Thursday, July 27, 2017

Shein dan Bag

Assalamualaikum.

Haritu I ada share dalam Instastory beli bag pack Minion Puma ni. Ramai pulak berkenan and tanya beli dekat mana. I beli dekat Stadium Pavilion. Baru jer release Bag Pack and T-shirt Puma with Minion ni. Korang boleh cari sendiri dekat mana-mana Stadium. Tempat lain I tak sure ada ke tak. I beli Bag Pack ni untuk Shein (nak letak mainan + susu + towel shein) and suruh dia bawak sendiri la. Sebok nak galas bag jugak. Bag Pack yang I punya tu, Shein suka la kendong. Sampai kelutut jatuh dia. Dah la bag perempuan kaler purple. Tak macho la Shein (Tapi Shein peduli apa). Kalau tak bagi galas bag pack I yang letak khazanah dia tu, dia ambik handbag I sling buat macam bag pack jugak. Geram je. Lepas tu jalan dah tekengkang-kengkang. Gigih jugak tu nak bawak. Nampak macam sweet tolong Mama bawak handbag tapi kalau bawak pon seret-seret lantai tak la berapa sweet sangat. Geram menyirap je I tengok. I wonder apa la dalam kepala dia yang besungguh sampai macam tu. Hahah. Bag susu Shein ni ada banyak dah I beli. Tapi semua yang murah-murah je. Sekejap dah jahanam. Ada 1 tu, beli baju dekat Cotton On Kids, lepas tu dia offer beli bag pack  jenis kain and dapat discount. Yang tu just nice muat letak 2 ekor Rasaksa Ultraman. Shein ni pelik sikit, orang suka Ultraman, dia suka Rasaksa. Tapi yang tak bagusnya, lagi besar bag lagi banyak la dia nak angkut. Yang pegang lain, yang masuk bag lain T___T dengan blanket dia lagi nak sumbat. Sabar je la Cik Sabariah. I ni kalau berjalan window shopping pon bag kena bawak lapan kot baru Shein puas hati.


Tengok ni, gigih nak bawak bag pack I. Yang ni Sazli angkat dekat belakang. Kalau tak labuh sampai kelutut.



Tak bawak bag pack konon dia tak mintak la. Tak ye? Nak tolong bawak handbag Mama pulak. Tabah je tengok handbag kena seret dekat tangga. Batu belaaaaaaaaaaaaaaaah


Puma Minion. Size kecik muat sekor je Rasaksa. Tapi just nice untuk body size Shein. Ada 2 warna, pink and blue. RM139.90 harga beliau.

Masa sampai rumah, I hulur la Shein bag ni. Ingat dia happy la. Dia cakap ‘Minion Mama’. Lepas tu sambung tengok TV semula. I suruh dia pegang, lepas tu dia bukak zip carik barang takde dia campak balik dekat I. Eeeeeeeee. Dari Pavilion time bayar, I dah berkaca-kaca air mata. Expect Shein happy la nanti dapat Bag Minion ni sebab haritu dok berebut bag Altaav sekali di campaknya balik dekat kita. Bukan dia heran pon. Unless kalau ada toys dalam tu MAYBE  la dia suka kot? Shein ni dah 2 kali dah buat I macam ni. Masa dulu time Birthday dia dekat Avilion PD, I sampai semput tiup belon penuhkan dalam toilet. Dengan harapan kalau dia nampak nanti dia happy. Blakang krik krik krik. Sazli gelak je tengok muka kecewa I. Hahaha. Ko ni memang kan Shein? E!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...