Thursday, August 17, 2017

Churros dan Intan

Assalamualaikum..

Intan ni ngek la. I punya la nak impressed dia dengan Churros lepas tu masa makan dia pergi cakap ‘Kaksu, memang rasa dia macam ni ke? Memang rangup-rangup macam ni?’ Nak terkeluar biji mata I jeling dia. ‘Dah tu, Intan ingat dia rasa macam mana?’ Dia tak jawab. Dia cakap pelik. I suruh dia celup dalam coklat and buttermilk baru makan. Ni dia pergi makan macam tu je, memang la tak rasa sangat. Kata dia taknak sebab dia tak suka manis. DEGIL. Lepas tu dia cakap taknak makan yang lagi satu. Satu plate ada 6 so sorang 2. I dua, Intan dua, Dyba dua. Dyba cakap, ‘Kalau akak tak makan, akak bayar semua ni sorang’. Maka Intan makan la dengan perasaan tak puas hati. Bila sampai office, I tanya dia. Apa dia expect rasa Churros tu? Dia jawab ‘Intan ingat dia lembut, lepas tu manis. Rasa macam cakoi. Ni bila gigit garing pulak. Intan tak suka’. Kalau expect macam rasa cakoi, pergi la makan cakoi. CIcah sambal. Baru la puas hati. Hahahahaha. Intan now makan banyak hal ok? Masa makan Crab Croquette tu, dia cakap patut letak cheese baru sedap. Lepas tu memacammmmm dia komplen. Gaya cakap tu macamkan pandai sangat masak. Hahaha. Intan kan Orang Keyel. Comel sikit perangai. Dia tak berapa pandai masak. Kata Intan, masa bulan puasa dia masak sardine, lepas tu Papa dia marah takde kuah. Ada sehari dia buat Nasi Goreng, cili dia tak masak lagi dia dah letak nasi so dia buang je. Rasa pelik – kata Intan. Dia cakap kat bakal suami dia ‘I memang tak pandai masak, kalau U nak makan apapa pergi makan kat kedai’. *slapforehead. Yang Si Dyba pulak pandai masak, tapi kalau suami dia cakap sedap, dia taknak percaya. KALAU I CAKAP SEDAP JE DIA PERCAYA. Perangai masing-masing kan?


Ni nama dia Churross ye Intan, bukan Churros-cos. Hahaha. Punya sedap Intan boleh compare dengan CAKOI? OMG



Kasik close up sikit. Harga RM18.00, satu hidangan ada 6 batang. Makan dekat Fresca Mexican Kitchen yang sama tempat dengan Dolly Dimsum tu.

Yang paling sedap I pernah makan is dekat Jalan Bukit Bintang. I makan duluuuuu masa dating dengan Sazli zaman I muda remaja. Tapi tak ingat dekat mana and apa nama restaurant. Yang I ingat time tu, Sazli nak tengok Wings dekat Planet Hollywood tapi I taknak. Sian Sazli dah beli ticket. Demi GF beliau, sanggup dia rugi ticket WINGS PULAK TU. I pon taktau kenapa I taknak tengok. Sebok nak makan Churros kot? Hahahaha. Yang dekat Fresca ni sedap je bagi tekak I but if boleh choose, I prefer yang dipping sauce dia lebih pekat. Campur dengan double cream. Mesti lagi sedap. Lepas tu Churros tu jangan la letak banyak sangat cinnamon dengan sugar sebab kang terlalu manis. I rasa macam senang je nak buat churros ni. Lebih kurang macam nak buat Cream Puff jugak. Cecece macam senang kot? Dulu I buat cream puff pon jadik kura-kura  lagi cakap senang nak buat. Kah kah kah. Pada yang terliur tengok gambar ni, I mintak maaf eh? Kbye.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...