailio kita siap kena pakai 'bip' hahaha. ni money back guarantee tak kalau buat tak jadi?? hahahah

dyba said...

sedapnya kaksu...nakk rasa kakasu pye boleh??

aziekz said...

O..pnh bt ala2 su buat ni...xthu tjuk buritos..ha3..main ltk tjuk roti mission ltk sayur je..
Btw..mmg sedap😊
Tq share resepi...kna cb ni

Cik Sar said...

dah cuba resipi sue ni .. dan kasi kawan rasa..dia pun cakap sedap. .tq Su.. keep on sharing :)

Nur Aishah said...

chef sue, i nak tanya.. cendawan butang tu yg dalam ten(mak i sebut ten =tin) ke yg dry pnya ye chef??? tq chef.. :p