Friday, August 25, 2017

Ozeki with Shanom

Assalamualaikum..

Si Shanom ni dah lama cakap nak makan sama Ozeki sebab tak tahan tengok I update dalam IG story la tu. Lagipon dia ni memang kaki terliur pon. Semua menda dia nak terliur. Aku makan Maggie Samyang pon dia terliur acane? Hahahaha. Tak abes-abes diet tapi gitu jugak pon I tengok. Harini update ‘No rice – Day 1’ lepas tu esok Day 1 lagi. Tak gerak-gerak Day one dia. Hahaha. Diet konon? Haritu masa Sazli masukkan makan Burder dekat Burger Stall pooooooooooooon dia terliur jugak. Malam tu jugak ajak Ajan pergi carik. Dah la orang tengah sebok nak buat surprise birthday untuk Kaklong sebok nak call sebab tak jumpa jalan. ‘Shanom, Maksu tengah busy nak Happy Birthday to You ni. Call Saz la eh? Bye!’ Hahahahaha. Dah la Si Shanom ni confident Ozeki ada dekat Pavilion. Sesuka hati je dia letak. So setelah lama punya plan nak bawak Shanom rasa Ozeki, maka haritu berkesempatan la slot in schedule I yang busy menyelamatkan dunia ni untuk jumpa dia sekejap. Sempatla makan 2 jam lepas tu I kena jumpa YB Aurel dekat Kelana Jaya untuk discuss pasal project nak buat Florist. Pagi tu sebelum jumpa Shanom I meeting dengan Marketing Agencies untuk update I punya profile. Waaaaahhhh dia punya sembang. Hahahah. Korang caya ke? HAHAHAHAHA. I ingat I Siti Nohaliza betul ke yang beria sehari 3 4 meeting? Hahahaha. Eh, tapi betul la I memang busy. Malam tadi lepas futsal ingat nak makan Pulut Mangga dekat Suraya Seafood Kampung Baru, tapi tak sempat jugak sebab I busy layan perut I tingin nak makan soup ekor. Acane? Busy jugak la tu kira kan? Kepada Aliah Ali yang tengah terbakar baca ni harap Puan dapat bersabar. Mana aku tau Atiq dah balik dari offshore! Sapa suruh tak cakap? Dia dah ugut nak buat group baru and remove blog Phuket tu. Tu la, kerjanya nak mengugut I je bebudak ni kan? E!


Ye, inilah dia yang membuatkan Shanom terliur. New Style Sashimi. Tengok pon dah tau sedap and I bet, Sushi lover takkan ada yang tak jatuh cinta bila makan ni. Termasuklah Shanom. Masa makan, dia diam je. Lepas tu dia tanya ‘Kenapa eh sedap macam ni? Kena bawak Ajan makan dekat sini secepat mungkin’. Hahahahaha.



Sepinggan ni kalau makan sorang pon boleh abes. Tapi lepas tu tak boleh order lain dah la sebab RM78.00 harga beliau. Makan ni saja bukan kenyang pon. Hahahah.


Masa ni I tengah berdialog dengan makanan. ‘Eh, kenapa eh Kau sedap sangat? Kuah letak sependa ke?’


Shanom pon sukaaaaaaa. I cakap, ‘Shanom sorang 4 helai je tau?’ Lepas tu dia cakap dia pon lupa dah makan berapa sebab sedap sangat.

Kitorang makan kalini hebat sebab takde pembaziran. Biasa I order ikut nafsu and akan order macam-macam. Pesen I, setiap helai kena order satu makanan. Skali sampai penuh satu meja. Kali ni dah belajar dari kesilapan so order 2 je appetizer and memasing order Bento so dah banyak dah makanan dalam dia. Kenyang! Untuk Shanom, kita order menda yang confirm sedap lah. This time naseb baik ada Eringi Gyoza. Kekadang takde sebab katanyaaaa Cendawan tu susah nak dapat. I ni, nanti nak call Ozeki bila yang musim ada Peach tu. Sedapnya dia punya salad. Peach tu ada musim. Setahun ada sekali je. Tak pernah lagi I makan peach yang manis and sedap macam yang dekat Ozeki. Ada orang cakap beli dekat Isetan, tapi I tak pernah try lagi.


Eringi Goyza. RM19.00 ada 4 ketul. Cendawan dalam dia ada daging, cicah dengan mayo + wasabe + telur ikan dia buat dipping sauce.


Beyond delicious. I tak tau nak describe macam mana tapi memang sedap nak mampos.



Close up sikit. Saja up gambar banyak-banyak kasik korang menyirap.


Sedapnyaaaaa!!


This time I nak makan Saba so I order Teppan Saba Steak. RM22.00 je harga bento ni. Nasi + buah + miso soup + salad


Sebelum makan suruh Shanom ambik gambar dengan Samsung dia. Shanom eksyen cakap henpon Samsung boleh amek gambar makanan yang cantik sebab ada function apa entah. Belagak betul.



Ni Shanom punya set. Salmon Teriyaki Set. RM29.00


Close up sikit gambar Salmon Teriyaki guna henpon Samsung Shanom. Lawa ke gambar oren je macam ni? Hahahahaha.


Lichennnnn I makan. Tinggal bawang je. Hahahaha.


Ok lah, kena ambik gambar depan Ozeki sebagai tanda Shanom dah datang sini.

Shanom sangat la happy dapat makan sedap and dah letak Ozeki dalam list makanan sedap beliau. Dia cakap Ajan pon kena makan jugak dekat sini ASAP. Kita tengok dia punya ASAP tu berapa lama. Oh, sesambil tu I nak cakap sesapa yang nak beli Coway, boleh la hubungi Shanom sebab Shanom ialah Agent Coway anda! Sapa amek Shanom nanti akan terhibur sebab dia pon lurus orangnya. Lepas tu nak marah pon tak sampai hati sebab dia lembut je cakap. Kalau macam Yash dia hingaq sikit tapi dalam hingaq dia tertewas beli Coway dengan Shanom walaupon dia Agent Coocoo anda. Hahahahah. Ni sorang Coway sorang Coocoo macam mana ni? Kata Shanom beli la dedua maksu, letak sebelah-sebelah pon takpe. Sebelah Coway mewakili Shanom, sebelah Coocoo mewakili Yash. Ha a. Elok la macam tu. Ni naseb Shanom tak jadik agent insurance, kalau tak lagi susah nak deal dengan dedua. Hahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...