Wednesday, August 16, 2017

Waze takde GPS? Inii Jalan Penyelesaiannya.

Assalamualaikum..

Masa last day kerja bulan puasa haritu, sebagai seorang Isteri yang tough dan taknak menyusahkan suami dari terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir isteri (shopping) maka I pon bersemangat dari Office menuju ke Jalan Kewajipan Subang sana tu untuk collect baju raya dekat Eisya Syakira. Nak pos takot tak sempat pakai raya (last-last tak pakai pon masa Raya hahahahah). Waze cakap estimated time with traffic dalam 50 minutes. I ok je. Bring it on bebeh! Dah agak dah ni sure jalan jem nanti sebab dah nak dekat pukul 4.00pm tapi takpe, nak jugak cuba. Memula I berjaya la. Takde langsung salah jalan sebab I sejenis walaupon dah guna Waze eeeeeeeeeeeeh tetap nak salah jalan jugak. Kalau Waze jenis boleh bercakap dengan I sah-sah dah gaduh dah. ‘Eh ko ni dah kenapa? Aku cakap turn now, turn la! Ko pergi terus jugak kenapa OMG!’ Macam ni la Waze cakap dekat I agaknya kalau dia boleh bercakap. Usually sebab salah masuk simpang la. Kah kah kah. Tapi haritu nampaknya I sukses langsung takde silap, so bangga sekejap. Dalam lagi 5km nak sampai tetiba Waze I tulis ‘No GPS’ aje mampos. I dah panic. Ni dekat mana pulak ni? Nampak macam area Sungai Besi tapi langsung tak familiar. Padahal lagi 5KM je nak sampai huwaaaaaaaaaaaaaaaaa. I pusing-pusing mana entah, last-last sampai MRR2 yang dekat BTS tu. I berenti dekat Petronas ke Shell entah, lepas tu I remove Waze and Install balik. I ingat berjaya, tapi gagal. On off HP pon tak berjaya jugak. I ingat sebab tak update iOS so dan-dan tu jugak la I update. Kekonon lepas complete nak guna la Waze balik, tapi punya la lama. Naseb I ambik keputusan untuk patah balik ke Ampang. Kalau I tunggu alamatnya bukak puasa atas jalan. Memang I bengang giler time ni sebab rasa macam mission tak berjaya. Lepas dah update iOS eeeeeehhhh tetap la No GPS jugak sampai la kesudah.


Dia jadik macam ni la. Route ada, tapi No GPS. Mana la I pandai nak carik jalan macam mana.


Masa beli cable iPhone, I tanya la Abang Cable tu macam mana nak buat dengan masalah Waze I ni. Dia cakap, kalau macam tu guna la Google Map. Dia cakap henpon takde masalah. Yang masalah is time tu maybe peak time so semua orang guna Waze maka signal tak kuat. So I ingat sebab tu lah. Ok… Install Maps pulak. Dari Ampang Point tu sesaja je la try guna Maps tapi tetap tak ok. ‘Maybe now time nak dekat raya so orang tengah guna banyak kot Waze dengan Maps’. Masih bersangka baik. Meanwhile dekat rumah, I bermasalah dengan I punya WiFi. I sorang je. Henpon I sorang. Sazli and Shein takde masalah. Samsung S5 yang belacan tu pon takde masalah apa yang peliknya. Dalam bilik pon boleh detect WiFi tapi I punya setakat hall je. Dah tu kejap ada, kejap takde. Kejap kang suruh masuk password. Puas la I on off henpon and on off WiFi. Bila dah masuk password dia kata salah padahal betul je. So I pon tukarlah username and password ikut nasihat dari Abang Telekom. Time tu Ok la sekejap dalam 5 minutes tapi lepas tu jadik balik. Sebab WiFi tak kuat signal dekat henpon I, maka I punya ICloude pon dah tak auto recover. I ignore je. Malas nak fikir. Lagipon tak memerlukan untuk guna Waze. Pergi buat kerja Nuffnang pon dekat area KLCC and OU so I tau jalan, takde hal. Masa nak pergi OU saja je la I try guna Waze poooooon tak boleh jugak.

