Assalamualaikum..
Harini nak share gambar-gambar Raya dengan Si
Sheindong kesayangan nkorang. Rasanya memang takde yang perfect kot untuk tahun
ni? Hahahaha. Menyirap je dia tau? Esok dia dah besar memang I nak tunjuk semua
gambar ni dekat dia lepas tu tunjal sekali. Geram. Sekarang memang selalu kena
tunjal pon sebab kekadang annoying and banyak bebel dia ni. Dah la gigi bawah
dia patah kelmarin. I tanya cikgu dekat sekolah Shein, dorang cakap Shein takde
pulak patah gigi dekat sana, tanya Mak Tok and Baba pon dedua taktau so I tanya
la Shein. Bila tanya dia, ‘Shein where is
your teeth?’ Dia tayang gigi and sebut ‘Its
here Mama’. Lepas tu I tunjuk yang rompong satu tu, dia cakap ‘Gigi nothing…’ Yerlaaaaa nothing pergi
mana?????? Mula la aku nak Tarzan. Lepas tu dia jawab ‘I don’t know. No shouting Mama!’ Eh, kita pulak yang kena sound
T_______T Abes tu jawab I DON’T KNOW HOW??? Kata Sazli, kalau tertelan macam
mana Mama? Jawapan : Kalau tertelan rasanya Ok kot sebab tengok Shein gembira
je ni macam takde masalah hahaha. Ko ni Shein, gigi dah la jarang-jarang tercabut
pulak satu. Actually tu gigi susu dia kot? One day akan tertanggal jugak tapi
Abah Shein frust la sebab dia memang jaga betul gigi Shein. Hari-hari gosok 2
kali lepas tu check betul-betul ada kuning lagi tak. Sedang parut pon dia dah
menung, inikan pulak tertanggal gigi. Kata Sazli, now Shein sebut S banyak angin
je yang keluar. Hahahahaha. But bagi I, better tercabut and later keluar gigi
lain dari dia tak tercabut lepas tu bertindih. Jadik la macam gigi Mama.
Berlapis. Nak pakai braces angan-angan dah 3 tahun sampai kesudah tak
kesampaian. BTW, ni nak citer pasal tragedy ambik gambar, yang sampai berbaris
citer pasal gigi apa kes???
Ni
percubaan kedua selepas gagal ambik dalam rumah. Kata Baba, bagi dia relax
dulu. Lepas tu ambik gambar dekat luar pulak. Kot Ok. Result :
werhdkcvmhdutpanteksascdpc$##@^&*&&^!! hahahaha
Kau
dengan Baba kemain senyum. Pang nak?
Ok
takpe, kita cuba dekat kampung pulak. Masih gagal nampaknya
Puas
mengejar. Memang Shein ingat best la kan kita pakai baju cecantik Siti Nohaliza
belengas panas dengan corset segala lepas tu nak ambik gambar perfect
(berangan) tapi dia suka main kejar-kejar. Pfffffft
Ko
tengok? Perangai sangat la budak sorang ni kan? E!
Sampai
tercabut la Kain Samping Abah dia kena tarik dengan SENDONG
Sampai nak masuk dalam Kain Samping Abah tu kenapa Shein???? Bukan ada apa pon dalam tu. Eh jap. Ada ada. Hahahahaha.
So begitulah cerita disebalik Portrait Raya
kitorang tahun ni. Sweet kan? Memang sweet giler. Semua orang comment cakap
Shein cute *rolling eyes. But Mama tak marah pon. Takpe la, asalkan ada
memory dengan Shein walaupon tak seindah seperti yang Mama impikan. Tengok anak
orang lain posing siap silang kaki alahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai Cik Salmah,
tak sabar I nak baby girl pulak. Ko tunggu Shein, Mama ada geng posing nanti I
nak ucapkan goodbye to you. Hahaha. Anyways, thank you for the good memory
Shein. I still love you (walaupon no perfect raya photo this year). Mama harap,
Shein sila la bagi kerjasama yang erat untuk tahun depan. Tahun depan you dah 6
years OLD ok? Please????
Yang Keciwa
Mama Shein
-eNd-
No comments:
Post a Comment