Monday, September 4, 2017

Unplanned Short Vacation

Assalamualaikum...

Amboi kemain eh memasing besuka-ria bercuti harini (kecuali ada sorang budak dekat Johor nama Ain kena kerja harini, kesian). Seronok dapat cuti lama dari Rabu lepas... Itu yang harini kitorang satu keluarga tetiba ada dekat Villa Samadhi. Tak plan pon nak check in dekat sini, semua last minute. I yang kasik suggestion pada Sazli memandangkan cuti lama sangat tepaksa la bercuti dekat-dekat. Bab mengabeskan duit biasa suggestion tu memang dari I hahaha. Itulah keistimewaan I yang takde pada Sazli. Anyway, I prefer macam holiday ala-ala Villa. Haritu ada nampak dalam FB satu tempat Villa ni area Bangsar tapi tak ingat dah mana I simpan so google sendiri. Last-last jumpa Villa Samadhi dekat KL Jalan Ampang. Haaaaaaa bagus, Ampang pulak tu kan? Terus I book through Booking.com tengok ada less 20% if book hari Sabtu so zaaaapppp terus la book. Bila dah bayar, tengok term and condition tak boleh rupanya  bawak budak bawah 12 tahun. Nak cancel no refund so I call Villa Samadhi and tanya izzit possible if I bawak Shein? Dia cakap boleh tapi make sure tak buat bising lah sebab guest lain tau dekat sini no kids allowed. I cakap I will try my best. Masa check in pon dia pesan kids tak boleh guna pool sebab dalam + tak boleh bising but Sazli kata 'We are here for the pool so what is the point to check in here for such amount but cannot use pool?' Dorang pon tak boleh expect semua orang bukak website and baca rules and regulation sebelum book nak-nak jenis pemalas macam I, so dalam hal ni I tak besalah la. Dekat Booking pon takde cakap no kids allowed so naseb la. Eh marah pulak aku. Skali smalam bila masukkan dalam IG/FB ramai komen cakap dorang tau no kids allowed dah kenapa I sorang je taktau ni? Hahahaha. Tapi takpe lah, we are here already. Ni pon kejap lagi dah nak check out. Setakat ni takde dapat komplen Shein bising so kira ok lah kan? Hahahaha.

Kata Sazli, tak puas mandi sebab tak boleh buat bising. Hahaha. Shein jerit sikit je pon dah kena warning suruh diam. Sure Shein pelik kenapa. Tapi dia ok je. Tetap begembira.

Nanti later I share gambar-gambar lain dekat sini ok? I sukaaaaaa la konsep tropical macam ni. I pon taktau sejenis Pwincess macam I ni bila yang tetiba suka hutan. Hahahah. Dulu beria pesan dekat Sazli nanti rumah nak modern. Taknak l kayu kayan pokok-pokok ni semua sebab nyamok tapi makin lama suka pulak konsep ala-ala Bali and Tropical macam ni. I agak I melalui proses penuaan la kot? Hahaha. Kan ongtue suka kayu-kayu ni. Ke tak sebenarnya? Memandai je I. Oklah, I mintak diri dulu ok? Nak berendam dalam Jacuzzi yang sebesar-besar alam tu. Si Shein taknak Jacuzzi sebab dia takot ada bubble. Dia ingat panas menggelegak kot dalam tu. Tak remaja la Shein, bubble pon takot ke? 

-eNd-

No comments: