Friday, August 18, 2017

Nasi Lemak Kukus Sedap

Assalamualaikum

Kata Intan, ‘Kawasan rumah Kaksu ni best la. Senang nak cari makanan’. Tapi memang pon. Keluar je kawasan apartment ada Kantin (Kedai Thai. Ada jual Mee Celop), Pakya Seafood ada, Kedai Mamak ada, Kedai Kebab Arab ada. Ampang Point pon dekat. Ada Naili’s, Ada OLD TOWN, Ada Coffee Beans, Starbuck semua. Mc Donald pon ada, Kedai deret makan goreng pon ada and kalau balik kerja, dekat tepi padang sekolah tu ada jual Laksa, Nasi Lemak Kukus, Green Tea, Jagung Bakar, Popia, Meatball, Uncle Bob, Ayam Penyet, Burger and macam-macam la, memang penuh dengan kedai makan and senang nak carik makan. Laksa Stall yang ada tu pon murah and sedap. Itulah laksa version Melayu yang kena dengan tekak I. Cukup masam, manis dia semualah. Gerai-gerai buah yang berkualiti pon ada and bila I kaji balik, sepanjang jalan dari Petronas Ampang tu PENUH DENGAN MAKANAN. Kona la ikut mana pon, InsyaAllah akan ada kedai makan and kita takkan mati kebuluran lah dekat Ampang ni. Semua ada. Restoran Korea pon dekat, Japanese Restaurant pon ada, café hipster pon ada pendek kata memang I suka Ampang lah. Sebab tu Ampang masuk dalam lagu Altimet ‘Nak tackle awek Ampang, pakai topi KL lagi senang diaorang pandang’. Haaaaaa. Kalau macam Intan duduk dekat Gombak nama kawasan tu Lorong Azizah Prihatin. Susah sikit la nak buat lagu sebab panjang nama tempat tu. Hahahahaha. Eh, ni gurau tau? Kang ada pulak readers duduk dekat Lorong Azizah Prihatin attack I. ‘Eleh takyah nak poyo la dengan Ampang, ko tu asal Jengka kot?’ Hahahahhaha. Eh, biarlaaaaaah. Kata Sazli kalau duduk sini lebih 3 bulan, kita dah kira qariah sini. Nanti kalau meninggal tanam la dekat Ampang jugak. Haaaaa.


Ni Nasi Lemak Kukus dekat tepi Padang Sekolah Menengah area rumah I. I suka nasik dia peroi and tak terlalu lemak. Timun rangup sebab guna timun jepun, Ayam goreng tu peha dia yang sampai thigh tu. Makan panas-panas takyah sambal pon takde. RM6.00 kenyang! Burrrrppp Alhamdulillah…


Haritu I tak boleh decide nak makan Laksa or Nasi Lemak so I buy both. Sudahnya makan Nasi Lemak dululah sebab ayam dia panas-panas I tak tahan. Ni kalau dapat ulam cili padi ni lagi best. Cuma sambal dia je I kurang. Sambal meniaga ni usually tak banyak minyak and masak dia tak sampai pecah minyak tapi kira OK laaaaaaaaaaaaaaa. Sambal yang I suka, kaler dia merah maroon. Rasa manis+masam sikit. Sambal Tumis kedai Mamak pon I tak suka. Sambal Tumis Kaklong and Mak paaaaaaaaaaaaling sedap dalam dunia. Satu lagi sambal yang Arwah Teh buat. Pon sedap. Dia masak I tengok relax je and main campak-campak tapi sedap la. Now Teh dah takde, tak merasa la dah sambal dia. Arwah Teh masak apa pon sedap. Dia kalau tumbuk bawang kan, dia kaut guna tangan and terus campak masuk periuk. Takyah guna sudu. Kata dia tu la petua masakan sedap sebab ‘air tangan’. RIndu pulak nak makan Sambal Tumis dia. Alfatihah untuk Arwah Teh.. Oh btw haritu ada readers tag dalam IG Pulut Mangga sedap dekat Suraya Seafood Kampung Baru. I ingat nak pergi la malam ni, tapi Sazli pulak demam. Tengok dalam gambar macam sedap je. ishk. Sampai la hantu makan I ni. Okbye.


-eNd-

2 comments:

Mommy Cici said...

menggodanya nasi lemak tu hoii. belah mana ni? sekolah menengah belah dalam tu ek? belakang flat ahmad razali tu ke?

Chooyaya! said...

Mommy Cici : Dekat Kolej As Sofa tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...