Wednesday, September 20, 2017
Ain Share Movie Best #2
Monday, August 28, 2017
Ain Share Movie Best #1
Friday, March 18, 2016
Boboiboy with Shein and Abah
Tuesday, December 4, 2012
Istanbul Aku Datang vs Maggi Asam Laksa
Tuesday, January 25, 2011
Joget Dan Takot = Bergabong MELETOP !
Hebat kan tahap kebizian I sampai Jumaat dan Sabtu pon tak dapat nak beza? *kui kui kui - gelak cover pasal budus sekali-sekala.
I kan, masa pagi Khamis tu, sesambil sidai kain, sesambil layan vel vel dekat tv. Lepas tu trauma aku tengok orang India cucuk-cucuk besi dekat pipi. Seram woh! Mata terbeliak pulak tu. Terus alih siaran tengok cerita masak-masak pulak. Alasan jerk tu, padahal nak tengok cerita yang banyak makanan, pastu tuduh kepada perasaan takot manusia cucuk besi dekat pipi. Sangat licik.
Practice menari dekat bilik gym. Yang dahulunya surau tapi surau now dah berpindah ke tempat yang selesa dan besar jugak. Tu pasal carpet ada simbol-simbol keinsafan *petir sabung menyabung.
Lepas lunch dekat Wong Solo (yang basically I menelan makanan tanpa mengunyah pasal lapar tahap gaban hijau) I pergi tengok wayang pulak dengan Saz, Mira, Sarah, Faiz & Farah dekat KLCC cerita Khurafat. Seram giler woh ! Sumpah this is the most seramest filem seram yang I ever watch!
Ok la. Faiz tak puas hati kalau I tak cerita ni. I kan, dah la tangan kanan pegang henpom. Sebok nak bbm mira bagitau tiket ada dekat budak pengkolek tiket dekat pintu masuk sana pasal dia lambat, tangan kiri pegang corn in a cup sazli, kasut wedges 4 inci, dress omel paras lutut, lalu tergolek jatuh di tangga masa cuba nak carik seat. Cukup sempurna tak babak tu? Naseb baik lampu dah tutup ok? Cinema dah gelap. Walaupun I tau kapel pengkid tu gelak-gelak dekat I, but mampos ah. Dia pempuan tapi tak dapat pakai dress lagi pathetic! Huh!
Farah pulak muka kompius. Nak tolong or nak gelak. Siot kan? Sarah dah gelak sambil nanges. I pulak dah tak mampu untuk berdiri tanpa pertolongan pasal I? Ko jangan tanya. Bab tak seram dah jerit, apatah lagi bab seram nak mampos. Masa half way, I ajak budak-budak ni keluar. But haram sekor tanak. Mira lagi la tadek perasaan. Tengok cerita seram macam tengok Mr. Bean. Gelak manjang. Hati kering. Sudahnya I buat-buat bizi dengan Blekberi walaupon signal takde. Tapi takper. Dari tengok cerita hantu sampai sakit jantung, mana ko nak?
Cerita Khurafat ni punya pasal, untuk tempoh 2 3 hari tahap ketakotan I bertambah sebanyak 88 percent. Tahniah Syamsul Yusof untuk perasaan ni. Sekarang ko bagitau, sapa nak bertanggungjawab dengan acara berak tanpa tutup pintu bilik air?
-EnD-
Sunday, November 28, 2010
Filem Dua Alam? Uweeekkk !!!
Fuh! Tetiba rasa banyak jugak eh effort zaman-zaman dulu kalau nak keluar tengok movie? Sekarang ni? Senang! Calet blusher merah ang-ang pesen taknak kalah punyer, lukis kening kontot haji helmi I ni and pakai baju simple mimple jerk. Janji ada shawl. Pasal kalau tengok movie malam-malam, sejuk tak hengat! Sampai tetep pon boleh vibrate. Bak kata Rish la.
'Sejuk sangat dalam cinema ni sampai tetep I vibrate! Cuba U rasa'. Dah. tak pepasal suruh haku 'rasa' tetep dia pulak. Haha. Rish bangang ! Seb baik I rasa sipi-sipi jerk.
