Thursday, September 21, 2017

Entry Tertunggak - Final Bola Sepak Sukan Sea Mas vs Thailand

Assalamualaikum..

Basi dah pon cerita pasal Final Bola Sepak Malaysia Vs Thailand untuk Sukan Sea KL 2017 ni ha. Saja je I update lambat-lambat sebab kang kalau awal-awal ada je yang nak membahan cakap I punca Malaysia kalah malam tu. Kentot betul. Hahahahaha. Lagipon kalah, memang la lambat update, cuba menang? Zzzaaaappppp malam tu sampai je rumah terus masuk blog. Hahahaha. Sampai hati kan Malaysia? Sampai hati kalah. Dah la I bersusah payah beli tiket dekat Ulat RM100 sekeping, boleh pulak kalah???? I rasa I memang takde luck la tengok bola sekarang. Tengok WakDan main, WakDan kalah. Tengok Malaysia main pon, Malaysia kalah????? Hahaha. Malang betul nasib. Tapi nasib malang memang berganda-ganda lah malam tu. Kalah satu hal, dapat pulak duduk dekat open area yang belakang gol tu pulak. So kena hujan… Kah kah kah. Cair mekap I tau? Intan pulak masa hujan turun tu I cakap pada dia ‘Intan, hujan la…’ Lepas tu laju je Intan jawab ‘Dah tu kita boleh balik ke sekarang?’  T____T Dia tu memang tau takde perasaan tengok bola. I cakap dah pada Intan, kalau Gol Intan buat taktau muka Mr Bean memang I tunjal dia. Sekali takde gol bebetul. Adeeeeeh… I kan, masa Thailand gol je, memang I nanges. Terkejut Intan. Dia tanya I nanges betul ke? Lepas tu gelak-gelak. I terus moody sampai la second half tu, kurang 10 minutes nak abes I dah keluar dah Stadium sebab rasa macam tak worth it dah nak besesak-sesak sebab dah kalah. Hahahaha. Takper lah… Takde rezeki I nak begembira and poyo-poyo dekat Sazli malam tu. Niat dari awal dah tak betul (sebab nak bagi Sazli bengang) sekali kalah! Kah kah kah. Pahadan muhuker!


Amboi lawa sangat tu dia pergi Stadium siap rambut kapok-kepok Mak Datin. Nanges Kak Temah tengok rambut Intan tu.




Paling tak tahan, sebelum pergi Stadium sempat buat treatment rambut lepas tu wash and blow. Salah konsep ni Intan. Dah la I nak kasik Intan pakai subang besar. Kata Intan ‘Kaksu, salah konsep dah kita ni’. Hahahah


Baju I dengan Intan ni dedua pon Sazli punya. Pinjam. Hahahaha. Naseb baik muat. Gembira kan kitorang berdua sebelum masuk stadium? Taktau pulak nak kalah. Kitorang gerak awal and park dekat luar stadium lah. Jalan kaki jauh jugak… Naseb la time tu tak hujan lagi. Kalau tak, sayang la NMD I.


Once enter the Stadium lepas tu nyanyi lagu-lagu sukan familiar macam Lagu Ella – Standing in the eyes of the world and Faizal Tahir – Gemuruh. Nyanyi time corus je, sebab tu je yang tau. 


I Love Malaysia – Ye ke Intan?


Seronok dia kan? Masa ni game tak start lagi. 




Time ni Stadium tak berapa penuh lagi. Kan kitorang duduk betentangan dengan Gol, so nampak la ada players buat warm up. Kata Intan ‘Kaksu yang pakai baju sama-sama tu sapa? Intan tengok sama je size badan? Dorang masuk persembahan tarian ke?’ Jawapan : Tu player reserve Intan. Celah mana pulak yang ada part orang nak buat persembahan time Final Bola Sepak ni.


Dah hujaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!!! Sebelum dapat Poncho ni, kitorang tumpang plastic sampah budak dekat depan kitorang. Dah la pinjam, conquer pulak tu. Gambar I taknak share sebab memalukan. Ada je Paparazzi tukang snap gambar. Sebesar-besar Stadium ni Galak boleh jumpa I? Hahahaha. Adoi.



Malam tu Ultras takde. Kalau tak, mesti lagi best. Hurm… Terkilan pulak bila ingat balik Malaysia Kalah.

Kalah pon tak peeeeeeeeeeeeelah janji ada experience dapat tengok FINAL Sukan SEA dekat Stadium and Malaysia as a HOST AND Malaysia masuk final pulak tu. Susah nak dapat chance macam ni. Kalau menang of coz la lagi best… Kan? But kalah pon takpe. Thailand memang patut menang pon sebab dorang lagi bagus. Dorang yang pegang game malam tu. If kata la Malaysia menang, maybe by luck je I rasa. I rasa laaaaaaaaaaaa. Kan? Ke tak? Ke Malaysia main lagi bagus sebenarnya? Hahahah. Dah dah. Kang mampos blog I kena kecam kalau cakap lelebih. Hahaha. Ni kalau tanya Intan bab bola lagi la nganga. Free Kick pon taktau, Offside pon taktau. Acewah, poyo benar bunyik I. Padahal aku dulu offside pon cakap offline. Hahahahaha. Next sukan Sea dekat mana eh? I dah lupa la. Manila ke? Ke bukan? Kali ni kalau Malaysia masuk FINAL I nak pergi tengok jugak. Walaupon Apai, Wana, Galak and Kid cakap I punca kekalahan takpeeeeeeee. I Ok je. I redha. Redha Airlines. Okbye.

-eNd- 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...