STICKY POST
*Please scroll down for new entry*
Assalamualaikum
Harini I nak share experience I dengan Volkswagen Tiguan. Model ni
jenis compact SUV yang baru je dilancarkan awal tahun ni dan mendapat sambutan
hangat di Malaysia setakat ni. I sendiri bila dah bawak terus la jatuh cinta
and tak pelik la kenapa Volkswagen Tiguan ni menjadi model SUV yang terhangat
dipasaran sekarang. Excited sangat I nak share dengan korang semua
experience I with Volkswagen Tiguan. Rekaan Volkswagen Tiguan sangat unik dan
berbeza dengan model SUV lain. Banyak lah yang I suka pasal Tiguan ni. Rekaan
unik, interior yang kemas, selesa dan luas. Smooth handling, friendly user and
paling best dia punya technology feature yang amat memudahkan I sebagai wanita
yang tak berapa banyak sangat tau pasal kereta ni and yang sejenis tau bawak
je. Haha. Haritu tetiba naik dekat screen ‘Tyre
Pressure Loss Indicator’ and
dekat screen dia tunjuk tayar mana yang kurang angin. Kan senang macam tu? Ni
kalau takde indicator macam ni susah jugak nak check angin tayar. Bila masa nak
kena isi semua…
I
am so in love with you my Volkswagen Tiguan
Untuk family yang selalu travel bawak barang banyak
walaupon trip 2 hari 1 malam macam kitorang ni (hehe) memang sesuai la dengan
Volkswagen Tiguan ni sebab kereta ni luas, boot space luas (Up to 1,655 litres)
and sangat selesa untuk long distance driving. Short distance apatah lagi kan?
Dia punya level confident drive SUV macam drive tu pakai lubang hidung! Hahaha.
Bonet dia pon senang nak bukak and tutup. Kalau jenis badan petite pon takde
masalah. Tekan je button, dia akan tutup smooth je. Jangan risau nak guna
kuderat empat kerat untuk bukak bonet semua everything is smooth handling.
Check out video dekat bawah ni.
Bab keselamatan pulak korang jangan risau sebab
Volkswagen Tiguan ni mempunya 6 airbags.
Lepas tu kalau kita ada anak kecik, kereta ini jugak ada ISOFIX. Tak semua
kereta ada ISOFIX ni sebab tu I suka model ni untuk keselamatan Shein. ISOFIX ni kalau korang nak tau ialah international standard for attachment points
for child safety seats in passenger cars. So
bila pasang carseat kita tau yang tahap keselamatan anak yang duduk dalam car
seat tu lebih terjamin. Penting sangat-sangat ye ni emak-emak sekalian. Kereta
ini juga dilengkapi dengan Electronic Stability Control (ESC), Anti-lock Braking System (ABS) and
Brake Assist (BA), Multi-collision brakes, Intelligent Crash Response System
(ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta hill-hold control. Kalau nak cakap bab power and suspension I yang perempuan ni
pon tau kereta ni power and sangat pick up. Kereta ni boleh pergi up to 100kph
dalam masa 0 – 8.9 saat. Power kan? Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan 6
speeds DSG maksudnya tak kisah la pemanduan yang macam mana pon, kereta ni
boleh handle walaupon kawasan curam dan berbukit-bukit.
Pandangan dari depan. LED
headlights and rear LED tail lamps.
Tayar dia guna 18-inch “Kingston”
alloy wheels.
Dari semua sisi pon nampak cantik.
Pandangan dari belakang
Boot
space luas (Up to 1,655 litres)
Luas kan? Nak sumbat orang pon muat
ni. Hahaha.
Apa lagi yang best? Volkswagen Tiguan dilengkapi
dengan 8 inch touch screen 12.3”
full color high resolution Active Info Display. Dekat screen ni ada
navigation, kelajuan dan gear, penggunaan dan range and macam-macam lagi lah
termasuk entertainment macam dvd and radio. Semua digital. Best kan?
Macam haritu dia bagitau I yang tayar
depan belah Kanan dah kena isi angin.
Meter semua digital.
Ada Navigator. So senang la kalau
nak tengok maps time travel. Besar pon besar. Puas hati.
Dekat screen depan diantara meter ni
pon ada navigation.
Nak parking pon takde masalah sebab
ada rear view camera terpapar pada screen. Boleh Nampak lebih jelas view
belakang masa nak parking. Lebih confident dan Selamat.
Sebelum berhenti dia akan bagitau
berapa jarak pemanduan dan speed average.
Nampak yang tanda (P) tu? Yang tu
dia punya handbrake.
Now
jom kita tengok sisi lain bahagian dalam. Kereta ini dilengkapi dengan kerusi
kulit dengan ketinggian tempat letak tangan yang boleh dilaras. Dekat belakang
pon ada aircond so sejuk satu kereta. Sistem kawalan suhu 3-zone untuk
keselesaan semua penumpang and dekat kerusi belakang pulak ada meja lipat yang
boleh laras. Nak makan boleh, nak bukak laptop pon boleh. Kalau malam pulak,
dekat pintu ada cahaya so senang boleh nampak lantai.
Ni
meja lipat dekat seat belakang. Ada 3 laras. Siap ada cup handle. Boleh letak
air jugak.
Dekat
stering ni boleh control volume radio, jawab call dari phone (yang disambungkan
melalui Bluetooth) so lebih selamat. Tak perlu gelabah carik handphone.
Ni
pandangan dalam bahagian pemandu.
Kerusi
kulit memang nampak class dan selesa. Nak adjust kerusi pemandu kedepan,
kebelakang, tinggi dan rendah and seat recline semua ada dekat sisi kanan kerusi.
Ni
kerusi bahagian belakang. Luas kan?
Ada
aircond untuk penumpang belakang.
Shein
pon suka la naik kereta ni. Ni Sazli ambik gambar masa nak hantar dia pergi
sekolah.
Don’t forget to fasten your seatbelt. Ni Shein
pesan :)
Haritu
Dyba and Intan pon nak jugak experience dengan Tiguan. So kitorang jalan la
ronda-ronda KL. Korang tengok punya luas boot dia. Intan and Dyba duduk pon
muat!
Dorang
cakap best la naik kereta ni. Duduk belakang leather seat, ada aircond. Rasa
macam boss-boss pulak. Dah tu Kaksu sapa? Driver eh? Hahaha.
Maklumat tambahan
yang nkorang patut tau pasal Volkswagen Tiguan ialah sehingga harini sebanyak
2.8 juta unit Tiguan telah dijual di seluruh dunia dan tersenarai sebagai
finalist World Car
of the Year selain dari pernah menerima pelbagai pengiktirafan dalam industry permotoran
termasuklah memenangi German Design Awards 2017, and the Innovation Award under
the prestigious Plus X Award. So, ternyata Volkswagen Tiguan memang SUV hebat
dan patut dimiliki. Dijual dengan harga RM148,990 for the Comfortline and RM168,990
for the Highline. Untuk maklumat lanjut boleh layarai laman web https://www.volkswagen.com.my/tiguan.
-eNd-
No comments:
Post a Comment