Ok baiklah. Mari mulakan dengan filem yang konon terhebat di dekad ini yang kabarnya kutipan setakat ini sudah mencecah RM2 juta (konon jerk tau, padahal finas kata baru RM2ook jerk pon. eleh!) oleh Dr kompiden giler ya amat, yang nak ajak Pamela Anderson berlakon dalam second filem dia, rambut cendawan kulop perasan kacak dan akan menjadi trend muda-mudi. Ya Allah. Muntah muntah. Tolong la... Agak-agak la kot kalau nak kompiden pon.
Giler la intro filem ni. Iklan dalam Metro memang tak agak-agak, ceh! Terpengaruh la jugak I sampai sanggup booking and bayar online terus tau?
Aaron Aziz juga nampaknya tak mampu untuk 'dijual' dalam filem ni. I rasa, drawa swasta tv3 pon jauhhhh lebih hebat dari filem ni. Apa dia ingat zaman sekarang ni masih prektikel ke untuk tarik penonton dengan cara buat banyak bab romen-romen dalam kereta pakai baju seksis sampai tetep meleleh keluar? I muak ok? Muak! Dah la poster ciplak dari Exorcism of Emily Rose. Haih! Bak balek duhet haku doblas hengget !!! IQ I drop giler lepas keluar cinema.. Haih!
Next review filem Ngangkung. Well, terubat jugak la rasa kecewa I dengan filem melayu selepas menonton cerita 'jijik' diatas. Shahiezi Sam memang superb la. Lakonan dia selamba jerk. Terus nak add dalam FB woh! Korang kalau rasa nak gelak kaw-kaw sama macam I tendang-tendang kerusi depan sampai kena jeling, meh la tengok Ngangkung. Tidak mengecewakan, Siyes! Masa tengah show, maklumlah pempuan taktau apapa pasal Harry Potter, I siku Rish.. Eh, siapa Dumbledore? Kenapa semua sayang dia? Kenapa Harry Potter tak becinta dengan Hermione? Dia kan THE ONE? Kenapa muka dia weird doh? Macam muka Elijah Wood pon ada. Jom lempang dia nak? Kenapa kalau dia dah megik sangat, buat la hilang-hilang tu, kenapa nak jugak jalan kaki jauh-jauh?
Dan harap maklum, GSC sangat sejuk sampai tetep vibrate, terus ajak Rish wee-wee. Pastu singgah dekat kaunter jual air, tanya adik tu tengok tak Harry Potter. Dia kata dia tengok, lepas tu bila tanya dia siapa Dumbledore dia kelip-kelip mata banyak-banyak kali, ok dah fine. Kiter setaraf.
So, kesudahannya masa lagi 40 menet nak habes, I mengucapkan gud bye Harry Potter. Malas dah nak tanya-tanya Acap, pasal Saz suruh senyap. Eleh. Belagak jerk dia tu. Serius kalau tak paham apapa memang tak syok nak tengok, tapi tido dalam GSC memang best. Paling tatahan siap dengkur-dengkur manja.
Unstoppable ni pulak I tengok pasal Sazli ialah kipas berani mati Denzel Washginton. No doubt, memang lakonan dia superb. Tapi kan kan? Denzel memang suka belakon dalam cerita keretapi eh? Last year dia belakon dalam Pelham 123. Best jugak. Ok la Denzel, harap awak dapat jadik abang angkat Sazli. Dia minat sangat la kat U.
Denzel, yang tengah-tengah tu Sazli tau? Yang rambut sikit-sikit lagi nak jadik macam Penynyi kumpulan Alleycat yang wife dia selalu jalan hentak-hentak kaki pasal dia enggan memotong rambut, yang tu la.. Yang wife dia kuat makan tu yang eh eh. Tercerita lebih-lebih pulak pasal wife.
