Friday, September 22, 2017

Selamat Bercuti And Salam Ma'al Hijrah.

Hi Assalamualaikum..

Seronok ke semua yang cuti rileks-rileks dekat rumah tu? Hope hari cuti korang semua terisi elok la eh. Dapat spend time dengan family and orang tersayang semua. Seronok la dapat cuti 3 hari terus Jumaat sampai Ahad. Yang balik kampung macam Siti Nohaliza diucapkan semoga selamat sampai (Jengka je pon) Haha. Sebenarnya bengkak jugak sebab most of kawan-kawan and sedara-mara elok cuti. Bila cakap kerja semua macam 'aik kerja ke?' 'apa barang kerjaaaa'. Eee menyirap je. Ain kerja sebab company tak ambik Awal Muharram. Malas nak peramah tanya why tak ambik ke apa, sebab hakikatnya still kena kerja. Kesiaaaaaaaan. Pepagi lagi dah kena bahan dengan kaksu sebab kena kerja. Dia tu tak kerja pon pepagi dah bangun lepastu kacau orang. Kalau Ain hari cuti lepas subuh jawapannya sambung tidur. Heaven sangat. Orang kata tidur lepas subuh tak elok tapi Ain kata cuti sekali sekala je. Hehe. Tapi ok je kerja sebab jalan pon pagi tadi takla jem tahap musibat otw nak pergi kerja. Elok jugak konsep kita je bekerja waktu semua orang lain cuti. Cubaan sedapkan hati ke apa ni. Kah kah kah.

Gambar takde kena mengena dengan cerita. Tapi sebab ada Siti Nohaliza and Sheindong kira aci jelah. Hi Shein. Seronok eh? Ingat i lagi tak? 


 Masa ni first time jumpa Shein kat sekolah dia. Memula kami sama-sama malu kucin. Tengok dari jauh je. Yang budak tu ok la memang malu, yang tua bangka sorang tu pon kayu je. Kah kah kah. Tapi lepastu ok la sebab borak-borak and duduk berpangku siap. Kepada Shein, nanti dah besar kalau mama kasik gambar dia terus jawab cantik ok? Itu rules. 


Puji Shein kena puji mak dia sekali. Ni baca dalam nada rileks and borak kosong je ok? Ni kang jangan ada pulak yang menyampah cakap kaksu poyo ke apa. Orang bergurau pon nak take serious. Bawak bertenang ok? Kadang Ain tengok orang yang komen cakap kaksu poyo/perasan cantik ni nak je tanya, tak suka kenapa tengok/baca blog semua? If reader dia or orang yang kenal dia personally tau dia jenis suka gurau. So takyah la meroyan nak nasihat tak tentu hala. Nasihat pulak tu kadang kemain too harsh. Judge orang sesuka hati. Kalau sebelah-sebelah memang ain tepuk bahu and cakap 'bawak bersabar boleh?' 

 Tengok permainan Suraya Sulatin, memula dia kata gurau, tapi TAKDELAH GURAU MANA PON SEBENARNYA. Eh ter caps lock pulak. Ni bukan marah, ni explain. Tengok perangai boss, jawab ok pon kena tanya 'ok je?' Hahahaha.

So berbalik pada soalan kaksu nak citer apa harini dalam blog. Terhasil lah entry takde isi and banyak screenshots je. Menyesal tak suruh? Harap-harap menyesal. Ewah dia punya 'ok pergi buat now'. Kecik besar je aku tengok. Nasib baik sayang. 

Sooooo mintak maaf pada semua readers sebab entry takde pengisian apa. Nak share movie macam baru lagi. Anyway, memandangkan today is 1 Muharram, harap-harap bersempena masuk tahun baru islam ni, kita semua berubah kearah yang lebih baik. Lebih bersyukur. Hidup lebih baik, kesihatan lebih baik, kerja lebih baik, hubungan dengan Allah lebih baik, hubungan dengan manusia lebih baik, dan paling penting perangai lebih baik. Nak berubah tu mungkin ramai boleh buat, tapi nak istiqamah tu kadang susah. Contoh paling mudah if tiba-tiba niat taknak tinggal solat 5 times a day tu kita boleh buat. Tapi sejauh mana bertahan? Ada masa rompong balik and mula keluar macam-macam alasan yang kita sendiri create. If tanya Ain bab azam bila masuk tahun baru tak kira lah tahun masihi ke, tahun islam ke, Ain takde pon spesifik azam. Mintak jadik lebih baik dari sebelumnya pon dah cukup even sikit. Untuk apa yang kita dah face previously seteruk/sejahat mana pon, take it as lesson. Allah dah kata takde apa yang jadi dalam dunia ni sia-sia. If kita banyak dosa mintak ampun, If kita ada salah dengan manusia, mintak maaf. Hidup tak lama, harini happy-happy gelak-gelak belum tentu esok kita hidup lagi. Ok? 

Salam Ma'al Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharram. Semoga kita semua jadik orang baik! Aaaaamin.. 

2 comments:

Chooyaya! said...

wowwwwww tachiuuuuu ain!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.