Lama-lama rasa annoying pulak. I mintak Ain buat study case. Dia pon mencarik la jalan penyelesaian. Ada la cara yang pergi setting, pergi location, On sana On sini, never sana never sini lepas tu tekan home button dengan Off Button serentak tapi tetap bebal jugak Waze I. Dia sejenis degil. Kau degil kau degil kau degil. Menyirap je I. Lepas tu kata Ain, dah kebetulan I nak pergi pasang Screen Protector baru dekat iPad baru Shein + nak repair iPad lama dia yang dia jatuhkan dalam air tu, so Ain cakap suruh I check sekali Waze I sebab tempat yang I nak pergi tu pon is iPhone Specialist. I dapat tau tempat tu dari Cikgu Khairi. Dia yang suggest masa I bebel-bebel dekat FB pasal iPad. Henpon dia pon ada masuk air. Repair kena RM80.00. Tapi tu masa dia kena, dia terus buat. Yang Shein punya iPad ni dah dekat setahun kot? Hahahahaha. But takper la, kita cuba.

Masa dekat sana, I bagitau dekat Amoi tu masalah Waze I. Lepas tu dia cakap maybe ada WiFi problem. Dia try on WiFi and tengok henpon I detect 1 je WiFI. Dekat henpon dia detect 6 WiFi so dia cakap, henpon I ni signal tak kuat so dengan WiFi yang tak kuat tu semua la Waze, Maps tak boleh nak guna. Baru la I teringat. Paaaaaaaaaaaaaaatut la WiFi dekat rumah pon asyik la disconnected. Lepas tu masuk bilik, tak dapat dah WiFI padahal bukan jauh pon jarak. Kata dia, nanti dia tukar carbon menda entah. Dia cakap ada dekat motherboard. Lantak laaaaaaaaaaaaa janji ok. Charge RM80.00 and dia repair dalam masa kurang dari sejam so I pon pergi la minum dulu dengan Intan. Tachiu Intan teman Kaksu. I ajak Intan pon sebab henpon I kan tak boleh guna Waze. Kata Intan, tempat ni dekat Setapak je. Kalau Kaksu tak guna Waze, mesti sampai Subang. Kwahaja Intan. Hahahahah.

Now, selesai dah masalah Waze I. Dah boleh guna dah. Yahoooooooooooooooo!!! Tachiu Mondis sebab membantu I menyelesaikan masalah I. Kena charge RM80.00 tu bagi I berbaloi la dengan masalah henpon I sekarang. Dekat tempat lain, I tak sure berapa kena. Dalam internet pon takde yang bagitau masalah WiFi sebenarnya yang Waze bengong. Tu sebab I taktau. Nanti nak tengok dekat rumah macam mana dia detect WiFi. Ok ke tak. Eeeeee kalau tau la sebab ni je, dah lama I pergi repair. Memacam handphone expert I tanya, semua kasik cara tapi tak dapat nak solve the problem. I dah menyirap nak beli henpon lain je. Tengok pulak dekat FB iPhone 8 nak keluar dah. Lagi la ketar-ketar je tangan. Tapi ni dah ok so selesai masalah. Yang cakap nak beli henpon tu I acah-acah je sebab semenjak kawen, I tak pernah beli henpon pon. Semua Suami belikan. Dari Blackberry, ke Samsung S3, ke Samsung S5, Ke iPhone 6 semua Sazli yang kasik. Heeeeeeeeeeee. Korang yang ada masalah sama macam I boleh la pergi ke tempat repair iPhone macam I ni.


Mondis punya Instagram. Thank you Cikgu Khairi tolong suggest. Nanti I update dengan nkorang, iPad Shein boleh repair or not ok? Yang tu kena tunggu 2 hari. Call la  013-3313495 and bercakap dengan Mondis and bagitau apa masalah henpon korang. Selain dari iPhone, henpon lain pon dia buat jugak.

-eNd-

2 comments:

Unknown said...

Pembetulan :

Bukan masalah wifi tetapi SATELIT SIGNAL.

siti said...

i baru je haritu sama kes jugak . Rm100 kena tp wifi ok gps still tk ok . srs nk baling fon skrg