Saz yang snap gambar ni. Setendet la dia, kalau tak gegar, tak blur memang tak sah. Wah, I sungguh nampak macam nyamuk. Baju dah belang-belang macam nyamuk edis, pastu terkeluar pulak taring. Dah sebijik mak nyamuk. Kan? Ke macam drakula sebenarnya tapi segan nak bagitau?-EnD-
Wednesday, July 14, 2010
Movie & makan, eh tak. Makan dulu baru movie. Haa...
Sazli yang pada asalnya memang sain mati taknak tengok terpaksa la jugak nyot melayan isteri dia ni ha... Tu pun banyak no syarat dia. Dia boleh pakai baju apa yang dia nak, dia taknak shave, taknak gosok gigi siap. Suka hati la. Janji dia nak pergi pon dah kira ok.
I pergi dengan Rish + Fruz, Kid + Hani and Sazli. Kid pon redha jerk bila Hani beria-ria nak pergi tengok. Ni ha I nak tanya, kenapa eh? Kalo tengok Twilight ni korang yang lelaki-lelaki ni akan rasa mental down ke, atau tiba-tiba tak mecho ker and lemah lutut ker mekalau nengok? Cuba la low kan sikit ego tu. Kot yer pon jeles dekat para isteri yang getis dengan Edward & Jacob tu agak-agakla kot. Ni dikatanya tengok Twilight nanti boleh menyebabkan buasir bunga dengan muntah purple. Hadoi. Tak koser!
Lucky kali ni tengok, tadek la ekstrimis yang dok aaauwww aauwww time part siyom-siyom. Potong stim jerk nak tengok. Bukan la nak kata apa. Tapi most of the fanatic Twilight ni ialah jinjang. Jenis kalo tengok, mulut tak reti nak diam. Over emotional pon menyampah jugak. Bila tengok kepala si Victoria patah lepas kena karate dengan Edward (ala... Bf I tu) terus bangun bagi standing ovation. Haish!
Pastu Sazli dah cebik-cebik bibir yang annoying. Agak-agak la korang. Jaga la setendet I ni sebagai peminat Twilight jugak. Orang kata apa? Kalau minat berpada-pada buat jahat jangan sekali. Eh. Ada ke peribahasa macam ni? Ada kan kan?

Tetapi sebelum itu... Tetap ok????? Layan makan sushi dekat Sakae Sushi. Senyum meleret jerk bila Sazli cakap, Yayang kiter keluar awal la... Nak lepak-lepak tengok orang dekat sana. Minum coffee dulu ker... Pastu I statik. Tetap berdiri tegak. Pastu Sazli pandang and sambung. Orrr.... makan salmon sashimi dulu ker... Ha... Baru la senyum dan bergerak.
Suami mencuba rambut belah tengah ala-ala Tomok sekolah menengah tingkatan dua. Suka hati dia la.... Malas nak membebel banyak-banyak. Dia kata dia hensem macam ni... Dia kata la kan...
Wajib amek kakiage. Intan kata menda ni kamiage. Miso sup pulak dikatanya mitosomo. Order kat waiter macam ni. Give me one kamiage and one mitosomo. Konfiden kan? Suka suka.
Hurm... Nipis melayang Salmon Sashimi dekat Sakae Sushi ni.. Part Salmon Sashimi jerk Sakae kalah dengan Sushi King. Tak puas makan. Macam melekat dekat celah gigi jerk. Atau mungkin jadik tahik gigi.
Bercakap pasal tahi gigi. Korang pernah tak bila borak-borak dengan sesorang secara berhadapan. pastu nampak dia macam tolak-tolak something dalam mulut dia guna gigi, pastu keluakan sisi makanan yang terlekat dengan hujung lidah and keluarkan dari mulut sampai nampak sipi-sipi tanpa memegang sisa makanan tu pastu telan balik. Grosssss kan? Yuck! Geli tekak I. Sampai kesudah dalam cekodok I DIHARAMKAN daun kucai.
Sedapnya Ebi ni... Yumyum! Dapat makan sepuluh ekor pon I ok jerk.. Terima kasih dekat Rish pasal kasik I pinjam selendang dia. Untuk metutup kaki selulit I ni dari kesejukan dalam cinema. Pastu I bawak balik rumah, pura-pura lupa nak pulang balik dekat Rish. Ingat taknak pulang terus. Nak buat harta.
