Monday, September 25, 2017

So What If I Asal Dari Kampung?

Assalamualaikum..

Some of readers dah tau dah, kalau I balik kampung sure makan best-best. Usually masakan kampung lah. Especially kalau ada Kaklong. Sampai je rumah, pepandai lah Shein dengan Sazli jaga diri sebab I ikat kontrak duduk dapur. Hahahaha. Shein ok je sebab dekat kampung dia pon busy jugak kejar ayam, berpanas dekat luar. Nak pulak kalau ada geng. Kali ni dia geng dengan Si Kaseh la. Amsyar takde. Tu kalau ada Amsyar lagi dia tak layan I. Time bila dia kawan I? Time dah nak balik KL. Kekadang tido dengan I pon taknak sebab nak tido dalam bilik Atok ramai-ramai. Kemain. This time around masa balik kampung, tengok ada petai lagi so petai galore lah. Sazli suka buat ulam or sambal simple yang kering-kering. I ada share masuk dalam IG Story lepas tu si Poja (Fouziah Gous) tanya, mana I dapat petai banyak-banyak? I cakap ada belakang rumah. Si selenga tu sure percaya je. Lepas tu dia cakap sure I bau busuk. Ewaaaaah please ok? I walaupon makan petai tapi mulut I tak bau kuda. Lepas makan spray la mulut dengan freshener tu nanti dia potong la bau petai. Haha. Tapi I pon kalau hari kerja or esoknya dah nak masuk office memang I avoid jugak. Hehe. Minggu ni kitorang balik on Friday and balik KL the next day. Sazli ada Orchid Run Ahad tu dekat Petronas. Sazli pergi run, I run jugak dengan Shein atas katil. Hahahaha. Bestnya balik kampung, dapat mandi air kolah. Dapat ronda petang-petang naik motor. I mintak biarlah umur I dengan umur Mak panjang so that kita dapat spend time sama-sama. Now pon dekat kampung ada Mak je. Tak boleh imagine if one day dia takde, kita dah lost one of our routine. Raya pon sure dah tak semeriah dulu… Semoga panjang umur yer Mak?


Sambal Tahun ni kata Kaklong tak sedap sebab guna santan kotak + kerang yang dah siap kopek so dia tak fresh. I rasa sedap je. Senang je nak buat Sambal Tahun ni. Resepi boleh tengok dekat sini.



Kari Daging Kaklong buat. Makan dengan Roti Canai. Mat Kari (Shein) makan nasik tambah 3 kali sampai nak meletop perut dia.


I buat Sambal Petai tapi this time letak santan dalam dua sudu. Lagi sedap! Petai tu kikis kulit dia and hiris-hiris. Masak dengan kulit sekali. Nak kasik tak pahit tu yang kulit dia kena kikis sikit.


Ikan Patin Masak Tempoyak tapau dari Kedai Pak Usop tepi Sungai Temerloh


Mak kata ada jering muda. Cun! Sabtu tu repeat buat Sambal Petai + Jering. Letak Santan. Sedap! Santan tu letak dalam 2 sudu je tau?


Pelam ni ada depan rumah Mak. Takde ulat pon dalam dia. Fresh from the tree to the stomach. Si Kakyang yang mengandung kemain makan dengan kicap + gula. I tak berapa tahan kalau yang muda. Masam!


Seronok la budak ni. Asyik nak main dekat tanah je. Kejar ayam, korek pasir, panjat bukit, tengok Babah dia bakar sampah. Enjoy himself at kampung. Bagus Shein. Sikit tak awkward. Macam ni la anak Mama. Jangan nak jadik orang pekan sangat. Pegang tanah pon taknak.


Best la dia Babah layan naik kereta sorong. If ada Upih Pinang ni sure lagi best.


Petang, I naik motor berempat. I, Sazli, Shein and Kaseh. Konon nak tengok Motor Cross dekat atas bukit Sekolah sekali rantai kendur. Naseb ada Enal and Kak Ina lalu and help us out. Kalau tak nanges la ko kat tepi jalan. Hahaha.


Unfortunately haritu takde Motor Cross so kita switch plan. Pergi Playground, main buai.


Seronok la Shein main buai ni. Dah la gemok. Lengoh tangan Mama nak tolak.

Kalau ada Amsyar semua mesti lagi best ni. InsyaAllah ada rezeki kita balik kampung lagi. I pon suka jugak. Sini pon ada banyak kedai jual makanan. I suka Laichee Kang yang Dilla jual. If pagi pon kalau malas masak, ada banyak makanan jual. Nasi Kuning, Nasi Lemak, Roti Canai semua. Dah la tu semua pon murah-murah. Serai selonggok ada 10 batang gemok-gemok macam lengan Shein pon baru singget. If balik Sabtu, boleh la pergi Pasar Malam beli ulam-ulam. Tapi kalau hujan je la yang tak best. Syukur la Jengka tak jauh dari KL. 2 jam dah sampai dah… Sebulan sekali wajib kitorang balik. I bangga je ada kampung and asal dari Pahang and Mak Ayah orang FELDA. Kenapa nak malu bagitau asal usul? Takot nanti orang cakap takde class? Boleh eh fikir macam tu? Hahahaha. Masa I borak dengan Sazli, kitorang gelak-gelak je. Pelik bila ada orang yang rasa malu if orang tau dia asal dari kampung. Amendaaaaaaaaaaaaaa la. Apa salahnya wei? Orang kampung bukan la takde yang berjaya. In fact orang yang duduk kampung pon sebulan sekali turun KL shopping dekat Gucci Pavilion. Beli barang dekat boutique lagi. Kita dekat KL pulak yang kirim PS sebab nak harga lagi murah dah tu ada hati nak senyum senget bila tau that particular person berasal dari kampung. OMG so narrow minded. Zaman sekarang takde dah la plih-pilih bulu tak class exec kawan dengan non-exec or pilih nak kawan-kawan yang born and raised in KL je. Dengan I takde nak macam tu. Kampung ke Bandar ke bagi I sama. Nak malu sebab I asal kampung and judge lepas tu taknak kawan? Itu bukan masalah I. Taknak kawan sudah! Eh Emos pulak aku. Haha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...