Monday, August 28, 2017

Ain Share Movie Best #1

Hi Assalamualaikum..

Petang ni Siti Nohaliza busy sikit sebab dia ada hal-hal dunia nak kena setel. Dekat pukul 4pm dia bagitau mintak tolong update blog and macam takde rasa bersalah. PUKUL 4pm suruh update entry petang macamkan sekarang 4am. Sabar jelah. Bila tanya nak update pasal apa dia reply 'tajuk bebas'. Urut dada jap sebab geram. Haha. Tapi malas nak melawan sebab member tengah betul-betul busy working on something. Pasal apa tu rahsia. Didoakan berjaya lah, sebab kalau tak dah satu hal nak melayan dia punya frust. Nama je Siti Nohaliza, tapi kalau frust/down dia punya level boleh buat episod drama melayu dekat TV3 yang sampai 80 ribu episod tu. Hahaha gurau boss! So disebabkan Ain pon takde idea sebab takde early notice ke hape, so terfikir yang nak share movie yang best tak kisah la cerita lama ke baru. Mana tau ada yang kaki movie/dvd rajin download movie ke. So lepas ni if kaksu suruh update blog senang, sekali share ain share jela few movie. If korang dah tengok pon takpe, jangan komplen sebab mana yang terlintas dalam kepala je ni. Eee Suraya Sulatin ni (tak puas hati lagi tu). Hahahaha. 

Children From Heaven (Iran) - Tahun 1999
 Mengisahkan tentang dua beradik Ali dan Zahra. Hidup miskin and ayah dia kerja kemas masjid and ambik upah bersihkan rumah orang. Ringkasnya kasut Zahra yang Ali bawak pergi jahit sebab dah koyak + lusuh tak dapat semula. So dari situ Ali dan Zahra share kasut sekolah. Sebab itu sahaja kasut yang ada. Sorang sekolah sesi pagi, sorang sesi petang. So bergilir macamtu. Cerita ni bagus ajak anak-anak supaya belajar bersyukur. Maksudnya anak-anak yang dah boleh berfikir la. Bukan ajak anak yang baby lagi suruh belajar bersyukur. Paham? Ok next!


9 Naga (Indonesia) - Tahun 2006
 Mengisahkan tiga orang sahabat baik, Marwan, Donny and Lenny yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Salah still salah lah, Membunuh tu berdosa, tapi in the other side nak tunjuk tak semua orang jahat tu trully jahat. Macam cerita ni, each one of them ada cerita dia. Marwan seorang ayah yang dan suami yang baik. Siap bila hari tak membunuh dia bawak anak pergi ambik imunisasi. Isteri pulak lumpuh. Dua lagi pon bukan jenis orang jahat. Kerja je pembunuh, tapi abang yang baik. 

Miracle In Cell No 7 (Korea) - Tahun 2013
Cerita ni ramai orang dah tengok kot? Pon sama je konsep macam 9 Naga. Nak show tak semua orang jahat tu jahat. And Ain memang minat cerita pasal Prison ni. Sebab memang pon tak semua orang dalam penjara tu jahat. Kadang-kadang undang-undang tu boleh dibeli and if peguam power, yang salah pon boleh menang. Dekat TV9 setiap hari Ahad malam (kalau tak silap) akan ada movie korea yang bukan jenis kpop acah-acah comel tu. Cerita jenis ada pengisian and underdog. Ain pernah tengok pasal pembunuh upahan, pasal makcik sakit sopak kerja buat kuih dorayaki. Tajuk semua lupa. Nanti la bila ada masa ingat balik. 

The Last Castle (US) - Tahun 2001
 Pon sama. Yang dalam penjara tu ramai orang baik. Yang jadik polis tu jahat. Cerita ni best. Kena tengok ok?

Prison Break Season 1-5 (US)
Pooooon cerita pasal dalam penjara. Ni la series paling follow selain House. Dulu selalu gaduh dengan kaksu sebab dia suka Grey Anatomy tapi ain suka House. Kenapa ntah kena ada konsep kena suka apa yang dia suka. Tak paham. Dengar cerita nak ada Season 6 tapi sampai sekarang tak muncul-muncul. Tapi rasanya takde sebab lepas habis Season 5 ada keluar satu episode macam Finale. And kat finale tu Michael Scofield mati dah. Suka bagi janji palsu. Dulu masa zaman Prison Break ni ain belajar lagi. punya kumpul duit beli set. Sampi sekarang ada semua 5 season. Kalau orang nak pinjam mesti cakap takde padahal kedekut. Kah kah kah. 

Mat Sood (Malaysia) - Tahun 2017
Ni telemovie yang baru tengok last week kalau tak silap. Dekat CH131 Citra. Ke Warna eh? Eh betul la Citra. Warna yang tak habis-habis lawak tapi kadang jenis yang buat lawak yang gelak. Tak paham aku. Dah lama tak tengok cerita melayu yang klasik and best macam ni. Ni arahan Melissa Saila. Cerita pasal Mat Sood seorang penglipur lara. Muka takde expression. Lurus macam pembaris tapi baik. Ada lawak, ada sedih and lagu-lagu pon klasik. Bapak mertua si Sood pon kelakar. Pada Ain drama ni ada kualiti and ada 'seni'. Dah lama tak tengok drama melayu sebab menyampah. tapi cerita ni lain sikit. Kat youtube ada kalau nak tengok. Ke salah promote macam ni? Sebab kat youtube tu sah-sah illegal. Hehe.


Eh dah pukul 5pm! Nak balik dah. Kita ni kerja bukan pagi masuk je kena punctual, balik pon kena lah punctual jugak. Baru seimbang. Nanti lain kali Ain share movie best-best lagi eh. Nanti ain list out sebab kat rumah tu bertong-tong DVD. Yang original ada, yang cetak rompak ada, yang download secara haram pon banyak. Hahaha. Student life dulu memang kerja sampingan is mendownload. Wifi dekat Uni pulak kalau pandai carik port memang laju menggila. Tetiba rindu zaman belajar. Sebab masa tu takyah pikir pasal hutang. eh? Haha Kbye. 


1 comment:

panphila said...

Used to follow Prison Break, adalah dalam a few episodes. Sampai episod yang tak faham/tak masuk akal, terus stop tengok. Ada juga nak repeat semula tengok PB, but... ended up with finishing my Grey's Anatomy series. Cannot wait for the next season!

Haip! Untunglah kerja ofis... boleh browsing! I is juhles...

http://panphila.blogspot.my