Hehe. Tak la. tipu jerk. Tapi betul sebenarnya... Kiranya betul didalam penipuan. Paham?
-EnD-
Monday, May 31, 2010
Dastan I punyer, Tengs!
Filem wajib tonton musim ini ialah Prince Of Persia - The Sands Of Time. Ini paksaan dan ugutan. Kalau nkorang tak tengok filim ni I sumpah nkorang jadik gemok. Haaa.... Takot tak, takot tak?Wah wah.
I tengok movie ni Khamis lepas. Midnight show pukul 12.50am. Yang paling megik ialah, I langsung tak menguap pipel...!!! Terbojol jerk mata ni memandang
Time ni, Edward Cullen si puntianak pucat I dah tinggal jauh-jauh, Syoh syoh. Meh Dastan meh, meh nak timang manja-manja dalam bilik. Hehe.
Senang cerita, mana-mana filem yang mekalau I tengok I tak ngantok, maknanya best la tu. Tapi ni applicable untuk I jerk la pasal cerita Star Wars dulu pon selamba jerk I tido. Haha. Bongok.
Bersempit-sempitan dalam lift untuk mengambil gambar muhibah beramai-ramai. Yes yes! Gambo I paling besar. Logo pon nampak besar. Kalah Ema punyer. Wana muka nampak sipi-sipi jerk. Haha. Padan muker. Si Yash gembira nampaknya. Bajet Dastan nak ngan dia la. Nenenene.
Separuh dari jejaka-jejaka yang ikut serta. Total 20 orang semuanya masa kami semua tengok cerita ni. Pastu kongker 2 row tanpa belas kasihan.
Memendekkan badan supaya tak perlu berdiri dibelakang supaya nampak paling banyak dalam gambar. Haha. Busuk hati giler. Tapi busuk lagi shawl purple yang berbau char keow teow tu. Tak. Tipu. Bau karipap sebenarnya. Heheh.
Gambar pura-pura tunjuk kat camera yang berhasil. Yea yeahh...!! Sekarang I dah bocor rahsia yang gambar ni pura-pura. Kan kan?
Gigih nak jugak aplod gambar ni walau Sazli nampak macam nak-tak-nak jerk. Haha.-EnD-
Saturday, March 6, 2010
Dating, Chili's, Niyang Rapik, Valentine's Day. 4 In 1
Kalau datang sini, WAJIB makan Molten Chocolate Cake yang sangat tempting, sexy dan menggoda ini…
Tengok la, apa jerk yang tinggal. Ni pon pasal perut dah kenyang. Kalau lapar ni, mungkin pinggan jadik kaler putih balik. Hehe
Sedapnya triple play! Selamba jerk makan kuantiti nisbah 1:3 dengan Sazli. Hehe.
Terima kasih sayang pasal bawak I jalan-jalan dari petang sampai ke malam sampai ke pagi. Puas hati sangat-sangat. Sebelum ni sebok hal rumah, tadek masa nak jalan-jalan, bila sekali-sekala buat macam ni terasa macam pakwe-makwe jerk lagi. Geli geli.
Muka mustilah gembira bila dah kenyang… Next! Mari tengok wayang!
Kali ni kitorang tengok cerita Niyang Rapik. I rekemen cerita ni pada sesiapa yang suka nak tengok cerita seram. Bagi pendapat I, cerita ni lagi bagus dari cerita Congkak. Ada la yang tak logiknya pasal cerita ni tapi at least tadek la Ustaz boleh belah tanah pastu hantu masuk dalam rekahan tanah. Kan Kan?
Lepas tu, kitorang gerak Wangsa Maju pasal Sazli teringin nak makan Char Keow Teow and terus Ke KLCC tengok Valentine’s Day. Ramai pelakon-pelakon hebat dalam ni. Tapi I paling suka Taylor Lautner pasal bila tengok dia, terasa macam tengok cerita Twilight.
