Wednesday, August 16, 2017

Shein and 'Baikel'

Assalamualaikum..

Haritu masa I balik kerja, nampak Si Shein tengah main basikal yang plastik zaman dia muda remaja dulu dengan Baba depan rumah. Tau kan basikal yang tayar plastik 1 roda depan, 2 roda dekat belakang tu? Kesian je tengok Bapak tolak Shein terbongkok-bongkok. Bapak tu tinggi orangnya, kena membongkok boleh tahan la seksa. Dah la Si Shein 24kg. Hahahaha. I cakap dalam hati, esok lusa ni sure Shein dapat basikal untuk remaja yang baru. Sekali esok, Baba send video dalam WhatsApp Group tengah melayan Shein main beskal DALAM RUMAH. Hahahaha. Si Shein siap suruh Baba 'Open' the wall sebab dia tak boleh bergerak laju kot, ewah engkau kan? Kebetulan haritu hujan masa petang  2 3 hari maka tabah je la main basikal dalam rumah. Semalam petang, I nampak Shein bawak basikal keluar dah. Main depan laman rumah. Happy la dia. Kaki dia pon sampai elok dekat tanah tapi mudah sangat nak distracted by plane la, bird la, tengok kucing bergaduh la. Sudahnya dia carik pasal pergi main dekat kereta Abah dia and nak main dalam Garaj yang sempit tu. Tu kalau terlanggar kereta mau bercalar, meroyan la Abah engkau Shein. Haha. Mama haritu pon calarkan rim beliau, rasa macam nak demam masa nak buat pengakuan. Semalaman tak dapat tido lena. Kah kah kah. Pengajaran untuk semua pemandu wanita. Kita kalau bawak kereta tak boleh terlalu berhati-hati dan tak boleh terlalu confident. Dalam kes I, I terlalu confident lah kononnya. Lupa bawak kereta Sazli. Kalau kereta I, divider semua I dah biasa naik. Nanti kumpul-kumpul calar lepas tu buat la sekali. Yang windscreen tu retak kena kepala Shein, sampai sekarang tak repair padahal insurance cover je. I kan bizi sentiasa. Kata part time Power Rangers Kuning?


Abah tengah bagi tazkirah dekat Shein.  Lepas tu ajar dia guna break tangan tu. Sazli jadik Traffic Light time ni. Kata Shein, 'Green Go. Red Stop. Yellow Ready'. Bagus Shein. Tapi kalau kat jalan sebenar, Shein dia belasah je tengok lampu yang belah lain. Suka kasik Mama confuse. Padahal betul dah lampu depan I merah, dia cakap 'Mama, Green Go!' Sekali traffic light belah sana. Kusss semangat. 



I cakap pada Sazli, 'Nanti boleh la buang tayar belakang tu 1'. Kata Sazli, 'Lari pon terhuyung hayang, lagi nak buang roda belakang'. Hahahaha. Shein kalau lumba lari dengan Amsyar dia kalah la sebab debab kan? Berat nak bawak badan. Tapi dia ada style, sebelum lari kepala tunduk.. Macam sprinter. Tapi perginya tak jugak. Hahaha.


Tu dekat bakul depan segala pistol, kangaroo,  kereta semua dia letak. Basikal ni ada kerusi dekat belakang so Si Shein suruh I duduk. Risau pulak I tayar dia meletop.


Besar dah Shein :) Tak sangka dah nak masuk 5 tahun.


Ni Polis Trafik. Tolong jaga lalu-lintas. Tapi ni Polis Trafik pangkat Jeneral sebab dia jaga traffic sambil isap rokok. Otai tu.

Lorong rumah Bapak ni jalan mati, so jalan tak bizi sangat. Ada la jiran-jiran lalu naik motor sesekali tapi takde la Shein rasa terganggu sangat nak main basikal.  Kena sentiasa perati sebab kang tau-tau je dia nak masuk jalan besar. Tapi Shein tau, bila nak sampai jalan besar dia cakap 'Danger Mama'. Good boy. Lepas tu sambil kayuh basikal sambil puji diri sendiri. 'Guboy Shein. Good Job Shein. Nice Shein'. Boleh? Sampai angin pemalas dia suruh kita 'push'. Dah tu demand pulak, 'Faster Mama, Faster'. Hahaha. Bagus jugak, at least boleh la exercise teman Shein main basikal. Nanti ingat nak bawak la basikal Shein pergi Tasik Titiwangsa. I jogging, Shein boleh bawak basikal. Tapi cuma risau satu je. Shein kalau dah penat, dia mintak dukong. Kang nanti nak dukong dia je takpe, tapi nak kena dukong dengan basikal lagi satu hal. Shein ni aci boleh je. 

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...