Friday, July 28, 2017

Road To Phuket

Assalamualaikum..

Hari kelmarin Sazli pergi Decathlon beli dia punya kasut pantai sama macam kitorang (haritu eksyen taknak beli), semalam pergi lagi beli baju mandi Shein yang lengan panjang sebab takot Shein rentung sekali dengan seluar mandi and spek mata hitam - amboi dia tu. Spek mata siap. RM25.00 je pun hahahhahahha. I kirim sekali baju I lengan panjang jugak size M. Sekali bila try semalam semua kecik. Shein dah pakai size 8 tahun dah tapi sejenis debab. Semua sendat geram je. I punya pon nampak la segala babat. So harini again Sazli pergi lagi Decathlon untuk tukar pulak. Kata Sazli harap besok betul-betul la pergi Phuket, kalau tak kena berulang lagi la ke Decathlon ni hari-hari selagi tak pergi. Abang Cashier tu pon sampai dah kenal dia dah. Patut pasang je khemah depan Decathlon tu senang. Salah size ke apa zzaaaaappp tukar terus. HAHAHAHAHA. Tak sabar pulak nak pergi Phuket, accept for part nak kena naik kapalterbang lah. Yang tu ai tak suka giler. Doakan flight smooth and jangan mengada nak air pocket or turbulence ke apa. Kalau tak nanti I phobia terus tak boleh jalan pergi Europe sampai bila-bila sebab serik. Sian I. InsyaAllah esok flight tengahari KL-Phuket by MAS and balik Rabu ni taktau pukul berapa. Semua Atiq yang buat. Dia kan merangkap Travel Agencies kitorang? Hahahaha. Thank you Atiq and Aliah sebab kasik kitorang menyebok on korang punya trip ni. InsyaAllah ada rejki lain masa kita jalan sama-sama lagi OK? 


Semua ni tak sampai RM100.00 pon. Murah kan? Shein dah kemaruk dengan spek dia ni. Tido pon nak pakai, bangun tido pon mintak. Ko dah kenapa Shein?


Itinerary semua pon I tak ingat. Haritu masa bincang pasal itinerary I tengah sebok main Contra berebut dengan Shein. Geram je, orang nak main dia pon nak main padahal tak pandai pon, so tak ingat apa. Yang I tau nanti ada pergi Island Hopping dengan Fantasea. Yang lain aku tak tau and tak kisah kah kah kah. Kita relax-relax je. Berjalan dengan anak ni takyah beria sangat nak itinerary bagai sebab mood dorang bukan boleh kira macam mana. Taknak stressed apapa. Shein now dengan I langsung tak takot. Dengan Abah dia boleh jugak la gertak. Kalau dengan I, haraaaaaam dia nak kisah. Dah la now tak boleh naik suara sangat nanti dia nanges. Kata Sazli, kena cakap elok-elok sebab Shein berjiwa sensitive. I pon takde la marah terus marah ke. Ada jugak la sesi bargain tapi sejenis Shein ni, selagi I tak nanges sama memang dia buat keras. Geram sangat. Kekadang ada jugak kena cubit dekat lengan. Lepas cubit menyesal. Lepas tu check dengan orang lain ada tak cubit anak. Bila dorang cakap ada. lepas tu baru I rasa lega. Memintak la semua smooth je nanti. I nak Sazli and Shein happy. Itu paling penting. So bye for now. InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa lagi Khamis depan ok? Kalau I sempat nanti I update blog. If not, korang boleh tengok I punya update dalam Instagram ok? Okbye Malaysia! Jangan nakhal-nakhal.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...