Cerita ni lebih kurang macam cerita CINTA la.. Tapi dalam CINTA ada 4 kisah jerk, ni ada lapan kot? Tak kisah la, janji Patrick Dempsey tetap menjadik pujaan hati walau curang dengan isteri dalam cerita ni.
Ishk Ishk. Sekarang ni ramai betul orang yang tak jujur dalam perkahwinan. Takot I tengok. Harap-harap tak la jadik pada I eh? Amin…..
Sampai rumah dah pukul 1.30am, selamba jerk bermalas-malasan mandi and tidur lambat, padahal esok ada game netball dekat Titiwangsa. Takper-takper. Athlete memang macam ni. Tidur tak cukup tetap jugak bertenaga pasal tenaga bertukar kepada bentuk lemak. Tu pasal I gemuk. Ceh! Alasan! Hehe
-EnD-
Thursday, November 26, 2009
I dah tengok NEW MOON...!!!

Kalau Pak Mertua I hensem macam ni, tiap-tiap hari luka pon I ok jerk...
Edward Cullen and Family
Bella & Jacob masa dalam lori oren buruk
New Moon Movie Poster
Boyot kena dera pakai baju oleh Intan. Sama ker?
Dua secretary gemuk happy lepas tengok movie
Motif?-EnD-
P/s : Hamek ko, berapa entry I buat harini, tapi yang penting, entry pasal New Moon musti paling atas... Haha
Girl Day Out With Ayang

Me & Ayang. Pasal muka buruk, terus pakai hood supaya nampak kurang huduh.
Owh, sebelum ambik Ayang dekat Bukit Antarabangsa, I nampak ada Pakcik & Makcik yang tua jatuh motor kena langgar dengan kereta. Spot Makcik tu yang pakai tudung labuh tengah tunggu suami dia angkat motor. Pastu terus I nanges macam baru lepas kena rogol. Eh tak, tu terlalu extreme, so macam baru lepas kena ragut. Adoi.. hati I memang paling 'kalah' bila tengok orang-orang tua yang macam ni...
Haa.. A day before I dengan hubby tengok cerita Time Traveler's Wife. Satu habuk pon tak paham pasal I tido. Menyesal buat keputusan bangang untuk tengok movie, tapi termakan ubat migrain yang boleh buat mengantuk sebelum naik kereta. Konon nak elak pening, langsung mengantuk tahap gaban. Dah membazir seplo hengget! Ceh!-EnD-
Thursday, October 22, 2009
Papadom? Sumpah Best!
Ishk, menggeletis dah sangat I sekarang ni.. Terasa macam cibet betul punyer eksaited nak cerita dengan nkorang how wonderful and bestnyer cerita Papadom ni sampai I terasa macam kalau boleh nak tengok 3 kali and nak lekat poster di seluruh Malaysia besar-besar supaya semua orang tengok cerita ni. Memang I paksa U all tengok pasal I nak share the excitement. Tak kira... Nak jugak!
Kena jerk bila Afdlin berlakon dengan Liyana Jasmay. Dah la natural jerk dia berlakon. Konti tak lari. Tak payah nak berangan mekap tebal-tebal sampai masa tido pon pakai bulu mata pelsu. Memang potong stim lah kalau macam tu.
Kau punya pasal la Afdlin, habis filem ni I dengan Intan terus lapar nasik kandar. Papadom dia gemuk-gemuk macam tuan dia jugak.
Salah satu scene dalam Papadom. Dom & Mun. Mak ayah kepada Mia Sara. How Afdlin garap this film sampai langsung takde ruang untuk boring atau nak kencing atau lapar atau... Dah! Takde atau atau lagi!Jadi.... Kepada sesiapa yang tak tengok filem Papadom ni lagik, mari la menyerbu beramai-ramai ke pawagam-pawagam berhampiran anda untuk menyaksikan filem ini dan I promise, kau takkan menyesal. Sungguh!
Intan dalam aksi candid penipu. Padahal purposely pegang papadom ni and buat-buat pandang langit.
Ni la ketama kali dalam hidup I enjoy makan nasik kandar sampai tahap macam ni.. Semuanya kerana filem PAPADOM



.jpg)
